Monday, 27 February 2017

Rakyat tahu siapa mungkar



Rakyat yang waras harus tahu bahawa matlamat kita hanya satu.

Rakyat, khususnya yang dewasa dizaman kegemilangan negara, tahu akan kedudukan sebenar kita pada waktu ini.

Kedudukan kita merosot walau dinilai dari sudut mana sekalipun. Dipentas antarabangsa kita kini dikenali sebagai salah sebuah negara yang tenat, diantara sepuluh negara paling tenat, diserang wabak rasuah.

Penyakit rasuah ini telah menjadi wabak merbahaya yang mengancam melumpuhkan sistem pentadbiran negara diperingkat tertinggi.

Sistem check and balance seakan lumpuh apabila rasuah, salahguna kuasa dan perlakuan merompak harta negara (kleptokrasi) diperingkat tertinggi pentadbiran hanya mampu ditonton secara berjemaah.

Rakyat sedar akan keadaan sebenar walaupun sering digula-gulakan dengan pelbagai hadiah dan wang ringgit.

Langkah-langkah populis berniat mengaburi mata dan hati rakyat hanya langkah sia-sia. Rakyat tidak lagi boleh dibohongi dengan putar belit murahan di arus perdana.

Rakyat yang sihat akal fikiran juga tidak mungkin termakan hasutan berunsur agama atau perkauman kerana yang waras tahu ini hanya mainan golongan yang terdesak.

Di Malaysia kita ini tidak ada masalah agama atau sengketa antara kaum, yang ada hanya segolongan kecil manusia yang takut kehilangan kuasa jika rakyat bersatu dan bangun menolak mereka. 

Yang paling takut dikalangan mereka yang takut pastinya Datuk Seri Najib Tun Razak, presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat tahu kenapa dan mengapa mereka ini takut. Tidak perlu diperjelaskan panjang lebar, cukup setakat dirujuk siasatan SPRM dan pembongkaran terbesar Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. 

1MDB adalah malapetaka yang diundang. Satu komplot jahat untuk merompak Malaysia yang terbongkar dengan sendirinya. Baca laporan siasatan di-SINI untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai rompakan terancang ini. - https://www.justice.gov/opa/pr/united-states-seeks-recover-more-1-billion-obtained-corruption-involving-malaysian-sovereign

Yang terlibat secara langsung dalam jenayah kleptokrasi, salahguna kuasa dan khianat takut diheret kemuka pengadilan jika kuasa terlepas dari tangan mereka. Ini hakikatnya.

Yang bersubahat berdiam diri demi kepentingan peribadi juga pasti tidak akan terlepas. Ketakutan ini benar.

Mungkin rakyat sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi untuk memperbetulkan keadaan menerusi saluran-saluran yang termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan. 

Agak malang sekali kerana rakyat terpaksa menunggu pilihanraya umum untuk menangani perbuatan jenayah diperingkat tertinggi pentadbiran negara. Malang kerana saluran-saluran sediada telah lumpuh dalam kes skandal 1MDB, kecurian berbilion ringgit dan kehilangan harta pusaka negara. 

Kepentingan peribadi telah mengatasi kepentingan keseluruhan rakyat dan negara Malaysia. Sudah jelas lagi bersuluh.

Rakyat tahu tetapi ramai juga yang masih tertanya-tanya bagaimana kepentingan seorang individu boleh mengatasi kepentingan rakyat dan kedaulatan negara. Kenapa keadaan ini berterusan tanpa penyelesaian?   

Usaha untuk terus memperbodohkan orang Melayu, terutamanya ahli dan orang Umno, demi untuk menutup pekong peribadi pemimpin tidak mungkin berhasil. Melayu bukan lagi hak mutlak Umno. 

Sebenarnya Umno yang bersekongkol dengan penjenayah yang mengkhianati negara sudah hilang kelayakan untuk mewakili rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. 

Umno hari ini sudah kehilangan kedudukan moral kerana secara terang-terangan membelakangkan kepentingan agama, bangsa dan negara... seperti yang sering dilaungkan. 

Rakyat tahu dan pasti mahu kegemilangan negara dikembalikan. Seharusnya keadaan kita jauh lebih baik dari 10 atau 20 tahun yang lalu tetapi apakah itu kedudukan kita pada hari ini?  

Rakyat dapat merasakan beban yang dipikul hari ini. Kita menanggung beban bukan kerana bencana alam tetapi bencana yang diundang dengan rasuah, salahguna kuasa dan pencurian.  

Segala bentuk subsidi dilupus tiba-tiba dan cukai baru diperkenalkan secara paksa walaupun ianya jelas membebankan rakyat. Kenapa tindakan terdesak sedemikian jika segalanya bagus dan berkembang maju seperti yang dicanang? 

Hutang negara semakin tinggi. Beban kos sara hidup semakin berat.  Semakin ramai yang kehilangan pekerjaan. Dimana kedudukan ekonomi kita

Rakyat wajib menyelamatkan negara ini dari cengkaman mereka yang sudah terpesong jauh dari landasan.

Kita harus bertekad untuk menyelamatkan Malaysia, ini matlamat utama. Pilihanraya umum yang akan datang adalah medan kita. 

Yang terdesak mungkin akan meneruskan dakyah dan tipu helah sehingga ke penghujung jalan tetapi rakyat yang waras harus bertekad untuk menyelamatkan Malaysia dari yang mungkar. 

Rakyat mesti mengenepikan segala perbezaan yang lain dan bersatu demi negara kita. Jangan kita biarkan nasi menjadi bubur. 

Menentang kemungkaran tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan atau jawatan adalah tuntutan agama. Agama Islam dan hampir semua agama lain yang dikenali dunia menentang kemungkaran secara khusus.

Rakyat Malaysia tahu siapa mungkar.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Amar_makruf_nahi_mungkar



p/s 

Tak mungkin rakyat Malaysia yang sihat akal fikiran sanggup membelakangkan ajaran dan tuntutan agama demi untuk mempertahankan BR1M. Tak mungkin kan? 



8 comments:

Anonymous said...

Hanya menunggu GE14 untuk membuang Najib dan gerombolannya.

Anonymous said...

Kejahatan akan menang kalau orang yang benar menjadi iblis bisu. Mendiamkan diri bila melihat sesuatu yg salah sama seperti menghalalkan kesalahan itu. Jadilah orang yang benat itu menjadi iblis bisu.

Anonymous said...

Hehehe...

Anonymous said...

Please don't make it look bad to the people/rakyat.....although perhaps its not your intention. Having said that, what hope do you have when a series of RAJA-RAJA seem to be 'looking the other way' or 'turning the other cheek'...yet you can still find some 'ROYAL' biting back when his tail is stepped upon but so bloody quiet to the WORLD RENOWNED CORRUPTION of 2.6 BILLION. CITIZEN's DECLARATION don't matter to these 'LEARNED ROYALS' and the so called HIGHEST reference as RELIGIOUS HEADS!? So, who gives what to ISLAM a BAD name!?

And, what about the LOCAL CLEAR CUT 42 MILLION SIPHONED off from SRC International?!?!??? DAYLIGHT ROBBERY that can be just 'BRUSHED OFF' by 'DON"T KNOW' ???? WTF???

And, now the KLEPTOCRATS is trying very very hard to JUSTIFY the THEFT by 'patronising' to the ARAB KING's visit whom 'supposedly' made the DONATION but never ever willing to come clean with the 'REAL CHEQUE' that will say it all!!! Taking the people for a fool, ehhh!????

Don't get us people wrong...we're just as irritated here in North America to put up with such PM01's antic whom are PROVEN GUILTY UNTIL JUDGED OTHERWISE! It just doesn't help with ministers and people heading government agencies 'PLAYED BALL' to the ongoing CORRUPTION and PERENNIAL LIES!!! Whats left of MALAYSIA's MORAL values?

Anonymous said...

Einstein once said, 'the world is dangerous, not because of those who do evil, but because of those who look on and do nothing.' COME ON!! WE HAVE TO DO SOMETHING!!

Anonymous said...

We Malaysia have a problem.

There are more rural parliamentary constituents than that of the urban ones. Smaller number of voters but with many number of constituents. In most cases these folks living in backyard Malaysia typically are government supporters. BR1M has somewhat reinforced the support. presiden parti terbesar di Malaysia main kotor. Duit siapa tak nak.

Sempadan kawasan parlimen is being redrawn for GE14 too. Mahathir's goverment have always done that but today it is done with clear intention to deceive us Malaysians and to win the next general election by whatever means and to continue to disintegrate Malaysia.

Kita kena pergi tolong kempen ke parlimen luar bandar. Majikan pun kena bantu bagi kelonggaran untuk pekerjanya pergi berkempen menentang BN Umno.

Majlis Tertinggi Umno will disintegrate sampai tak ada ketinggian langsung dan ada ahlinya menanti tindakan undang undang.

Bersekutu Bertambah Mutu

Anonymous said...

Perang yang paling besar adalah perang melawan hawa nafsu. Jangan cakap orang biasa pemimpin, ulamak pak ustad pon boleh gagal dalam peperangan ini.

Sam Stayer said...

Web development and creation of online projects - unlimited opportunities for your business!
Bespoke web development, creation and support of online stores based on OpenCart or other CMS platforms with WebiProg company will allow you to get the following features: integration with payment systems, SEO-optimization, speed optimization, security and also our professional technical support. Visit our website!