Baru menerima gambar serta petikan artikel majalah Tempo dari rakan wartawan di Jakarta.
Yang diterima ialah petikan dari Edisi Khas Majalah Tempo yang diterbitkan menjelang Ulangtahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika yang akan diadakan diBandung minggu ini.
Jika apa yang dikepilkan ini benar diterbitkan dalam EDISI KHAS Majalah Tempo, nyata agenda transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri kita telah berjaya.
Malaysia kini masyhur di-mata dunia.
Jangan tanya kenapa dan mengapa kita masyhur, tetapi kita nyata mashyur.
Penduduk Indonesia berjumlah lebih kurang 300 juta orang. Jika hanya 10% yang tahu membaca pun, angkanya agak besar. Jangan risau, kita masyhur.
Minggu ini pula ramai pemimpin dunia yang sedang berkumpul di-Bandung menghadiri Ulangtahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika. Kita pasti lebih masyhur.
Katanya Edisi Khas ini akan tiba di-Malaysia dalam masa sehari dua ini. Jika ada percubaan untuk menghalang kemasukan atau gam majalah ini, kita akan bertambah masyhur.
Kalau saman majalah Tempo dari Indonesia ini, maka akan bertambah-tambahlah kemasyhuran kita.
Terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak.
p/s Buatlah apa saja yang difikirkan betul. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka yang begitu masyhur dimerata dunia.