Showing posts with label bohong. Show all posts
Showing posts with label bohong. Show all posts

Sunday, 2 August 2015

Akar umbi lantang, Pemuda Umno semakin berani. Mana Khairy ?




Ini terbaru dari akar umbi Pemuda Umno di Bahagian Kuala Kedah. Dengar sendiri apa yang diluahkan dihadapan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang merasmikan persidangan sayap Bahagian Kuala Kedah. 

Semakin hari ramai dikalangan akar umbi Umno yang telah mula menyatakan pendirian mereka secra terbuka, terutamanya golongan muda dari Pemuda serta Puteri. 

Ada juga ahli serta pemimpin peringkat akar umbi yang telah letak jawatan sebagai tindakan membantah halatuju parti dibawah pimpinan Najib Razak. 

Difahamkan ramai dikalangan pimpinan tertinggi Wanita, Pemuda serta Puteri Umno pun tidak bersetuju dengan beberapa 'tindakan melampaui batas' di-dalam dan luar parti baru-baru ini namun kesemuanya masih belum cukup berani untuk menyatakan pendirian secara terbuka.

Rami juga yang agak terkilan dengan 'silent mode' saudara Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda Umno yang sebelum ini dilihat sebagai antara pemimpin pelapis Umno yang mampu meraih sokongan, bukan sahaja dari Umno tetapi dari a 'cross section of the Malaysian society' kerana keterampilan beliau. 

Saya pasti KJ kini faham bahawa tanggungjawab pemimpin pelapis bukan setakat menganjurkan festival atau karnival untuk belia,  tetapi KJ hanya belum cukup berani untuk menyatakan atau lebih tepat lagi menyampaikan suara akar umbi tanpa 'fear or favour'.  

Akar Umbi Umno Gesa Cari 'Kaedah Agresif' Jika Najib Gagal Jawab Isu 1MDB
Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 12:45 PM

"Jangan Takut Bercakap Benar" - Shafie


Muhyiddin: I won’t stop discussing 1MDB

Sementara itu Muhyiddin dijangka menghadap Tuanku Sultan Johor pada lebih kurang pukul 4petang ini. Hanya berita ini sahaja yang sahih, yang lainnya (berhubung pertemuan petang ini) mungkin spekulasi semata-mata, tetapi harapan rakyat nyata tinggi menggunung bila berita Raja Melayu dari Negeri Johor mengambil maklum tentang 'penderitaan' rakyat mula tersebar luas. 

Daulat Tuanku! 

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda, hari ini.
Sumber ketika dihubungi Astro AWANI, berkata Muhyiddin dijangka menghadap Sultan Johor pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di sini. - AWANI 


Saturday, 18 July 2015

Konspirasi dan kebenaran Skandal 1MDB

Nampaknya pelbagai percubaan telah dan sedang dilakukan untuk mengaburi mata rakyat dari Skandal 1MDB. Secara khususnya cubaan demi cubaan dilakukan untuk mengalih tumpuan orang ramai dari penglibatan langsung Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam skandal yang amat memalukan negara ini. 

Untuk makluman, Najib Tun Razak belum lagi menjawab isu wang tunai berbillion Ringgit yang dilaporkan telah disimpan dalam akaun peribadi beliau di Ambank. Laporan akhbar terkemuka dunia The Wall Street Journal dalam satu pembongkaran eksklusif telah melaporkan butiran agihan dana bernilai lebih kurang 700,000,000 Dolar Amerika (anggaran RM2.6 Billion) dan telah beberapa kali selepas itu membuat kenyataan bahawa laporan mereka adalah berasakan bukti kukuh

Selain percubaan untuk mengalihkan perhatian serta persoalan rakyat akan laporan dana dalam akaun, sehingga kini Najib belum lagi mengambil apa-apa tindakan undang-undang yang jelas terhadap WSJ kecuali meminta jasabaik WSJ untuk menyuluh sesuatu yang sudah terang menerusi satu surat permintaan kepada akhbar tersebut. 

Untuk beberapa ketika isu pergaduhan di Plaza Low Yat diKuala Lumpur cuba dicanang disana sini untuk mengalih perhatian rakyat dan apabila percubaan itu gagal timbul pula seorang bekas editor akhbar dari Sarawak yang telah beberapa kali dipecat dari jawatan beliau sebelum ini. 

Cerita konspirasi editor tersebut 'mati ketika dilahirkan' apabila beliau mengaku telah dibayar oleh seseorang yang mengaku sebagai Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. 

Kini cerita warga Swiss yang ditahan Polis Thailand untuk siasatan perasugut terhadap PetroSaudi pula muncul kembali. Pada mulanya Polis Thailand telah menolak beberapa permintaan Polis Malaysia untuk mencampuri isu Justo. 

Namun beberapa laporan terkini dan percubaan tanpa henti akhbar tempatan ternampak seolah satu lagi skrip konspirasi telah disediakan. Konspirasi kali ini berkisar dengan kenyataan jurucakap Polis Thailand yang telah membuat kenyataan berbau politik dimana konon-nya Justo telah mengaku berjumpa dengan beberapa ahli politik (pembangkang dan ahli Umno) dalam urusan menjual beli maklumat sulit tentang 1MDB-Petrosaudi. 

Bersedialah untuk disajikan dengan pelbagai rasa hidangan berencah Thailand berasaskan pengakuan Justo yang datangnya dari pihak ketiga, ke-empat dan para pendukung Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. 

Dalam suasana dimana kita tidak pasti sama ada watak Justo itu sendiri adalah kisah benar atau sebenarnya sebahagian daripada beberapa cerita rekaan untuk mengalih perhatian dari penyiasatan skandal 1MDB, cerita konspirasi adalah tidak berapa penting. 

Jika konspirasi dijadikan sandaran maka tidak mungkin bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar bin Ibrahim disabitkan kesalahan, dua kali, oleh badan penghakiman negara. 

Jika cerita konspirasi dijadikan sandaran, Najib pun ada berjumpa dengan Saiful Bukhari sebelum laporan polis kes liwat kedua terhadap Anwar Ibrahim dibuat. Apakah perjumpaan itu menidakkan jenayah liwat yang dilakukan Anwar?  

Jika tidak kenapa perjumpaan Justo dengan ahli politik Malaysia atau Ahli Kongres Timbaktu atau mungkin Sami Budha dari Burma harus menjadi isu utama yang dicanang tanpa henti? Jika Justo meniduri pelacur dari Kota Belit pun, tidak menjadi isu kepada rakyat Malaysia.

Perkara pokok bagi kita adalah - rasuah, salahguna kuasa, melesapkan duit negara, mencuri tanah milik kerajaan, menipu pihak berkuasa termasuk Bank Negara dan berbohong kepada rakyat Malaysia.

Yang penting bagi kita rakyat Malaysia ialah untuk memastikan agar negara kita ini tidak diketuai oleh seorang individu yang tidak bermoral, rasuah, pembohong dan telah menggadaikan diri kepada kuasa asing, termasuk saudagar Unta yang kaya-raya dari Timur Tengah. 

Yang penting bagi kita adalah agar Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, tampil memperjelaskan beberapa jenayah penipuan, pengalihan wang haram serta salahguna kuasa yang melibatkan beliau sebagai penjawat awam yang telah bersumpah untuk setia kepada negara ini. 

Kita risau kalau-kalau negara kita ini sebenarnya sudah tergadai. Kita amat risau jika pemimpin kita tidak lagi bergerak diatas landasan kebenaran demi kepentingan negara Malaysia dan rakyatnya. Kita risau kebatilan semakin subur dengan taburan wang ringgit dan emas permata. Kita risau akan kelangsungan negara kita Malaysia. 

Tidak mengapa jika Najib tidak ingin menceritakan apa beliau bincang dengan mangsa liwat Anwar Ibrahim sebelum laporan Polis dibuat beberapa tahun yang lalu itu, kita ingin tahu kebenaran akan skandal 1MDB yang amat memalukan negara dipersada dunia sekarang. 

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak harus tampil menjawab segala persoalan yang ditimbulkan secara terbuka dan bukannya menyorok dibelakang budak hingusan bergelar Menteri kabinet. 

Perdana Menteri boleh bermula dengan menjawab soalan mudah berikut:-
Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, BENAR atau TIDAK duit berjumlah lebih kurang RM2.6 Billion dimasukkan kedalam akaun peribadi anda di Ambank? 

Nota kaki: Jangan buat bodo' Datuk Seri, rakyat Malaysia celik.


Tuesday, 14 July 2015

KRISIS TABUNG HAJI & 1MDB - SIAPA BOHONG?



Saksikan sendiri bagaimana isu ini diputar-belit. Saya pasti rakyat mampu berfikir. 

Kenapa urusniaga pembelian tanah sekangkang kera dengan harga tinggi melangit dari 1MDB ini belum dibatalkan atau tanah tersebut dijual balik dengan keuntungan jutaan ringgit, seperti yang dijanjikan sebelum ini? 

Apakah urusniaga Tabung Haji dengan syarikat broker tanah bermasalah seperti 1MDB itu HALAL atau HARAM? 

Apakah benar duit tabungan pencarum digunakan untuk menyelamatkan 1MDB? 

Persoalan-persoalan ini harus dijawab oleh pihak berwajib. 

Rasanya kakitangan Tabung Haji sendiri sudah mula hilang sabar akan krisis yang mengaibkan nama baik institusi yang telah berjasa kepada rakyat ini.

Apa kesudahan krisis ini? Sorok bawah tikar dan buat tak tahu kerana skandal besar 1MDB yang dihadapi pemimpin negara pun boleh diputarbelit sehingga ada yang mula was-was dengan kebenaran? 

Kita tunggu dan lihat... nilai serta budi pekerti mereka yang bergelar pemimpin. 



Wednesday, 17 June 2015

Tabung Haji dah jual tanah 1MDB?


Ini janji Pengerusi Tabung Haji kepada pencarum Tabung Haji. Saya pun mencarum dalam Tabung Haji walaupun tidak banyak. 

Janji Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Azeez Rahim ini dizahirkan atas nasihat Perdana Menteri yang begitu prihatin tetang keluhan pencarum dan menasihati Tabung Haji agar menjual tanah yang dibeli dari 1MDB. 

Untuk makluman, Perdana Menteri juga adalah ketua penasihat 1MDB (penjual tanah). 

Atas nasihat ketua penasihat kepada penjual tanah, pembeli tanah berjanji untuk menjual balik tanah yang dibeli dengan harga melangit itu dalam masa SATU MINGGU. 

Ketika pengumuman menangkis fitnah ini dibuat sudah ada TIGA tawaran pembelian yang akan memberi KEUNTUNGAN kepada Tabung Haji, mengikut kata Datuk Seri pengerusi. 

Ketika pengumuman ini dibuat yang menjadi perhitungan hanyalah jumlah keuntungan yang bakal dikecapi Tabung Haji. Terlalu ramai yang berpusu-pusu untuk membeli tanah kerajaan yang amat berharga ini katanya.

Kini sudah lebih SATU BULAN semenjak Tabung Haji terkedu dan berjanji untuk menjual balik tanah, apabila urusan diam-diam membeli tanah milik kerajaan dari broker (1MDB) dengan harga tinggi melangit itu terbongkar

Laporan terbaru dari jawapan yang dikemukakan di Dewan Rakyat mendedahkan bahawa tanah itu belum dijual lagi. 

Kenapa tak jual lagi? 

Nasihat Perdana Menteri yang begitu prihatin dan kenyataan Pengerusi Tabung Haji hanya tindakan hangat-hangat tahi ayam untuk memperdaya pencarum lagi? 

p/s Kalau bohong pun biarlah berpada-pada. Jangan jadikan hidup itu sendiri satu pembohongan. 


Site Meter

Saturday, 13 June 2015

Antara kaca dan permata - Jangan BOHONG!


Hayati nasihat yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ini. Cuba berfikir secara jelas dan besar kemungkinan anda akan mendapat petunjuk dari Allah.

Pembohongan dan lebih teruk lagi kesediaan kita untuk hidup dalam pembohongan kerana alpa dan terlalu malas untuk menentang kemungkaran akan hanya menghancurkan kita dan negara tercinta ini. 

Ramai yang tidak berani, segelintir lagi melacurkan diri demi wang ringgit, jawatan, anugerah dan sebagainya sehingga pencuri dan pembohong disanjung dan ditatang. Pembunuh pun mungkin diberi permaidani merah. Yang dikeliling tidak peduli jika negara pun digadai.

Yang tidur se-bantal tidak perlu dihurai lagi. Seluruh negara sedar akan penyakit bongkak dan tamak haloba.

Politik ada batasnya. Batas politik adalah apabila tindakan, kelakuan, halatuju dan keputusan dibuat semata-mata kepentingan peribadi, keluarga, rakan-rakan serta tidak berasakan undang-undang dan kepentingan rakyat dan negara. Jauh sekali dari panduan agama. 

Apapun bentuk dan rupa, politik yang menghalalkan pengkhianatan, pembohongan dan rompakan khazanah negara mesti ditentang habis-habisan. Tidak kira siapa, pengkhianat tetap pengkhianat walaupun darahnya berlainan warna.

Kita tidak perlu pemimpin yang tidak peduli jika rumah yang diduduki bersama perlu dibakar hanya kerana ingin terus berkuasa dan menyelamatkan diri dari dihumban ke-penjara.

Pantun dibawah ini mungkin hanya dua kerat tetapi makna-nya amat mendalam dan sangat sesuai untuk kita renungkan bersama disebalik tabiat pemimpin yang sudah kerap bercakap bohong kepada rakyat. 

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri. 

Mungkin dahulu urutan-nya adalah bercakap bohong lama-lama mencuri tetapi kini ada yang mencuri terlebih dahulu sebelum bercakap bohong untuk menipu rakyat. 

Saban hari pelbagai cerita dongeng serta pembohongan direkacipta hanya untuk melencongkan pemikiran rakyat daripada jenayah pencurian khazanah negara. Yang membongkar dihina dan dicerca, si-pencuri pula bermegah mendabik dada. 

Apakah kita rakyat Malaysia ini sudah terlalu hina sehingga tidak mampu membezakan antara kaca dan permata?

Janganlah kita khianati anak-anak kita dengan tindakan bersekongkol bersama pencuri dan pembohong yang sedang riak dengan kuasa dan jawatan. Ingat, berdiam diri tanda-nya setuju.

Bangkitlah sebelum nasi menjadi bubur. 


Site Meter