Monday 15 August 2016

PERINGATAN - Melindungi pengkhianat adalah jenayah





Sidang akhbar bersejarah ini diadakan pada 25hb Januari 2016, lebih kurang tujuh bulan yang lalu, di  pejabat Peguam Negara Malaysia Putrajaya. 

Kandungan sidang akhbar ini diketahui seluruh dunia tetapi sehingga kini ramai yang masih mempertikaikan keputusan Apandi Ali yang dikatakan bertindak lebih sebagai peguambela orang yang disyaki (Najib Razak) daripada tugas hakikinya sebagai peguam negara. 

Dengan bukti-bukti baru yang dikemukakan Kerajaan Amerika Syarikat mungkin Apandi akan membaca kembali kenyataan beliau tempohari kerana isunya bukan sekadar kredibiliti Apandi sebagai peguam negara tetapi juga berkisar dengan kelakuan jenayah melindungi penjenayah.

Kelihatan disebelah kiri Apandi Ali (dalam rakaman video diatas) adalah Datuk Dzulkifli Ahmad (yang memeriksa teks kenyataan yang dibacakan peguam negara dengan teliti). Ketika sidang akhbar ini diadakan pada bulan Januari yang lalu Dzulkifli bertugas dibawah Apandi di Jabatan Peguam Negara. 

Kini Dzulkifli adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Percegahan Rasuah Malaysia. Perlantikan Dzulkifli memang telah dijangka sejurus selepas sidang akhbar di-atas. 

Jangan terkejut dengan amaran terbaru Dzulkifli, khususnya yang ditujukan kepada penjawat awam, kerana itu adalah tugas terbaru beliau. Saya pasti Dzulkifli sedar bahawa ramai yang sedang memerhatikan beliau secara dekat, dari dalam dan luar SPRM. 

Untuk makluman, Najib Razak adalah penjawat awam.    


p/s 

Bersubahat melindungi jenayah juga adalah jenayah, lebih-lebih lagi jika yang bersubahat itu adalah mereka yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang yang termaktub dibawah Perlembagaan Malaysia. Pastinya hukuman bagi jenayah melindungi kesalahan jenayah akan lebih berat jika yang cuba dilindungi itu adalah pengkhianat negara.



19 comments:

Anonymous said...

Dzulkifli.....you are no Duterte, president of the Philippines.

Before Duterte proclaimed those to surrender, he had walked the talk by killing drug lords and corrupt political leaders. Thousands died in the hands of law enforcers including the citizens themselves.

If you are a NATO guy, pleasd enjoy your dinner at shangrila hotel......otherwise, fly kite

dt rahman pekan said...

salam sdr firdaus,

truth wil prevail eventually. we need only one conviction in d courts outside Malaysia. d rest wil come easy. insya'allah.

Anonymous said...

This Pandi fella is a walking disgrace.

http://nypost.com/2016/08/13/swiss-private-bank-linked-to-malaysia-scandal/

Let's wait for the kafir2 to show Malaysia what good Muslim values of truth and justice are about.

We seemingly don't know.

Rafz said...

Penyagak umpa penyamun .......dah....dah kena dah

Anonymous said...

Dear Brother,
How to access to Outside the Box please>

A trying last 2 months cannot go through.

Please kindly help.

Regards

Raphael

Apanama said...

Salam brother Raphael. OSTB has been blocked for quite sometime, for unknown reasons, by the powers that be. You can access OSTB via VPN browser. You can download a compatible VPN browser for free. Just google search VPN browser and download it. Cheers.

Anonymous said...

To view ostb, change your dns setting of your device to 8.8.8.8 don't use any Malaysian dns server. On iPhone can be quite difficult if using mobile carrier data.

Anonymous said...

Sudah le "Apa Nama"... Sokonglah terus Mamak Mahathir tu...hehehhe

Anonymous said...


The letter from the Swiss Prosecutor continues:

“The sovereign fund 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) was despoiled of several billion US dollars in the context of several international financial operations. 1MDB notably secreted these within contracts with the oil company PetroSaudi and the Abu Dhabi International Petroleum Investment Company IPIC, through its subsidiary Aabar.

In this context the enquiry has revealed a suspicion of corruption with regard to former representatives of 1MDB (Casey Tang, Jasmine Loo) and from IPIC (Khadem Al Qubaisi, Mohamed Al Husseiny).

The criminal proceedings opened against these four people have raised suspicion with regard to each of their many banking relationships in Switzerland, in that these accounts may have received funds of criminal origin.”

MO1 is trying to buy off the UAE with cash siphoned from the CCCC deal for the simple reason that if 1MDB's transfer to the fake Aabar was a 3-way conspiracy with MO1, then IPIC wins.

Khadem Al Qubaisi and Mohamed Al Husseiny are beyond the reach of any Malaysian tong simen. And they are too rich to bribe. And they know everything that MO1 has done.

How worrying.

All the anti-ageing treatments in the world cannot cure this kind of stress.

Anonymous said...

9:37

Sokonglah terus LANUN PARIAH BUGIS tu.....

Mari kita tengok siapa yang kena!

Anonymous said...

9.37 is a good example of najib's macai like the boys in mykmu blog. They will condemn rational guys who are inclined to comment as if they support tdm. In fact, many making comments not becos of tdm but rather concerned with our failed state.

It seems those malays aligned to najib are for destruction on the country. Mereka will neved imagine the consequences of their irresponsible actions.......sigh....

Anonymous said...

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang dan jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang dan jelas; dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubahat yang berkesamaran yang tidak diketahui kebanyakan orang. Daripada itu, maka barangsiapa yang menjaga dari melakukan perkara syubhat sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubahat, maka dia telah jatuh ke dalam perkara2 haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbanginya akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Lagipun ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila baik keadaannya maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah keseluruhan jasad.
Ketahuilah benda itu adalah hati."
(Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Sedari lah Apandi! kambingmu telah mencerobohi masuk main dan makan ke tempat haram.

Anonymous said...

9:37 apa yg hangat ni...apanama Nak sokong siapa itu hak dia... Berlapang dadalah mcm mo1 cakap... Baling gelas pun tak pecahkan? Knp takut?

Anonymous said...

Corrupt leaders throughout history got filthy rich and wealthy by being involved in corrupt dealings and practices whether legitime or illegitimate. Both are amoral but there's always some kinda business involved but what happened here couldn't even be defined as business at all. It was outright stealing and looting from the national coffers. Nobody have ever done it before. Nobody that brazen and foolish enough to do such a thing.
Money were siphoned off like no tomorrow and diverted from its intended purposes. Then it showed up in strange places elsewhere around the world like cash in banks, off shore outfits, being spent on assets, personal belongings and properties. Next thing we know 2 rich kids came out of nowhere got their hands of it.

Anonymous said...

Jika dedak sudah menjadi 'bread and butter' ,maka bersungguhlah mereka ini mempertahankan Najib (lubuk dedak),walaupun hakikatnya dalam hati kebanyakan mereka tahu Najib ini bersalah.Yang masih mempertahankan Najib dengan mengutuk Tun di sini ,anda membuang masa saja.Hanya meluahkan perasaan marah kerana kapal panglima bugis semakin senget nak tumbang,baik tak payah,tiada alasan atau langkah yang dapat mengembalikan kepercayaan kami rakyat kebanyakan terhadap kepimpinan Najib.

Sudah diberi peluang 7 tahun,ekonomi semakin kelam ,boros,pelabur kurang,kadar pengangguran tinggi,tambahan skandal 1MDB,membohong pulak tu .Sebaiknya pergi 'pujuk' Najib supaya letak jawatan lagi bagus daripada menyusahkan rakyat serta merisikokan masa depan negara.

Anonymous said...

An ineffective and useless minister in charge of good governance should resign immediately. Why wait for DoJ's case before iniating actions? Is not it stupid?

You have all facts right under your nose unless paul low is equally blind, deaf and dumb and more importantly stuffed with $$$$$$$$

Hang Jebat said...

Tuai pandi antara masak..
Esok jangan tipu..tipuan..
Intai kami macam le tak nampak..
Esok jangan sesal..sesalkann..

Hang Jebat said...

Tuai pandi antara masak..
Esok jangan tipu..tipuan..
Intai kami macam le tak nampak..
Esok jangan sesal..sesalkann..

Anonymous said...

Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.