Wednesday 2 September 2015

POLIS sudah panggil Najib Razak dan Rosmah Mansor?


Polis akan panggil Dr Mahathir kerana hadir Bersih 4, kata KPN

"Kita akan panggil beliau. Beliau membuat tuduhan dalam ucapannya. Kita akan siasat dari mana Dr Mahathir mendapat maklumat," katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Peringatan Pasukan Polis Marin ke-68, di Pelabuhan Klang, Selangor hari ini.
a
"Kita hendak tahu lebih lanjut maksud (ucapan) dan maklumat yang diperoleh contohnya beliau menyatakan ketua bahagian Umno dirasuah jadi kita nak tahu lebih lanjut," katanya. - TMI

Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di-atas tidak boleh dipersoalkan kerana beliau 'hanya menjalankan tugas' sebagai seorang ketua pasukan keselamatan yang diamanahkan oleh rakyat. 

Namun demikian apa yang boleh dipersoal ialah tindakan Khalid yang ternampak tidak konsisten dalam mengeluarkan kenyataan selaku Ketua Polis Negara. 

Kenapa sehingga ke hari ini Khalid masih belum memanggil atau mengarahkan pegawainya untuk memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak untuk diambil keterangan berhubung beberapa laporan polis yang telah dibuat terhadap beliau? 

Apakah Tan Sri Khalid Abu Bakar kini bertindak sebagai seorang individu yang akrab dengan pemimpin politik atau sebagai Ketua Polis Negara, kerana seorang Ketua Polis Negara tidak boleh memilih bulu dalam menjalankan tugas. 

Apa perkembangan laporan polis yang dibuat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan terhadap PERDANA MENTERI? 

Kenapa sehingga kehari ini belum kedengaran atau kelihatan kenyataan Ketua Polis Negara untuk memanggil PERDANA MENTERI untuk disoal siasat? 

Apakah Polis bahagian Jenayah Perdagangan (CCD) sudah menyiasat dana lebih kurang RM2.6 billion yang termasuk kedalam akaun peribadi Mohd Najib bin Tun Abdul Razak serta dana RM2juta yang termasuk kedalam akaun isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor? 

Kenapa Najib Razak serta Rosmah Mansor masih belum dipanggil oleh pihak polis untuk disoalsiasat? 

Tidak mungkin Najib dan Rosmah terkecuali dari undang-undang didalam sebuah negara dimana Raja-Raja Melayu pun patuh pada undang-undang serta Perlembagaan.

Apakah memang benar pihak polis memilih bulu dalam menjalankan tugas atau ini hanya kes terpencil dimana pasukan polis dikuasai 'kuasa halimunan' bak kata Bekas Timbalan Ketua Cawangan Khas Datuk Hamid Bador? 

Jangan kerana nila setitik rosak susu se-belanga. 



30 comments:

Anonymous said...

Tun memang sengaja mau dirinya ditangkap. Kalau boleh dirinya didakwa dan dipenjarakan. KPN dan pahlawan bugis akan membuat kesilapan besar masuk perangkap Tun.

Anonymous said...

"Above all, I would teach him (my son) to tell the truth. Truth-telling, I have found, is the key to responsible citizenship. The thousands of criminals I have seen in 40 years of law enforcement have had one thing in common: Every single one was a liar."

- J. Edgar Hoover, director of FBI


Anonymous said...

Hidup dalam dunia ni jangan sekali kali jadi MUNAFIK kerana Allah SWT.sangat melarang dengan keras bahawa orang2 MUNAFIK akan di tempatkan di'Lowest pit of hell'.Lebih hina dan azabnya dari orang2 kafir.Mereka akan di tempatkan untuk selama lamanya

Anonymous said...

Mana boleh panggil Maharaja Najib dan Maharani Rosmah. Nak kena buang kerja ke macam AG. Ataupun KPN ditukar menjadi Ketua Bomba pulak.

Anonymous said...


I think the pirate and her husband have made a very fatal error.

It is forcing the issue to the point of no return.

And they will lose.

Anonymous said...

Biarlah polis jalankan kerjanya. Jangan diganggu tugas mereka. Kes Tun ni memang memeningkan kepala, kalau dibiarkan makin bermaharajalela. Sudahlah segala dakwaan terhadap Najib tu palsu denggan menggunakan maklumat palsu dari Justo. Tun memang membawa masalah sejak dari zaman PM pertama lagi sampailah kini.

Anonymous said...

Anon 4:52. Justo ditangkap kerana mendedahkan dokumen original petrosaudi. Awat yang bengap sangat. Mungkin ko ni hingusan yang tak kenal siapa Tun.

Anonymous said...

Anak Khalid kerja dimana dengan siapa serta berapa upahnya sebulan ?

Anonymous said...


This is indeed a positive move bcoz the police now have no excuse to not investigate YAB Prime Minister and his wife Datin Seri Dr Rosmah Hj Mansor for those unexplained cash in their personal accounts. Go PDRM! Show the world you are truly a professional force led by a professional Inspector General of Police. Show the world the IGP and his team are not scumbags on politician and underworld's payroll. Go PDRM! This is about the pride and reputation of the Royal Malaysian Police Force. Go PDRM!

Anonymous said...


Sebagai permulaan SPRM boleh mula siasat dan periksa akaun bank peribadi kesemua Ketua Bahagian Umno. Boleh kan?

Ahmad Said

Anonymous said...


@ Wednesday, September 02, 2015 5:03:00 p.m.


"Sudahlah segala dakwaan terhadap Najib tu palsu denggan menggunakan maklumat palsu dari Justo. Tun memang membawa masalah sejak dari zaman PM pertama lagi sampailah kini."

Ko nih langsung x faham, bro.

a) Exposure of 2.6 NOT by Justo. By WSJ.

b) Songlap 42 million from SRC not from Justo. From WSJ, SR and MACC.

Hang nih konpuis gile nampaknya!


Anonymous said...

Sebenarnya saya tak nampak sebarang penyelewangan yg dilakukan oleh DSN. Malah saya kagum dengan semangat serta usaha beliau dalam menangani isu2 yang timbul. Malah saya nampak banyak provokasi dari pihak pembangkang dan juga mereka yg benci DSN dengan mengaikan isu2 yang subjektif sehingga dapat mempengaruhi minda orang2 Islam/Melayu walhal tiada bukti ataupun fakta diketengahkan. Akhirnya mereka berjaya menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada DSN

Maaflah Dr M saya dari dulu lagi tidak menyukai cara pentadbiran. Apatah lagi gara2 beliau menyebabkan Pak Lah terpaksa menepis segalanya dan DSN pula yang kena.

Anwar Ibrahim tersenyum sinis bila Dr M hadir Bersih 4. Dan juga orang2 yang berkecil hati dengan Dr M gelak sakan kerana Dr M seperti meludah ke lamgit ...

Oleh itu saya harap saudara2 semua agar memberi sokongan pada kepada kepimpinan agar puak2 yang mempunyai agenda tersembunyi gagal dalam misi mereka

Anonymous said...

Tak kan sudah terang lagi bersuluh kut , cuba jadi pahlawan sejati harung segala rintangan , bersemuka mahupun berhujah barulah segala kemelut terurai , sampai bila asyik membatu sahaja kesudahannya banyak eleman syak wangsangka berlegar dalam pemikiran rakyat.

Anonymous said...

Apa pulak kes Tun...? Pening ke apa nih..
Isu asal tu yg kena fokus...1mdb...rentetan tu derma 2.6b...yg pergi pening pasal Tun tu dah kenapa? Selesaikan isu besar tu...Tun turun mcm rkyt lain yg turun perhimpunan, yg tu pulak nk sibuk2...kalu nk siasat pggil jugak la yg puluh2 ribu yg hadir tu jugak..kpn pun ting tong, berbelit2, berpusing2, tak konsisten... Nk jlnkn tugas biarlah adil, jgn Double Standard dan nmpk sgt mengipasnya....aduhhh..

Anonymous said...

Yg 2.6b, berjuta2 tu sape ek? Ingat duit BAPA dia sedap2 jer pulun...

Bad said...

Wahai Anon 7:00 pm. Tun M hadir kerana ada agenda sendiri bukan untuk memajukan agenda Bersih. Bersih merupakan satu pentas untuk Tun gunakan. Jangan jadi kurang matang dgn mengatakan Tun ludah ke langit. Dalam politik the enemy of my enemy is my friend. Kalau kita boleh menggunakan seseorang bagi mencapai matlamat, so be it.
Anwar sudah tak relevant. Tengok sendiri parti mana dalam unholy Trinity yg paling mendapat manafaat.
DSN tak lakukan penyelewangan? Kamu dari planet mana nie?? Tu la dok senyum banyak sangat kat Bro Anwar.

Anonymous said...

Kesian anon-anon suruhan PMO, tah berapa masyukk untuk setiap post yang dibuat. Komen tak ada substance langsung tapi tak apalah, asalkan con-sultant sekeliling super moron tu boleh advise dia masih ada 'ramai' rakyat jelata yang menyokong dirinya - tak percaya baca ruangan komen blog-blog berkaitan. Satu dendangan syair seloka yang sangat dia perlukan sekarang. Boleh buat dia terlena sampai PRU yang akan datang.

Anonymous said...



What happened to uncle Rockybru? Angah kami cakap dia mabuk ketum pusing punya pusing sampai dia sesat. hehehe

lutut

ahmad albab said...

Penyelewengan najip
1.pecat tpm yg banyak tanya.
2.pecat dssa sbb xsehaluan dlm 1mdb.
3.pecat ag.
4.buat 1mdb xinform kabinet.
5.2.6b masuk dlm acc dia xbleh tanya.

Kebaculan najip
1.lari dari notin to hide.
2.lari dr persidangan anti rasuah.
3.tak saman wsj.

Pembohongan najip.
1.duit jadi asset jadi unit.
2.nafi 2.6b xmasuk dlm private acc.
3.suruh tunggu siasatan tp ajensi dibubar.
4.3 juta ahli umno menyokong beliau.
5.majority rakyat terima pentadbiran beliau.

Semua yg di atas ni hanya sekelumit aje malas nak tulis panjang2.

Mengapa harus sokong pm macam ini.sesedap mulut membangsatkan orang.memanggil peserta bersih4 seekor seekor.menempelak bloger sbg banggang?mana moral pm mana intigriti pm?

Apa hebatnya najip dlm membangunkan negara? Mana hasilnya projek mega yg gah?

Kehidupan semakin sukar dan perit.

Anonymous said...

jangan makan duit haram
jangan makan hasil judi
jangan makan suapan raja najis dadah
jangan bersekongkol dengan bapa ayam
jangan jual diri
jangan gadai maruah ibu pertiwi
jangan lemaskan bangsa kerana wang ringgit
ingat lah wahai saudaraku yang masih menyarung seragam
jangan kau berpoya poya tidak berpijak di bumi yang nyata
jangan kau ingat kuasa dapat mengatasai segalanya
jangan kau alpa
Allah maha berkuasa
Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar

Anonymous said...

Sudahkah ke beranikah?

Unknown said...

Betapa besarnya kuasa Allah SWT. Akal fikiran anugerahNya kpd manusia kini tampak berbeza diantara satu sama lain. Bagi kita yang bernasib baik, telah dianugerahkan akal sempurna yang dapat berfikir secara rasional setelah melihat dgn jelas kemungkaran yg sedang dilakukan oleh Najib. Bg golongan manusia yg tidak bernasib baik, atas sebab yg hanya Allah Maha Mengetahui, telah dibutakan 'mata' akal fikirannya justeru gagal menikmati aliran pemikiran rasional ini diketika melihat akan kemungkaran Najib yang sedang berlaku di hadapan mata kita semua. Inilah manusia2 'cacat' yg melihat permata(Tun Dr M) sebagai bencana dan sebaliknya melihat bencana(Najib) sebagai permata. Malah ada antara mereka ini bagaikan tidak sedar apa yg sedang berlaku dan duduk mengelilingi serta mempertahankan kemungkaran Najib.

Oleh yg demikian, saya menyeru supaya sahabat yg berada dlm golongan bernasib baik, kasihanilah mereka yg 'kurang upaya' ini dan janganlah mengherdik mereka. Ingat, kita telah dianugerahkan keupayaan akal fikiran yg lebih daripada mereka maka janganlah kita berkelakuan seperti mereka.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada golongan ini....aminnn!

Anonymous said...

Apa jenis punya bangsat kau ni. Najib adalah BAPA PENJENAYAH M'sia.

Anonymous said...

Najib sahkan sayap pesawat adalah dari MH370. Sekarang Penyiasat Perancis akui tidak dapat sahkan iaitu impossible to identify.

Ini terang2 satu pembohongan besar oleh Najib pada awal bulan Ogos lepas. Saya syak itu tindakan nahkoda yg terdesak nak alihkan tumpuan dari skandal 2.6 bilion. Apa yg Najib peduli tentang perasaan keluarga mangsa MH370.

She Sal

Anonymous said...

Punca masaalah bermula dari kahwin darurat ...

Syabas Tun Dr M, berani kerana benar - walaupun dikelilingi lautan cina yang panas marah

tak macam HangTakdeTel*q asyik nak SEMBUNYI SOROK belakang kain

Tajul said...

Dia bukannya konpius. Dia sengaja buat2 konpius. Sesat lagi menyesatkan.

Tajul said...

"Sebenarnya saya tak nampak sebarang penyelewangan yg dilakukan oleh DSN"

Hadoi.. bab ni memang parah. Tak boleh blah baca ayat opening kau. Boleh kata tak nampak.. ni berapa sen kau dibayar jadi penjilat mat najip ni?

Anonymous said...

"Be patient, tunggu audit report" Like this how to investigate PM?

Anonymous said...

Wahai mangkuk...tolonglah bagitau maklumat justo mana 1 yang dikatakan palsu tu...plisssssss.....

Anonymous said...

Pahlawan boogess mmg suke pencacai bangsat mcm kau ni...sokong, sokong & terus sokong...tak payah cerdik..yang penting setia