Showing posts with label jamaluddin jarjis. Show all posts
Showing posts with label jamaluddin jarjis. Show all posts

Thursday, 9 April 2015

Gerakan mencantas Muhyiddin Yassin?

Maklumat terkini yang diterima dari sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN, yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin telah menjadi mangsa pertama dalam kemelut kepimpinan Umno masakini.

Difahamkan Mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang lewat semalam telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tradisi melantik Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Pengerusi BN untuk mengetuai kempen pilihanraya kecil.

Sebaliknya amanah Presiden Umno itu kini dianugerahkan kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi (untuk kempen BN bagi pilihanraya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh ) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien (bagi PRK kawasan Parlimen Rompin).

Tidak pasti jika Muhyiddin yang kini berada di Jakarta  untuk lawatan kerja telah dimaklumkan terlebih dahulu ataupun beliau sendiri telak menolak tanggungjawab tersebut.

Kenapa Muhyiddin memilih untuk ke Jakarta dan tidak menghadiri mesyuarat penting Biro Pengurusan Umno di Kuala Lumpur? 

Walau apa pun, perkembangan yang agak mengejutkan ini pasti akan menimbulkan pelbagai persoalan serta tanda tanya akan hubungan diantara Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan beliau. 

Satu lagi perkembangan yang akan mengeruhkan lagi keadaan serta menimbulkan pelbagai spekulasi ialah ura-ura akan tindakan menggantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Jika maklumat di-atas adalah benar serta sahih, apa maknanya? 

Apakah Najib sudah tidak lagi mempercayai Muhyiddin atau mungkinkah Muhyiddin sudah tidak yakin dengan Najib?

Apakah sudah bermula langkah drastik untuk memperkukuhkan kedudukan Najib dengan menyingkirkan Muhyiddin yang hangat diperkatakan sebagai individu paling layak menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri bila Najib terpaksa berundur?

Sementara menunggu pengesahan/penafian atau pengumuman rasmi akan perkara yang disebut di-atas, marilah kita sama-sama mendengar serta mengambil iktibar dari nasihat ikhlas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.



Kata orang nasihat ini masih panas dan berhubungkait dengan kemelut kepimpinan dalam Umno. Saya tidak pasti, biarlah para pembaca sekalian yang membuat kesimpulan masing-masing.

Untuk makluman, Umno Negeri Sembilan mengadakan perjumpaan tertutup bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari yang lalu di Seremban.

p/s Ini bukan hasutan. Jika ada mana-mana maklumat dalam tulisan ini yang tidak tepat, sila perbetulkan. Jika tidak betul samasekali, sila nafikan. Jangan ada balaci yang melompat macam kera kena belacan. I stand to be corrected. TQ



Site Meter

Saturday, 4 April 2015

VIP terbunuh dalam nahas helicopter di Semenyih - DIKEMASKINI

Maklumat awal yang diterima telah disahkan oleh beberapa sumber dari pihak berkuasa serta sumber lain bahawa Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta Datuk Azlin Alias dari Pejabat Perdana Menteri adalah antara enam orang yang terkorban dalam satu nahas helicopter di Semenyih beberapa jam yang lalu.

Empat yang lain dipercayai turut terkorban ialah pengawal peribadi kepada Tan Sri JJ, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina serta dua orang juruterbang. 
Maklumat terbaru ini akan cuba disahihkan lagi dalam masa terdekat. 

AL-FATIHAH



Khabar angin bertiup kencang bahawa penasihat kanan kepada Perdana Menteri Tan Sri Jamaluddin Jarjis bersama seorang lagi pegawai kanan dari Pejabat Perdana Menteri terbunuh dalam nahas ini. Maklumat ini akan cuba disahihkan. 


Published: Saturday April 4, 2015 MYT 5:41:00 PM
Updated: Saturday April 4, 2015 MYT 6:27:26 PM

Civilian helicopter crashes in Kajang

PETALING JAYA: A civilian helicopter crashed in Semenyih, Kajang on Saturday.
It is learnt that two burnt bodies have been recovered at the crash site in Jalan Sg Lalang and Kg Pasir Baru.
It is learnt that a distress call was received by the Selangor Fire and Rescue Department at about 5pm and over 20 firemen have been deployed to assist in the search.
Department of Civil Aviation director-general Datuk Azharuddin Abdul Rahman said the number of people on board has yet to be ascertained.
More to come





Site Meter