Monday 12 October 2015

KENYATAAN MEDIA BERSAMA


Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan  atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)​untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)​untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) ​yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)​untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.


YABhg Tun Dr Mahathir Mohamd
YABhg Tun Dr Ling Liong Sik 
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat 
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

14 comments:

Anonymous said...

YABhg Tun Daim Zainuddin?

Anonymous said...

It reminds me of The Magnificent 7.

Mudah2an apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah swt

Anonymous said...

Najib MESTI ditolak dari terus kekal sebagai pemimpin. Beliau telah merosakkan negara dgn pelbagai salah laku moral maruah dan undang2 serta terbabit dgn rasuah juga salah guna kuasa. Perlukah org sebegini menjadi ketua negara? TIDAK.
Bersatu lah kita membuang pemimpin jahat yg menakutkan rakyat dgn pelbagai helah utk terus kekal dan mengelak dari di dakwa.

Anonymous said...

Insyallah Najib akan tersungkur tidak berapa lama lagi.Semuga usaha ikhlas ini akan diberkati dengan kadar segera.

Anonymous said...

I expect Daim and Rafidah will joib them. Rafidah has spoken she did not agree arrest of dissidents by government

berasiam said...

Pada sesi Sidang Parlimen akan datang PM merangkap MK akan bentang Bajet 2016. Bajet akan lulus jika bilangan undi yang menyokong mengatasi undi bangkang. Undi bergantung kepada kehadiran ahli Parlimen. Jika ramai ahli Parlimen BN menguzurkan diri dari hadir ketika undi Bajet 2016 dibuat, Bajet 2016 akan gagal. Kerajaan dikira tumbang jika Bajet gagal lulus. Ini salah satu kaedah untuk tumbangkan kerajaan secara demokrasi. Pandikar boleh tepis kalau usul tidak percaya dikemukakan. Tapi ilmu pendekar tidak mengajar bagaimana untuk memastikan ahli Yang Berhormat akan hadir bagi undi sesuatu rang undang-undang. Dengan cara ini BN tidak perlu terhutang budi kepada pembangkang untuk tumbangkan Najib. Pandikar pun boleh ditukar jika Najib bukan lagi ketua kerajaan. Yang tidak hadir undi Bajet 2016 nanti ada peluang untuk jadi menteri dalam kabinet baru. Kabinet yang sedia ada bolehlah dihantar ke kilang perabut untuk dikitar semula.

Anonymous said...


These veteran leaders from a better era of Malaysia must be commended for their courage and their principles.

It is heart-warming to see Tun and Ku Li seated side-by-side.

They understand the critical juncture we have arrived at as a nation.

And they are right that SOSMA is being abused.

The Penal Code itself defines what "SABOTAGE" in the context of s.124 means.

It is as follows:

"....”sabotage” means

(a) an act or omission intending to cause harm:

(i) for the interests of foreign powers or foreign organizations;

(ii) to premises or utilities used for national defence or for war; or

(iii) to the maintenance of essential services; or

(b) knowingly producing defective materials, premises or utilities used for national defence or for war.”

Hence it is utterly clear that s.124 is completely inapplicable here.

A novice law student can see that.

Yet, the AGC apparently cannot.

Need I explain why?

It seems that the 24-hour replacement is already causing damage to the rule of law.

Anonymous said...

InsyaAllah saya akan terus undi UMNO /BN di PRU akan datang.

Anonymous said...

Ahad lalu senyum dan tweet sakan berlari-lari anak, apakah dia akan terus lari??? Terbukti Jho Lo sebagai penasihat, masih Najib hendak nafikan sekor nih tidak terlibat??? Dah Najib tipu (eh dia kata PINDA) di Parliament Tunai jadi Assets jadi UNITS, juga kata Jho Lo tidak terlibat, nak terus kelentong lagi ke??? Temberang 2.6 Billion,

Derma Politik
Derma Peribadi,
Derma lawan DAP & Yahudi,
Derma ASWJ,
Derma lawan ISIS,
Derma bla bla bla,

Tali dileher Najib semakin tercerut akibat sendiri buat pun, tiada siapa fitnah dan aniaya, maka Najib masih berangan angan kuasa tuh cukup besar di tangan???

Sesungguh nya KUASA YANG MAHA ESA melebihi segala nya, insaf lah Najib, Zahid dan barisan hulubelalang yang terus terusan pertahankan kubu yang dah RAPUH!!!

Anonymous said...


“Banking or Economy Sabotage”...a "crime" that does not exist.

This sounds exactly the crime that the Prime Minister must be sizing up to throw at the world renowned and respected Head of Malaysia’s Central Bank, who like Mr Khairuddin has made absolutely clear that she is deeply concerned at what she believes has been grand criminal behaviour at the 1MDB fund, managed by Najib.

She, like Khairuddin, has made clear she is concerned that rightful prosecutions on evidence produced by her bank have been suppressed by the Prime Minister’s new puppet AG.

The Prime Minister seems very happy to blame everyone else for ‘sabotaging’ the economy, purely for pointing out that he has been looting it.

Does Malaysia wish to become a failed state or to get rid of a failed Prime Minister?

Anonymous said...

"I am exceedingly anxious that this Union, the Constitution, and the liberties of the people shall be perpetuated in accordance with the original idea for which that struggle was made, and I shall be most happy indeed if I shall be a humble instrument in the hands of the Almighty, and of this, his almost chosen people, for perpetuating the object of that great struggle."
- Abraham Lincoln (1861) Speech to the New Jersey Senate

The President could have been speaking from this gathering of upright men.

Anonymous said...

Unity & Integrity, oh my Magnificent Seven

https://www.youtube.com/watch?v=VgbtLYXCTRs

Anonymous said...

strengh and honour

Anonymous said...

Me too