Tuesday 11 October 2016

Selamatkan Malaysia... sebelum terlambat


Rusuhan jalanan yang mengorbankan nyawa dan hartabenda pernah berlaku dalam negara kita. Walau bukan baru namun kesan yang ditinggal rusuhan berdarah amat mendalam. Sungguh dalam sehingga ianya digunapakai untuk menakutkan orang ramai sehingga ke hari ini.

Kita tidak harus keliru atau dikelirukan antara tunjuk perasaan dan rusuhan terancang. Tunjuk perasaan atau demonstrasi harus aman diiringi hak bebas bersuara bersandarkan undang-undang negara. 

Merusuh adalah jenayah. Merusuh mencederakan orang lain dan merosakkan harta benda adalah satu kesalahan berat.  

Dalam negara kini sudah ada golongan pelampau yang secara terang-terangan mengugut untuk merusuh jika pandangan mereka tidak diterima. Mereka mengancam orang lain secara terbuka.

Apa yang boleh rakyat buat bilamana pelampau politik mula bertindak ganas dan mengugut untuk mencetus rusuhan. Kita boleh tunggu dan lihat sambil berleter memaki hamun atau mendesak tindakan undang-undang. 

Katanya pihak berkuasa masih menyiasat. Ketua kumpulan yang disiasat pula dilihat sedang menikmati hidangan durian bersama penyamun.

Institusi-institusi yang berdiri dan terdiri kerana rakyat harus sedar akan tugas, tanggungjawab dan sumpah setia mereka kepada tanahair kita Malaysia. 

Kalau mereka terlupa rakyat akan tolong ingatkan. 

Ingat! Sumpah taat setia adalah kepada negara dan bukan tiket untuk menjadi kadam mana-mana individu atau kumpulan. Jangan khianati  dan terus bersekongkol bersama golongan yang membelakangkan undang-undang negara.

Budaya politik samseng yang wujud sekarang adalah amat berbahaya kerana dalang seolah dilindungi pihak berpengaruh. 

Yang terdesak akan melakukan apa saja untuk melepaskan tengkuk tetapi mereka dikeliling harus sedar bahawa wang ringgit dan kuasa yang dirampas tidak mungkin bertahan lama.  

Rusuhan yang sengaja dicetuskan pelampau politik demi kelangsungan agenda mereka bukanlah sesuatu yang baru. Jika tidak mahu mencermin diri lihatlah keadaan dinegara lain. 

Perbuatan puak pelampau membakar bangunan, rumah kediaman serta kenderaan awam dijalanan adalah perlakuan biasa di negara-negara yang tidak perlu dinamakan. 

Disebuah negara Asean penganjuran rusuhan telah menjadi semacam industri kecil dimana peserta rusuhan dibayar wang dan diberi makan serta minum. Tugas mereka hanya merusuh. Mungkinkah budaya ini telah mula meresap menjangkaui sempadan?

Dinegara lain, bila budaya rusuhan berasaskan sentimen sempit mencapai tahap kemuncak, ada yang sanggup membakar diri. Ini realiti budaya rusuhan anjuran pemimpin politik yang gila kuasa. Rakyat dijadikan taruhan. 

Di Amerika Latin dan Afrika sindiket dadah dan penyeludup berlian diketahui menganjurkan rusuhan untuk menentang penguatkuasaan undang-undang.

Pengkhianatan sebegini wujud dan penjenayah yang terdesak sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan diri atau untuk terus memegang kuasa. 

Sudah tiba waktu untuk institusi-institusi yang berdiri dan terdiri kerana rakyat bertindak demi rakyat. Biarkan politik ditempatnya, ini tanggungjawab anda kepada negara. 

Selamatkan Malaysia... sebelum terlambat. 





5 comments:

Anonymous said...


Why we need "bersih-ing" from Bugis stench:

The RM4 billion ($1 billion) loan from KWAP to SRC has never been explained. Where did it go?

We knew this 6 months ago:

"Investigations by Singapore authorities have revealed that SRC International managing director Nik Faisal Ariff Kamil approved the transfer of US$11.95 million (RM48 million) of the company’s funds to Jho Low’s associate Tan Kim Loong.

Tan, according to The Wall Street Journal, is the original beneficiary of British Virgin Islands-based Tanore Finance, which had sent US$681 million to Prime Minister Najib Abdul Razak’s personal bank accounts.

Tanore Finance reportedly received funds, through intermediaries, from British Virgin Islands-based Aabar Investments PJS Limited where US$3.5 billion of 1MDB’s funds was diverted to."

Who is "Tan Kim Loong"? None other than Tanore Finance, the "Arab donor" of the 2.6 billion in July 2015, known as the "681 American pies".

Now that the Swiss say that $800 million of that $1 billion from KWAP was stolen, the spotlight is glaring in the face of the 24-hour replacement.

The Swiss requested assistance from him in Jan 2016. Tak dapat pun. So they have waited for 10 months. In the meantime, the Swiss have got everything they requested from Singapore, even though the request was made only in April 2016.

The 24-hour replacement is a civil servant paid by the rakyat to defend the rakyat's interests.

His job is not to cover-up the thefts of Umno politicians. He is not an unofficial KBU in his chambers.

What does he plan to do now?

Hide?

Hide under his blanket and hope the Swiss go away? Tell them the documents are "lost"? We have signed a mutual legal assistance treaty. Are we going to just ignore it?

Anonymous said...

Dari Abu Hurairah r.a., bahwa Nabi S.A.W. bersabda, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga: apabila berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari, dan jikalau diberi amanah ia berkhianat."
(Sahih Bukhari)

Hadith ini sangat mashyur, sekaligus penting untuk memperingatkan kita agar waspada terhadap dosa kemunafikan; jangan sampai penyakit itu menjangkiti kita.

Erti "Munafik" adalah orang yang berciri nifaq. Nifaq secara bahasa bererti ketidaksamaan antara lahir dan batin. Jika ketidaksamaan itu dalam hal keyakinan,hatinya kafir tetapi mulutnya meluahkan beriman, maka ia termasuk nifaq iktikad. Pada zaman Rasulullah SAW, di Madinah ada munafik-munafik jenis ini dengan gembongnya bernama Abdullah bin Ubay bin Salul. Nifaq jenis ini adalah seperti firman Allah SWT dalam surat Al-Baqarah:

"Di antara manusia ada yang mengata: "Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian," padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman."
(Quran, Al-Baqarah: 8)

Ahli2 Munafikin akan dilemparkan ke dalam neraka lapisan terbawah

Anonymous said...

Kenyataan 'Selamatkan Malaysia' aku dah dengar sejak zaman Madey lagi. Dan APANAMA apakah rasionalnya dengan menceritakan rusuhan serta pembunuhan seolah ditujukan kepada kerajaan Malaysia yang perlu diselamatkan. Dan kenapa terjadi rusuhan? siapa puncanya?

Dan puak2 pembangkang dengan slogan 'Selamatkan Malaysia' seolah olah Malaysia dalam keadaan teruk sekali. Benarkah? Aku masih tak nampak lagi seteruk mana keadaan kita dan gambaran dari puak2 pembangkang cuba meracuni fikiran umat islam.
Hanya dengan gambar seorang bershit kuning kena terajang dan ada yang dilemparkan telur dijadikan bahan provokasi walhal semua orang dah tahu kisah disebaliknya.

Fikir fikirkanlah ..

Anonymous said...

Apa kisah di sebalik nya? Cer citer... Cer citer....

Anonymous said...

Sudah fikir! Perdana menteri yg telah melakukan kesalahan yg nyata! Harus dihukum & itulah Malaysia mesti diselamatkan!