Saturday 13 June 2015

Antara kaca dan permata - Jangan BOHONG!


Hayati nasihat yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ini. Cuba berfikir secara jelas dan besar kemungkinan anda akan mendapat petunjuk dari Allah.

Pembohongan dan lebih teruk lagi kesediaan kita untuk hidup dalam pembohongan kerana alpa dan terlalu malas untuk menentang kemungkaran akan hanya menghancurkan kita dan negara tercinta ini. 

Ramai yang tidak berani, segelintir lagi melacurkan diri demi wang ringgit, jawatan, anugerah dan sebagainya sehingga pencuri dan pembohong disanjung dan ditatang. Pembunuh pun mungkin diberi permaidani merah. Yang dikeliling tidak peduli jika negara pun digadai.

Yang tidur se-bantal tidak perlu dihurai lagi. Seluruh negara sedar akan penyakit bongkak dan tamak haloba.

Politik ada batasnya. Batas politik adalah apabila tindakan, kelakuan, halatuju dan keputusan dibuat semata-mata kepentingan peribadi, keluarga, rakan-rakan serta tidak berasakan undang-undang dan kepentingan rakyat dan negara. Jauh sekali dari panduan agama. 

Apapun bentuk dan rupa, politik yang menghalalkan pengkhianatan, pembohongan dan rompakan khazanah negara mesti ditentang habis-habisan. Tidak kira siapa, pengkhianat tetap pengkhianat walaupun darahnya berlainan warna.

Kita tidak perlu pemimpin yang tidak peduli jika rumah yang diduduki bersama perlu dibakar hanya kerana ingin terus berkuasa dan menyelamatkan diri dari dihumban ke-penjara.

Pantun dibawah ini mungkin hanya dua kerat tetapi makna-nya amat mendalam dan sangat sesuai untuk kita renungkan bersama disebalik tabiat pemimpin yang sudah kerap bercakap bohong kepada rakyat. 

Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri. 

Mungkin dahulu urutan-nya adalah bercakap bohong lama-lama mencuri tetapi kini ada yang mencuri terlebih dahulu sebelum bercakap bohong untuk menipu rakyat. 

Saban hari pelbagai cerita dongeng serta pembohongan direkacipta hanya untuk melencongkan pemikiran rakyat daripada jenayah pencurian khazanah negara. Yang membongkar dihina dan dicerca, si-pencuri pula bermegah mendabik dada. 

Apakah kita rakyat Malaysia ini sudah terlalu hina sehingga tidak mampu membezakan antara kaca dan permata?

Janganlah kita khianati anak-anak kita dengan tindakan bersekongkol bersama pencuri dan pembohong yang sedang riak dengan kuasa dan jawatan. Ingat, berdiam diri tanda-nya setuju.

Bangkitlah sebelum nasi menjadi bubur. 


Site Meter

11 comments:

Anonymous said...

Setakat bekata-kata je lah nampahnys TS ....

./mkh

Anonymous said...

Gurindam dan irama tidak dapat dipisahkan..he he menulis hanya sebagai pengubat jiwa yg gundah gulana.

Anonymous said...

Jika DSN kekal, rasanya ramailah yg atas pagar tak turun mengundi PRU14 nanti.

Anonymous said...

Kpd smua KABINET DAPUR (PEE EM TAK YAH LA...PASAL DIA BEBAL DAN SUKA WAT TAK TAU) & SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA SERTA SEMUA RAJA RAJA MALAYSIA!!!

MOHON TINDAKAN SEGERA KEATAS MASALAH MATAWANG RM YANG JATUH TERUK SEKARANG!!! MOHON JANGAN BERPURA2 LAGI!!! AMBIL TINDAKAN SEGERA!!!

Anonymous said...

BIKIN TAK SERUPA CAKAP.

maae said...

Jangan ridau Apanama. Allah SWT sebaik-baik pembalas tipu daya. Malah berhikmah lagi. Sabar saja. Itu yang ada pada keluh kesah kita semua di saat ini...

Anonymous said...

RAKYAT IS ALONE. UMNO SHOULD GO!

bro hang rasa lepas ni kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi PM benda akan berubah kah? LOL

./mkh

Anonymous said...

Dari Gurindam Raja Ali Haji:

Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.

Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia itu mudarat.

Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia dia mengambil bekal.

Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa

Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/130000-peminjam-ingkar-ptptn-disenarai-ccris-selasa-ini

You have made them paying taxes every 4 hours daily via GST, with the AES camera about to be installed nation wide, impending tolls increases on several highways, it looks like the current gomen has mastered the art of squeezing the rakyat for money till the last drops. Bravo!..
The money saved from getting rid of fuel and sugar subsidies were not enough. They need more. They have never running short of ideas on how to make money out of the rakyat don't they? It is the hallmark of current administration. If you want to boost the government coffers, you do it at the expense of the people.
Mahathir was right all along when he said in one of the latest postings that the rakyat have become poorer by the days in order to enrich the Government.

Praxis said...

Great poetry and prose which can only flow from truth!
Thank you!

Anonymous said...

Tak. Menantunya pon org cina. Agak2 besan sama besan ber-chongcheng tak?