Ringkasnya jurucakap untuk 160 Ketua Bahagian Umno yang berkumpul mendengar penjelasan Presiden tempohari berpuashati dengan cerita yang disampaikan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk menangkis segala fitnah dan serangan terhadap kepimpinannya. Jurucakap berkata mereka yang hadir dalam sesi penjelasan presiden juga menyokong penuh siasatan terperinci keatas 1MDB. Jurucakap menegaskan mereka yang hadir juga menyokong penuh keputusan Kabinet serta kenyataan keras Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. Nampaknya 'Solidariti bersama Presiden Umno' hanyalah satu lagi percubaan propaganda dalam siri propaganda umpama 'I love PM'. Tidak lebih dan tidak kurang. Majlis penerangan pun dicanang pelbagai rupa. Begitu terdesak? Baiklah. Kembali kepada perkara pokok. Desakan bertubi untuk menyiasat 1MDB nampaknya telah berhasil dan Ketua Polis Negara sendiri telah memberi keyakinan dengan menjelaskan bahawa sudah ada satu multi-agency 'task force' untuk menjalankan siasatan forensik keatas 1MDB. Bukan itu sahaja. KPN juga memberi jaminan bahawa Perdana Menteri sendiri akan disoalsiasat dalam skandal 1MDB ini. Ketua Audit Negara dalam kenyataan terkini berkata siasatan telah bermula tetapi had waktu siasatan belum ditetapkan. Nampaknya laporan Polis dan SPRM yang dilakukan oleh Datuk Seri Khairuddin tempohari juga berasas. Jika tidak, mana mungkin wujud task force yang dianggotai pelbagai agensi siasatan negara. Adalah menjadi harapan sekalian rakyat, bukan hanya setakat 160 Ketua Bahagian Umno, agar siasatan dijalankan tanpa apa-apa campurtangan dari mana-mana pihak. Kes berprofil tinggi ini diperhatikan, bukan sahaja diseluruh dunia tetapi yang lebih penting lagi oleh seluruh rakyat Malaysia yang layak memilih kerajaan mereka. Rakyat Malaysia yang waras akan melihat siasatan keatas 1MDB ini sebagai petanda jelas. Saya menaruh keyakinan penuh bahawa task force yang telah mula menyiasat 1MDB sejak dari penubuhan dana milk kerajaan itu sekitar tahun 2008/2009, akan berjaya menjernihkan yang keruh. Seperti kata jurucakap akan janji Perdana Menteri, tidak ada sesiapa pun yang harus dilindungi atau terlepas dari tindakan undang-undang. Yang menjadi pertaruhan atau penilaian bukan sahaja maruah dan dana milik Kerajaan Malaysia tetapi masa depan negara serta hati budi pemimpin yang diangkat untuk memimpin.
p/sTidak masuk akal jika kuasa politik 160 orang boleh mengatasi kehendak berjuta rakyat, termasuk Timbalan Perdana Menteri.
9 comments:
Anonymous
said...
Ini gurindam Raja Ali Haji pasal yang kesebelas:
Hendaklah berjasa, kepada yang sebangsa. Hendaklah jadi kepala, buang perangai yang cela. Hendaklah memegang amanat, buanglah khianat. Hendak marah, dahulukan hujjah. Hendak dimalui, jangan memalui. Hendak ramai, murahkan perangai.
Dikatakan ketua bahagian mewakili akar umbi, salah besar tu. Jika ketua cawangan barulah Itulah ceritanya. oleh dikatakan mewakili akar umbi. Pemilihan ketua bahagian bukan melibatkan akar umbi secara langsung. Hanya perwakilan cawangan yang mengundi memilih ketua bahagian. Yang menang ketua bahagian banyak melibatkan suapan kepada perwakilan cawangan. Berjuta wang digunakan untuk membeli jawatan ketua bahagian. Demikian kisah lazimnya. Jadi nak terima kata sokongan atau ikrar ketua bahagian sebagai mewakili akar umbi adalah sangat jelas sesat dan menyesatkan. Panggil ketua cawangan dan presiden beri penerangan terus kepada mereka maka barulah boleh dikatakan mewakili akar umbi.
Kelakar bunyinya tapi itulah hakikatnya. 19000 cawangan pun tak apalah. Kalau itu pun nak kelepet, kata ketua bahagian mewakili akar umbi, apa yang boleh dipercayai. Kalau nak.pandang rendah ketua cawangan, terpulanglah kepada presiden. Yang pernah kantoi tipu SC pun dapat jadi ketua bahagian, dan lembaga pemilihan umno boleh pejam mata, apa nak dikata.
Do all these yes men have tertiary education at all? How can they represent the rakyat if they are poorly educated or how to administer to the complex problems of the present day?
Imam Shafi'i said: "All humans are dead except those who have knowledge. And all those who have knowledge are asleep, except those who do good deeds. And those who do good deeds are deceived, except those who are sincere. And those who are sincere are always in a state of worry (about their sincerity)."
Kata kata dan janji janji menyiasat dan tiada siapa yang melakukan atau memberi arahan membuat yang salah tidak di siasat sudah di lafazkan. Sekarang kita menunggu bikin serupa di cakap. Dengan sapenuhnya dan sedalam dalam nya.
Ini bukan masalah biasa, bukan so'al berjuta Ringgit. Beribu juta Ringgit, beb. 42 ribu juta atau RM42 billion. Bukan sesikit duit.
Nampak nya sebahagian kelakuan tidak semenggah itu di lakukan di luar negara dan beberapa orang yang terlibat masih ada atau memang bermastautin di luar negara. Maka seruan Dato A Kadir Jasin, boss NST dahulu itu, perlu di lakukan - gunakan kerjasama Interpol.
Kerana kemungkinan sebahagian hutang itu di bebankan kapada rakyat, kita mesti mendapat penjelasan dan keputusan berkenaan siapa yang bertanggung jawab di atas keputusan keputusan perniagaan yang cuai dan merugikan, terutama jika ada penyelewenagan.
Saya mahu lihat mereka yang bertanggung jawab di hadapkan ke Mahkamah dan di bicara sehingga di kenakan penjara atau sehingga ke peringkat Mahkamah tertinggi di negara ini - Mahkamah Persekutuan.
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Reasoning about being a nerd
-
After going through the rites of passage into corporate adult-hood through
a school, one question that people may ask is why does it seem that those
who ma...
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong
-
1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan
Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat
awam t...
KUSEMAN.COM
-
Assalammualaikum, teman-teman, pembaca dan followers saya dalam blog ini
yang sangat saya hormati. Saya ingim memaklumkan bahawa blog
KAYANGDAILYPOST ini ...
Selamat mengundi Pakatan Harapan!
-
9 Mei 2018 adalah hari di mana kita akan melaksanakan tanggungjawab kita
sebagai rakyat yang patriotik dan prihatin terhadap masa depan negara.
Selamat men...
-
Daulat Tuanku.
Merafak Sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Open Letter to the Missing Public Prosecutor
-
Dear Public Prosecutor Where in the world are you Sir? I have a feeling
that you are stuck inside Appandi Kandasamy who prefers to be an Attorney
General a...
THE FREEDOM OF EXPRESSION IS ESSENTIAL FOR ANY SOCIETY TO EVOLVE. COMMENTS ARE WELCOMED BUT WILL BE MODERATED. VIEWS EXPRESSED ARE NOT THOSE OF APANAMA.
9 comments:
Ini gurindam Raja Ali Haji pasal yang kesebelas:
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hujjah.
Hendak dimalui,
jangan memalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.
Dikatakan ketua bahagian mewakili akar umbi, salah besar tu. Jika ketua cawangan barulah Itulah ceritanya. oleh dikatakan mewakili akar umbi. Pemilihan ketua bahagian bukan melibatkan akar umbi secara langsung. Hanya perwakilan cawangan yang mengundi memilih ketua bahagian. Yang menang ketua bahagian banyak melibatkan suapan kepada perwakilan cawangan. Berjuta wang digunakan untuk membeli jawatan ketua bahagian. Demikian kisah lazimnya. Jadi nak terima kata sokongan atau ikrar ketua bahagian sebagai mewakili akar umbi adalah sangat jelas sesat dan menyesatkan. Panggil ketua cawangan dan presiden beri penerangan terus kepada mereka maka barulah boleh dikatakan mewakili akar umbi.
Kelakar bunyinya tapi itulah hakikatnya. 19000 cawangan pun tak apalah. Kalau itu pun nak kelepet, kata ketua bahagian mewakili akar umbi, apa yang boleh dipercayai. Kalau nak.pandang rendah ketua cawangan, terpulanglah kepada presiden. Yang pernah kantoi tipu SC pun dapat jadi ketua bahagian, dan lembaga pemilihan umno boleh pejam mata, apa nak dikata.
tengok muka sekor2 pun boleh nampak..boleh dibeli punya...
Yg bagi penjelasan menteri kotak ikan tak credible langsung. Maaf sukar saya nak percaya adakah mereka-mereka ini betul-betul menyokong DS Najib.
tuan
hanya ketua bhg yang tak sekolah, tiada pendidikan saja yg percaya cerita najib pasal 1mdb baru2 ini.
yang cerdik sedikit dpt bezakan kebenarannya
Do all these yes men have tertiary education at all? How can they represent the rakyat if they are poorly educated or how to administer to the complex problems of the present day?
Imam Shafi'i said:
"All humans are dead except those who have knowledge. And all those who have knowledge are asleep, except those who do good deeds. And those who do good deeds are deceived, except those who are sincere. And those who are sincere are always in a state of worry (about their sincerity)."
Look like a soft sending off
Aisehman ... masing masing nak jaga periok nasi sendiri. Apa hal dengan nasib rakyat yang sengsara?
Hapuskan BR1M.
Hapuskan FLOM division.

Post a Comment