Showing posts with label tanah. Show all posts
Showing posts with label tanah. Show all posts

Tuesday, 14 July 2015

KRISIS TABUNG HAJI & 1MDB - SIAPA BOHONG?



Saksikan sendiri bagaimana isu ini diputar-belit. Saya pasti rakyat mampu berfikir. 

Kenapa urusniaga pembelian tanah sekangkang kera dengan harga tinggi melangit dari 1MDB ini belum dibatalkan atau tanah tersebut dijual balik dengan keuntungan jutaan ringgit, seperti yang dijanjikan sebelum ini? 

Apakah urusniaga Tabung Haji dengan syarikat broker tanah bermasalah seperti 1MDB itu HALAL atau HARAM? 

Apakah benar duit tabungan pencarum digunakan untuk menyelamatkan 1MDB? 

Persoalan-persoalan ini harus dijawab oleh pihak berwajib. 

Rasanya kakitangan Tabung Haji sendiri sudah mula hilang sabar akan krisis yang mengaibkan nama baik institusi yang telah berjasa kepada rakyat ini.

Apa kesudahan krisis ini? Sorok bawah tikar dan buat tak tahu kerana skandal besar 1MDB yang dihadapi pemimpin negara pun boleh diputarbelit sehingga ada yang mula was-was dengan kebenaran? 

Kita tunggu dan lihat... nilai serta budi pekerti mereka yang bergelar pemimpin. 



Tuesday, 16 December 2014

Kerajaan jual tanah lagi?

Berita ini mungkin menggemparkan sesetengah rakyat Malaysia manakala segelintir yang tidak mengetahui hujung pangkal sesuatu isu itu mungkin bertanya 'salah ker jual tanah kerajaan'? 

Terdapat khabar berita dan percakapan dikalangan teman-teman bahawa ada perancangan baru dipihak kerajaan untuk menjual sejumlah tanah milik kerajaan di Wilayah Persekutuan untuk menjana pendapatan. 

Katanya perancangan untuk menjual tanah kerajaan ini termasuk rumah serta banglo milik kerajaan dan tanah-tanah yang amat berharga di bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin tanah di Putrajaya dan Labuan juga terlibat sama, saya kurang pasti.

Saya difahamkan penjawat awam yang mengetahui perancangan ini amat gusar dengan tindakan pihak yang konon-nya sedang giat mem- 'bulldoze' rancangan mereka untuk menjual tanah pusaka kerajaan kepada pihak swasta dalam dan luar negara. 

Pihak yang dikatakan sedang mem-bulldoze ini juga katanya amat giat menggunakan nama pemimpin tertinggi negara termasuk Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Jika benar khabar berita ini, maka menjual tanah milik kerajaan di kala rakyat hebat membincangkan ancaman ketirisan tanah rezab Melayu adalah tidak wajar dan amat membimbangkan. 

Lebih membimbangkan apabila nama pemimpin tertinggi negara dikaitkan dengan perancangan ini. 

Sebaliknya jika perkara ini tidak benar sama-sekali pihak kerajaan harus tampil membuat kenyataan rasmi menafikan 'khabar angin' ini. 

Ini mungkin kerja jahat pihak yang ingin sengaja memburukkan imej Perdana Menteri dan rakan-rakan beliau.

'Khabar angin' ini harus dimatikan kerana ada pihak yang mendakwa kerajaan kita ini sudah hampir muflis angkara salahlaku kewangan yang amat keterlaluan dan kerajaan tiada pilihan lain kecuali menjual tanah pusaka untuk menampung perbelanjaan.

p/s Mungkin, sebagai langkah keselamatan, sudah tiba masanya tanah milik kerajaan ditambah status menjadi Tanah Rezab Melayu.  BTW what happened to the Tugu Negara THEME PARK? 



Site Meter