Thursday 10 September 2015

Negara dan rakyat akan dibangsatkan jika kita buta hati

Dipaparkan sekali lagi rakaman Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Pasir Gudang, Johor pada 29hb Ogos yang lalu.

Mungkin ahli serta pemimpin Umno akarumbi mempunyai lebih masa yang terluang pada waktu ini memandangkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dinanti-nanti dengan penuh debaran tempohari pun sudah berlalu. 

Perhimpunan Agung Tahunan Umno akan diadakan dari 8 hingga 12 haribulan Disember nanti. 

Pada waktu ini seluruh dunia terkejut dan tertanya-tanya akan berita-berita berkenaan rasuah, pengubahan dana haram, salahguna kuasa dan tuduhan penipuan yang berhubung kait dengan syarikat kerajaan Malaysia 1MDB tetapi mesyuarat induk parti yang menguasai kerajaan diberitakan sebagai telah berjalan lancar dalam suasana setiakawan. 

Ungkapan hidup dalam kepompong mungkin sesuai untuk menggambarkan kealpaan ini.

Syarikat pelaburan Abu Dhabi baru sahaja muncul dalam berita dunia berhubung ghaibnya dana bernilai lebih RM6 billion yang seharusnya merupakan bayaran dari 1MDB. 

Di Malaysia dana USD700 juta (hampir RM3 billion mengikut kadar tukaran semasa) yang tiba-tiba muncul dan kemudiannya ghaib dari akaun peribadi Presiden Umno Datuk Seri MohdNajib Tun Razak masih belum dijelaskan. 

Harus diambil maklum bahawa percubaan demi percubaan telah dibuat untuk mengalih perhatian dan memperbodohkan mereka yang ingin tahu akan dana ghaib USD700 juta dalam akaun Najib tetapi percubaan-percubaan tersebut kekal setakat percubaan kerana rakyat Malaysia masih menunggu kebenaran. 

Nyata Majlis Tertinggi Umno pun sudah tidak bermaya untuk mendesak penjelasan dari Najib kerana sebab-sebab yang diketahui umum didalam dan diluar negara. Mesyuarat MT semalam berjalan lancar. 

Mesyuarat antarabangsa badan-badan pencegah rasuah serta badan-badan bukan kerajaan yang memerangi rasuah dari seluruh dunia diadakan diPutrajaya baru-baru ini. Perdana Menteri Malaysia yang dijadualkan menyampai ucaptama tidak muncul tiba kerana dinasihatkan agar tidak menghadiri mesyuarat antarabangsa tersebut.

Mesyuarat antarabangsa anti-rasuah itu bukan setakat mencalit arang tetapi telah menjatuhkan maruah serta nama baik Malaysia dipersada dunia apabila isu wang ghaib USD700 juta dalam akaun Perdana Menteri Malaysia serta tindakan menyekat penyiasatan rasuah/salahguna kuasa oleh pentadbiran Najib ditimbulkan. Isu itu telah dilaporkan diseluruh dunia dengan pelbagai 'headline' yang amat memalukan tetapi mesyuarat MT Umno semalam berjalan lancar dalam suasana setiakawan.

Sesiapa yang menyoal Najib berhubung dana ghaib USD700 juta dan dana berjumlah lebih kurang RM40 juta dari SRC International akan pasti dibangsatkan oleh Presiden Umno serta para pencacai-nya yang kini telah dinaikkan pangkat. 

Apa yang kita, rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, mampu lakukan dalam keadaan yang serba tidak kena tetapi tersekat dari segenap penjuru ini?

Apakah kita harus memekakkan telinga membutakan mata dan hati berdiam diri ketika petualang serta gerombolan yang terbukti kebangsatan mereka terus merompak dan mencabul negara dan masa depan kita? 

Dengar baik-baik penjelasan orang tua berumur 90-tahun dalam rakaman di-atas dan berpeganglah kepada ungkapan #beranikeranabenar dan #muafakatmembawaberkat . 

Ini bukan isu politik kepartian atau isu agama dan bangsa. Ini isu masa depan negara kita. Ini bukan politik, ini isu jenayah.

Malaysia adalah sebuah negara dimana Raja-Raja Melayu pun patuh pada Undang-Undang serta Perlembagaan Persekutuan. Tiada sesiapa pun harus dibenarkan bertindak atau meletakkan diri mereka di-atas Undang-Undang negara.

Jika si-ibu yang mencuri tepung susu untuk anak kecil yang kelaparan pun di-hukum kerana kita patuh pada undang-undang, tidak mungkin individu berpangkat yang mencuri dan merompak khazanah negara dibiarkan begitu sahaja.

Jangan kita buta hati demi kepentingan peribadi.


P.S. Nilai Ringgit Malaysia dah melepasi tahap 4.36sen bagi 1Dolar Amerika namun mesyuarat Majlis Tertinggi Umno masih berjalan lancar dalam suasana aman damai diliputi sifat setiakawan. 



17 comments:

Anonymous said...

Indeed! If no. 1 in the country showed a very bloody bad example in being adamant its OK to receive 2.6 billion into PERSONAL account yet kept drumming the DERMA theme which in itself has metaphorped into so many excuses, it just made the 22 years of glory achieved under Tun M which also made Malays projected into world stage as one ethnic group to be reckoned with, but with one clean slate of 6 dumb years has eroded our standing!

I am one proud malay working with the big boys in a big country carrying our flag amongst many hundred thousands of malays overseas, but on a current stance its quite embarrassing!

Najib couldn't careless I supposed?

Anonymous said...

setahu aku, yang dalam video tue lah yang melahirkan melayu2 mat rempit,bila dah ada mat rempit ada bohsia dan bohjan,pastu rasuah jadi menggila stat zaman dia,dan kebanyakkan kehancuran umno dan malaysia bermula pada zaman dia...20 tahun memerintah apa yg mamat tue buat pada bangsa melayu????ko berani jawab????

ahmad albab said...

najip buat 1mdb pas tu lingkup salah tun m ke anon15:00 pm?
najip ckp xkenal jo low pas tu terkeluar gambo dlm kapal cantek punya posing salah tun m juge ke?
kalau malaysia xmembangun baru lah tun m tak salah ye gitu?
xde jalan raya xde lebuh raya nak merempit kan...anak dara teruna semua baik baik belaka ulang alik surau masjid..maklumlah xde skolah.

RD. said...

Hari ini, anak saya kata, satu kelas tingkatan 4, termasuk 2@3 orang guru, dari sekolahnya telah di angkut ke PWTC untuk dengar ucapan PM. Seorang murid diberi RM30 sebagai .... faham-faham saja lah. Bertambah tercicirlah anak Melayu tak belajar. Yang mereka belajar hari ini: WANG dapat membeli sokongan kepada seorang ahli Politik. Bila mereka lebih matang kelak, mereka akan sedar bahawa Najib amat gemar merasuah untuk mendapat sokongan.
Dalam mencari popularity, nampaknya Najib sanggup merosakkan masa depan anak-anak yang sedang belajar.
Tak boleh simpan lebih lama, pemimpin sebegini.

Anonymous said...

Anon 3:15pm is having brain contraction or no brain at all giving a few lines of unjustified comments. Its not worth a rebuttals if you have not been able to see within your surrounding what Tun M's effort have been standing for all to see yet he never once care that its his legacy, just showed the man he is. Compared to you anon 3:15pm, is there anything you have done done that made your parents proud, let alone the whole country proud??? But it has to be said.

The same way using your argument :

If you had not turned out to be what your dear mother and father wish for you to be, is it your problem or your parents???

So, stop being a dickhead giving silly arguments!

Anonymous said...

Macam yang Nazir Razak bagi hint awal2 lagi, "to live or to die". Untuk terus hidup, inilah yang berlaku, sehingga jalan keluar selamat terbentang depan mata. Kalau krisis ini angkara Timbalan Perdana Menteri atau menteri biasa, memang dah lama masuk dalam....

-paklong

Anonymous said...

Kau ni memang betul2 bangang yg tak boleh dilayan.

Anonymous said...

1. Sudah ada sebab kukuh kenapa Ketua Bahagian Umno dari seluruh negara wajib mengisytiharkan segala harta, akaun bank serta punca pendapatan mereka kepada pihak SPRM.

2. Beberapa Ketua Bahagian yang tidak dapat dibeli dengan habuan wang ringgit tunai dan janji2 lain telah tampil membuat Surat Akuan Bersumpah berkenaan tindakan agen2 yang dikenali cuba merasuah mereka dan ketua cawangan.

3. Ada antara Surat Akuan Bersumpah yang dipercayai menyebut tentang dua beg pakaian suitcase berisi wang tunai yang cuba digunakan untuk menyogok seorang Ketua Bahagian dari Pantai Timur. Kejadian diberitakan berlaku di kediaman pemimpin tertinggi di Kuala Lumpur.

4. Tungguuuuuuuuu


kepalotoyamukepoklekor

Anonymous said...

RE: "Dengar baik-baik penjelasan orang tua berumur 90-tahun dalam rakaman di-atas dan berpeganglah kepada ungkapan #berani kerana benar dan #muafakat membawa berkat."

A Song for the Diamond Dr. Mahathir and the Goodey Boys

https://www.youtube.com/watch?v=xq7kbJ6m-1E

Anonymous said...

Memang bangang tahap gaban.jika semua orang melayu berfikiran mcm kamu...najib lepas entah kemana....negara tergadai.....kau tak pergi sekolah ke.

Anonymous said...

315...kurang2 nya byk gak yg dia wat...nak harapkan ko asik gentel teloq 24 jam...anak bini pun nyampah nengok muka hang tu...

Tajul said...

Agreed. This guy (or maybe a lady, perhaps, who knows?) is a kind of people who will sue their teachers for being stupid - while others pass with flying colours and move forward.

Hello..
even in US got mat rempit..
even in middle east got ayam..
even in Japan got rasuah..
Are u saying Tun M initiated those silly things as well?

I wonder how many bucket ayaq ketum u just had..
Or how many pil kuda u wallap - close to overdose stage..

Or you want to blame Tun M for your stupidity as well? Maybe..

Tajul said...

Apa 'mamat' tu buat pada bangsa melayu?

Terlalu besar, terlalu banyak dan terlalu jelas
Orang buta pun nampak

Masa 'mamat' tu jadi PM, aku pergi oversea aku bangga mengaku aku orang Malaysia sampai mat saleh pun akui.

Sekarang? Bila aku pergi oversea, aku naik letih nak jawab bila mat2 saleh tu tanya aku "What's going on?". Malu tu toksah cakap la. Sampai rasa macam bangsat sangat aku kat sana.

Rempit, bosia bojan & rasuah salah 'mamat' tu? Hmm.. memang orang bodoh bangga dengan kebodohannya.. macam kau.

Buat Tun suami isteri, semoga panjang umur dan disihatkan tubuh badan. Banyak lagi nasihat yang kami perlukan daripadamu..

Tajul said...

Kepada barisan penjilat2 tegar kahak, nanah dan daki mat najip, dulu selalu jugak korang pakai nick sendiri. Keris berayun la, apa la..

Sekarang semua dah jadi anon je?

Hish..

Korang pun takut kena bedal nak lari ikut jalan cencorot macam mat najip jugak ke?

Rugi..rugi..

Kalau aku jadi korang, aku letak nama penuh lagi. Bukan apa, senang nak buat proof nanti nak claim gaji..

Geng Mamak said...

Saudara RD, nampak gaya murid sekolah yang tidak sepatutnya berpolitik sudah dipolitikan bersama guru dan wang.

Saudara Apanama, sesungguhnya ini semua berpunca dari sindrom pegang teloq yang merebak di luar kawalan. TSMY, Shafie dan KJ apa jadi ? Di luar MT lantang soal macam macam sampai penyokong seronok masa mesyuarat bahagian di Johor. Dalam MT macam tikus masuk rumah kucing. Itu sebab bos pon keluar ikut jalan tikus lepas mesyuarat nak memperlekehkan penyokong TSMY.

Kalau MT Umno sudah macam itu, BN pun boleh ikut langkah mayat. Jadi siapa lagi yang tinggal ? Itu sebab pembangkang boleh semakin kuat dari tahun 2008. Mana tak orang Cina sokong DAP. Orang sama yang sokong MCA masa Mahathir dulu semua dah berpindah ke DAP PKR dan jugak PAS.

Biar lah orang umno dan bn bersatu teguh bersama najib. Bukankah itu sokongan terhadap pemimpin dan parti ..... ? King is our DYMM SPBYDP Agong, not cash !

Anonymous said...

Semakin hari semakin terang yang Najib ni Bapa Rasuah Malaysia. Dia dengan isteri memang memalukan negara. Penyamun bangsawan. Bangkitlah ahli UMNO, korang aje yang boleh buang si penyamun tu.

Anonymous said...

Dakwaan serius tapi SPRM pula isytihar itu duit derma. Apa nak jadi SPRM ni. PDRM pun dah tunggang langgang. Kena fahaammm la PM ....... apa reaksi rakyat dan penduduk dunia yang semakin pelik dan terkebil-kebil tengok perlaksanaan demokrasi kat Malaysia ni.