Thursday 2 April 2015

Amaran terakhir buat UMNO


Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini. - Dr Mahathir


UMNO dan PRU 14

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.
7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?
8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.
11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.
12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.
13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.
14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?
15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.
16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.
17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.
18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.
19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.
20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.
21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.
22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.
23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.
- Chedet 


p/s Tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad ini sengaja saya copy-paste di-sini kerana sebelum ini terdapat beberapa usaha serangan cyber ke-atas blog Dr Mahathir serta blog-blog lain yang mengutarakan kebenaran. 

Setelah membaca penulisan terbaru Dr M ini saya rasa tidak menjadi satu kesalahan ataupun HASUTAN jika rakyat negara ini, tanpa mengira kaum, agama atau pegangan politik, mendesak agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan kadar segera.

Desakan ini adalah demi masa depan negara tercinta ini dan bukan-nya atas apa-apa sebab lain. 



#UndurLah

Site Meter

44 comments:

akaz said...

TEORI R.A.H.M.A.N barangkali ada benarnya. The last guardian betraying the party struggle. Shame on you!!! Jeebee

Anonymous said...

Thank you for your quick action to share the article here. Already cant access chedet.cc.

Orang umno rata2 masih cuba menafikan kebenaran akan kelemahan Presiden. Sanggup menipu diri malah membodohkan diri juga dgn hujah2 yg tidak masuk akal. Kononnya percaya ada cara lain utk menyelamatkan umno tanpa menjejaskan Presiden.

Keep lying to yourself guys. Just remember when you fall, dont blame others but yourself because if you keep blaming others you will be facing a greater disaster.

Apanama said...

Ahli serta pemimpin Umno yang berani serta benar-benar memperjuangkan apa yang sering dilaungkan dalam setiap Perhimpunan Agung Umno harus bangkit.
Jika semua yang berani bangkit, yang rasuah, dayus serta melacurkan parti serta kerajaan demi kepentingan peribadi mereka akan lupus.
Masih adakah yang berani di dalam Umno atau semuanya telah menjadi hamba duit ringgit?

Anonymous said...

I share kat fb pun kawan2 umno yg selalu komen tak nyampuk langsung. It shows that umno is finished.

Anonymous said...

Tengoklah reaksi rakyat jelata tentang sistem percukaian baru GST. Ramai orang Melayu samada yang di bandar atau di kampung-kampung marah-marah kerana terpaksa bayar lebih. Kemarahan yang sangat nyata dan ketara. Tengok muka menteri sorang-sorang keluar tv dah mula rasa benci dan meluat.
Jika kemarahan tersebut diterjemahkan dalam bentuk undi, memang abislah Umno pada PRU yang akan datang..

Anonymous said...

Ah Jib Gor you vicious bangang! What's to become of us Malaysians after you've finished satisfying your nafsu amarah?

Anonymous said...

sudah-sudahlah Tun...

A few shades of rosmah said...

I think Mahathir should be charged under the sedition act. He is inciting hate against pm tercinta. The pm is a malay muslim so the writings are an inderect jab at the bumi/islam which is to cause social disruption. Ni semua keja jahat orang je mulut nak kena cili. Takan la najib tu mcmtu..

Ps love the rosmah pic. That is very rude of her,. Indoors and wearing shades. Tak respect tuan rumah langsung. Ingat melayu dah keluar dari kampung ok la jadinye, rupanye bole kuarkan melayu dari kampung tapi kampung tu tak boleh kuar dari dia.

Anonymous said...

Sudah Terlewat Bro,

Ahli terutama ketua ketua UMNO sudah jadi Hamba Duit Ringgit!

Kita tunggu sahaja Masa Implosi Party ini.

Anonymous said...

Sudah apa mangkul?

Anonymous said...

Entah mamat bahlol sekor ni...nak nasihat tun konon...hang diri 1 hapak pun lagi tak guna...nyemak negara jer....sudah sudah ler idup hang tu...

Anonymous said...

Tercinta KEPALA BAPAK KO!!! Bodih piang sama cam kerbau gemok tu

Anonymous said...

Saya sokong sapenuh nya apa Tun Dr Mahathir kata. Saya mahu Najib di gantikn dengan Nuhyiddin. Tak banyak kecoh, sebab Muhyiddin ia lah Timbalan Presiden UMNO dan TPM.

Ketua Ketua Bahagian perlu fikir semula. Silap silap nanti Najib nak buang Akta Hasutan lagi.

Anonymous said...

2:53:00 pm,

"Kawan2 umno yg selalu komen tak nyampuk langsung" doesn not show that umno is finished.

It shows they are seriously thinking what to do with Najib. Tun Dr Mahathir has been correct on many issues. Najib simply has to explain allegations on Scorpene, Altantuya and 1MDB.

I agree that if he doesn't, he can't. Then we cannot trust him any more.

Anonymous said...

5:05:00 pm,

Yang dah implosi itu ia lah Pakatan Rkyat. Dah "disintegrated" hingga Lim Kit Siang nak adakan coalition yang orang kata mahukan DAP berkerja dengan UMNO.

Tapi UMNO masih kukuh. Ha nya tengah bincang menggantikan Presiden saja.

Anonymous said...

Setuju dgn 4:39:00 pm.

Apa lah Rosmah nih. Kolot sangat. Pakai cermin hitam dalam rumah, sign Visitors' Book. Dah lah ada macam macam lagi tindakan nya yang tak menyenangkan rakyat.

Apa lah Najib nih. Biorkan aje bini dia buat apa saja. Kan dah menambahkan kebencian rakyat kpd dia. Tak memasal. Tak semenggah. Tak setimpal dengan watak pemegang jawatan PM.

Anonymous said...

You sure? How i hope you are right. As for me.....i've seen how easily these ppl being bought and sold. The fact tht it takes so long for them to realize that s**t has hit the fan, and need Tun M to tell them that...i think it would be wise to hv very low expectation on them.

Anonymous said...

It is the adab of the high path of Islam to be honest when one speaks. The Prophet (Allah bless him and give him peace) said, “Honesty certainly leads to goodness, and goodness leads to paradise. Truly, a man keeps speaking the truth until he is inscribed as being a true person, through and through.
And lying leads one to going wrong, and going wrong leads to hellfire. Truly, a man lies and lies until he is inscribed as being a liar, through and through”
(Muslim, 4.2012–13: 2607. S).

Anonymous said...

Dah mcm ni pon masih ade penjilat najib begitu tegar nak sound tun blk...

Pls baca saleh keruak blog (SST)
Sgtlah meloyakan & bodoh dan pd ms yg sama x berani beri komen anon...hahaha
Goyang nmpk..
Alasan bodoh psl jet adelah keselamatan & tidak murah katanya...buat perbandingan dgn presiden obama,indon,spore dll yg travel guna jet..alahai...
Habis rakyat biase ni asyik kena rompak,bunuh rogol apa citer???
Amerika,indon,sgapire tu ade ke hutang membukit pd ms sm beli jet mewah?
Penjilat mcm ni lah yg merosakkn umno..
Konon nk perli tun tp sgt x kena dlm konteks najib sekrang..
Penjilat mcm ni lah akan buat umno jd dungu selamanya..
Tgklah nanti bila najib jatuh kemana die nk menjilat pulak?
Kalo tun masuk gelangang x mustahil si penjilat ni la kaki bodek no.1!
Kaki jilat pembodek mcm ni la yg mmg ade dlm umno skrang..tp die buat blog

Anonymous said...

He was saying it in jest.

Anonymous said...

Ya! Hahahahaha ... it's one big brotherhood of clowns:

The JOLO & JIBGOR BROS. CIRCUS
(Edisi Malaysia Boleh)

- funded by Sovereign Wealth Funds Crony Fellowship

Anonymous said...

Everything started to go downhill from the time Tun Mahathir left the administration. He should have stayed on. unfortunately he was cast aside by some ungrateful and greedy Malays.

The man after him took us all for a big ride and now the current PM, and I apologise for saying this, has not yet done anything impactful other than to draw a lot of publicity for the wrong reasons.

We are on our own brothers and sisters. I'm on the last leg of my time on the planet and from here onwards, our kids will have to fend for themselves. God give them the strength, perseverance and courage to pursue a good life ahead.


HITMAN

Anonymous said...

SAME OLD STORY. DR M WANTS A SHARE FOR HIS FAMILY TOO.

Anonymous said...

Better than YOUR FAMILY

Anonymous said...

Anon 10:57,
If you were not mentally handicapped then yours would be a very slanderous statement . . . old-fashioned back-biting.

RD. said...

Saya sokong Tun Dr.M.

Najib mesti berundur serta-merta. Rakyat tak perlukan anaka bangsawan yang terlalu boros sebagai Pemimpin.

UMNO pun sudah dipenuhi oleh mereka yang tamak dan hanya mementingkan diri sendiri dan keluarga. PAU mesti diadakan segera lepas Najib letak jawatan dan bawa semua pembodek bersama.

Anonymous said...

Amat terang dan nyata apa Tun Dr Mahathir kata.

Memang, kuncu kuncu Najib tak akan berkata apa apa.

Kita yang tak berkaitan, independent, concerned citizens, mesti bersuara.

Jangan biarkan keadaan melanda landa.

Nanti jahanam bangsa dan negara.

Dah pun bermula. Mesti di halang seboleh boleh nya.

Anonymous said...

Yang saya paling tak tahan sekali ia lah Najib terburu buru nakkan taraf negara maju. Apekedarahnya saya tak tahu. Mungkin nakkan legasi masuk sejarah dia yang dapatkan taraf itu. Nak cepat sebab takut tak lama lagi hilang jawatan PM.

Tapi dalam proses itu dia cuba liberal, konon. Nak buang "archaic laws" apekebenda nya. Menjadi kebetulan dia melayan kehendak Anwarul Al Juburi yang tak mahukan undang undang sodomi dsb ny. Hingga Najib buang ISA EO, RRA. Berteraburan banduan di lepaskan dari penjara, membuas hingga naik peratus jenayah di negara ini.

Dan nak buang Akta Hasutan. Amboi Mak, perit rasa nya. Tak di peduli nya bahawa Akta Hasutan melindungi Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan. Yang menjadi hak dan kepentingan Melayu. Saperti Ketuanan Melayu yang di lambangkan dalam peranan, fungsi dan tanggung jawab YDP Agong, Raja Raja Melayu, Majlis Raja Raja, dsb nya. Dan Kedudukan Istimewa Melayu di Perkara 153.

Maka nampak lah Najib tak memperdulikan hak dan kepentingan Melayu yang UMNO bersumpah mempertahan dan memajukan bila di tubuhkan 60 tahun lalu. Oleh itu, Najib mesti di gantikan. Secepat mungkin.

Anonymous said...

Blog Tun Dr Mahathir Chedet cc sekarang dah boleh akses. Dia tentu ada orang yang mahir computer technology nak ketepikan hacking. Bagus, sekarang ramai yang dapat baca apa dia kata. Panas apa dia kata tuh.

Dah memang wajar Najib letak jawatan kalau dia tak mahu atau tak boleh beri penerangan yang memuaskan di atas beberapa perkara yang Tun kemukakan itu. Mesti ada muslihat di sebalik isu isu itu kalau dia tak beri penerangan terperinci. Dalam perkara 1MDB, mengatakan sudah di odit, akan di odit lagi, tak culup. Sebab jumlah yang terlibat banyak bilion Ringgit. Dan wang rakyat terlibat.

Kalau Najib tak mahu letak jawatan, Majlis Tertinggi dan Ketua Ketua Bahagian UMNO mesti bertindak. Sikukan dia keluar. Setuju dengan Tun kata, kalau tak, UMNO akan gugur di PRU14.

youngmaya said...

Salam

Berdasarkan bacaan semasa dalam negara
1. Pelaksanaan gst
2. Hutang negara dan isi rumah
3. Perbelanjaan tanpa limit kerajaan dan org2 kerajaan (hutang)
4. Harga barangan
5. Nilai ringgit
6. Tekanan politik pada pihak yg bersuara

amatlah tidak baik bagi negara yg mementingkan produktiviti apabila ramai golongan muda nya mula bangkit bersuara...

Masa byk terbuang dlm menyatakan bantahan...

rakyat malaysia dh cukup letih memikirkan masaalah pemimpin...

rakyat mula kelaparan adalah petanda tidak baik untuk negara...

tanah melayu cukup terkenal dgn penentangan terhadap cukai sejak zaman berzaman...

betul banyak negara melaksanakan gst, tapi kita harus ada acuan sendiri kerana berbilang bangsa...itu gomen pun tau...

anak yatim/x sah taraf makin ramai di malaysia...adakah anak yatim turut dikenakan gst?...jgn dimakan harta anak yatim walau satu sen...

bagi anak yatim piatu, mak bapaknya adalah kerajaan...

malaysia sekarang ada dua PM...satu jurucakap, satu lagi decision making...

ini belum pernah berlaku...perkara ini pada awal nya nampak kecik pada ketika PM mula dilantik...

harap sangat dibetulkan...

komputer kalau dh corrupt memang susah nak repair...saling terkait antara satu sama lain...

senang cerita...

format jer...

malas nak bersuara...takut pun ada kerana sifatnya timun...tapi bila memikirkan anak2 generasi mendatang yg bakal menanggung kesilapan harini...apa yg termampu perlu dibuat...

:(...

Anonymous said...

2:06:00 pm,

Anak muda pun boleh bersuara. Asalkan tak melanggar undang undang. Contoh nya, jangan mencaci Raja Melayu, bangsa lain (jangan mengkeji bangsa Cina keseluruhan, tapi boleh mengkeji Cina DAP, umpama nya). Dan beri hujah hujah.

Biasa nya, Kerajaan tak bersalah. Terutama nya Kerajaan pusat yang dah merintah 58 tahun. Kelemahan ada, tapi kerajaan Pakatan pun banyak bersalah, walau pun tak begitu lama di negeri berkenaan.

Sekarang kita bincangkan pemimpin parti, bukan Kerajaan keseluruhan. Ramai yang mahukan Najib di gantikan. Anda boleh bersuara. Kalau tak setuju, berikan hujah dan fakta bagi nya. Baca lah apa yang Tun Dr Mahathir tulis itu di blog nya Chedet cc dan di keluarkan di blog Apanama ini.

Saya sokong pendapat bahawa Najib perlu di gantikan. Sebab sebab nya ada lah saperti di tulis Tun Dr Mahathir itu.

Kalau dah ganti pemimpin parti, parti boleh di pulihkan, tak perlu re-format mcm komputer parti dan Kerajaan yang ada.

So'al GST dsb nya, itu memang ada beza pendapat. Tapi yang lebih penting dan lebih besar kesan dan akibat nya ia lah isu isu yang Tun Dr Mahathir kemukakan itu.

Anonymous said...

Najib punya hal Anuar juga disalahkan.memang bangang tukang komen dalam blog saudara!

RD. said...

Saya setuju dengan Anon 3:53

GST baik untuk masa depan negara. Peniaga, susah nak lari cukai. Oleh itu mereka terpaksa naikkan harga. Dulau mereka boleh turunkan harga kerana mereka sudah jimat dengan lari cukai. Yang tak baik adalah kerana rakyat beranggapan GST adalah untuk membayar hutang 1MDB.

Mengenai Altantuya.
Saya rasa elok buat Tribunal selepas Najib letak jawatan. Lagi cepat letak jawatan, lagi bagus. Seelok-eloknya minggu depan. Takut tak cukup masa untuk bakal penganti memperbaiki keadaan sebelum PRU14. Cari penganti yang bukan dari bangsawan yang boros menguruskan WANG Rakyat. Saya dah serik dapat PM dari kalangan bangsawan.

Kes Altantuya tidak akan selesai, walaupun kedua-dua, Sirul dan Azilah meninggal akibat sakit tua nanti. Azilah tidak boleh menjalani hukuman mati selagi Sirul masih bernafas di Australia. Sampai bila-bila pun tak akan selesai. Ia akan dipolitikan setiap kali ada PRU, lebih-lebih lagi jika Najib masih PM.
Lebih elok adakan tribunal dan panggil balik Razak Baginda, untuk mengetahui siapa sebenar yang memberi arahan. Mungkin juga, arahan diberi 'gempaq' saja supaya Altantuya lari pulang ke Mongolia. Mungkin mereka naik 'stim' dalam kereta lagi dan mer*g*l atau mungkin mel*w*t mangsa di tempat lain. Untuk meghilangkan bukti (DNA dari mani), diletupnya mayat mangsa hingga berkecai di tempat terpencil. Kebetulan, waktu letopan dilakukan, suasana diambang Hari Raya Puasa. Orang kampung disitu suka main meriam buloh. Bom meletop, orang akan sangka meriam buloh.
Tempat kejadian, lebih kurang 1km dari kawasan kampung melalui Jln.Paip, 8km ke pekan Meru. Saya tahu sangat kawasan kejadian ketika itu. Saya adalah salah seorang dari mereka yang pertama menggunakan jalan itu, sebelum ianya dibuka dan jalan itu separuh-separuh batu kerikil/bertar. Pukul >10 mlm pun saya lalu naik motor kapchai saja ketika itu, kerana shortcut amat berbaloi. Ketika kejadian jalan dari UiTM cawangan IT( Cahaya SPK?) ke Puncak Alam itu baru 2 bulan dibuka untuk kegunaan ramai.

Anonymous said...

RD,

Pada saya, asal Najib letak jawatan saja, saya sanggup diam tak bising lagi dah. Dah tak sabar lagi nakkan dia undur diri. Rosak hak dan kepentingan Melayu di buat nya. Kalau tak mau undur, UMNO perlu ambil tindakan supaya dia letak jawatan macam Pak Lah dulu.

Saya jugak tak setuju keturunan bangsawan di tatang, di beri peluang, hingga dapat jadi PM. Mula dari Tengku A Rahman sendiri. Tak mau susah susah punya orang. Nakkan cepat Merdeka nak merasa perintah negara sendiri, setujukan hak kerakyatan kpd pendatang FOC di masa Merdeka. Takda minta persetujuan satukan sekolah Cina dengan Sekolah Kebangsaan dsb nya.

Pastu, longgarkan syarat ujian bahasa dll bagi mengeluarkan sijil kerakyatan salepas Merdeka. Tengok, sampai hari ini, 58 tahun salepas Merdeka, ramai lagi pendatang yang tak tahu berbahasa Malaysia.

Marahkan Lee Kuan Yew, Tengku "tendang" LKY dan Singapura, konon nya. LKY dapat Singapura FOC. Gila punya kelakuan, negara negara lain berperang nak pertahankan "sovereignty and territorial integrity" mereka.

(Bersambung)

Anonymous said...

(Sambunagan)

RD,

Tun Dr Mahathir ngaku dia salah pilih pengganti nya. Pak Lah orang biasa. Tapi Najib anak bekas PM. Walau pun Tun A Razak orang kita sanjung tinggi, tapi apasal anak dia Najib di beri jadi MP umur 20an. Jadi Timbalan Menteri dan Menteri Besar umur 30/40an. Dah orang liberal konon nya jadi PM, tak peduli sangat hak dan kepentingan Melayu.

Jadi, bukan saja fasal 1MDB dll, Najib juga perlu di ganti dari segi pendirian liberal nya yang menjejas hak dan kepentingan Melayu.

Contoh nya, mana boleh biasiswa di beri kpd kaum Cina - mereka kaum terkaya dah berpuluh tahun, ada sistem membantu mana yang kurang upaya di antara mereka melalui berbagai persatuan suku kaum dan persatuan bebagai jenis perniagaan. Jutawan jutawan mereka beri sumbangan begitu banyak hingga UTAR tolak sumbangan RM30 untuk biasiswa dll dari seorang jurutera jutawan 1-2 tahun lalu.

Pada hal Melayu yang ketinggalan jauh di belakang dek dasar British kolonial dulu, tak ada tempat lain yang di harapkan untuk bantuan pelajaran. Ha nya boleh mengharapkan biasiswa, yang ada had jumlah nya. Kalau itu pun Najib nak beri kpd kaum yang dah terkaya, pasal apa UMNO nak simpan dia?

Anonymous said...

Tolong Baca Bakri Musa,. The Wasted Decade 2004-2014

Anonymous said...

Gerakkan ETD Najib.
Sudah sampai masa untuk lancarkan GETDN.
Mesti daftar.
Semua mesti ikut undang.
Pemimpin dan pelapis ramai.
Blogger pun ramai.
Syarat Aliff BA TA.
arjuna waspada
changkat lobak.

RD. said...

OK...OK Anon 09:37.

Saya setuju. Tapi nak salahkan Tunku pun dah tak boleh. Sudah terlalu lama dan orang bukan-Melayu pun ada hak juga di Malaysia ni. Bukan semua yang kiasu macam ahli politik dalam DAP. Ada juga Cina yang baik hati dan bertimbang rasa. TS Lee Lam Tye dan bekas YB Wee Choo Keong adalah bekas DAP yang keluar kerana tidak setuju dengan dasar DAP.
Nak salah kaum lain tak boleh juga. Orang Melayu sendiri kena berubah. Dr.M sendiri mengaku, beliau tidak berjaya mengubah tabiat Melayu. Suka cari jalan mudah. Dengki sesama bangsa sendiri. Tak boleh tengok jiran lebih dari kita. Mungkin kita terlebih didedahkan kepada Agama atau ceramah 'orang Agama'. Saya rasa elok kalau kerana kurangkan sekolah Agama atau Pondok. Mengapa hanya Melayu yang kena Hysteria. Didikan Agama terlalu banyak kisah jin, iblis, hantu dan jembalang dan buat anak-anak lemah semangat. Fikir yang bukan-bukan. Dudu tempat gelap pun takut.
Anak-anak terlalu dimanjakan, bebas berkeliaran dan banyak membuang masa.

Kalau tak percaya, kita tunggu bulan puasa nanti dan lihat bagaimana anak-anak Melayu buang masa. Hingga pukul 11 malam pun anak-anak kecil masih berkeliaran main diluar rumah. Yang dah besar sikit, keluar rumah dengan menipu ibu-bapa, kata nak berbuka dan tarawih di Surau dan Masjid. Tengah malam baru pulang. Cuba perhatikan.

Anonymous said...

Orang bangsawan itu kalau tidak berakhlak mulia dia serupa kasta Brahmin sombong dan tamak, suka ambil kesempatan atas orang kasta bawahan yang dia anggap sebagai hina.

Anonymous said...

RD,

Setuju Melayu mudah lupa spt Tun Dr Mahathir juga kata, suka cari jalan senang, tak mahu susah susah. Najib biarkan saja apa Rosmah nak buat di PMO dll hingga tak habis habis di caci rakyat. Macam dia biarkan/ tidak lesenkan "news portal" di negara ini spt Singapore lakukan. Maka bermacam kata kata kesat dan pendapat senget, "twists, spins and slants" di lakukan mereka. Kalau Ketua Polis Negara tak tegas orang nya, contoh nya, tangkap dan heret ke Mahkamah 5 orang di Malaysian Insider itu, mereka dan yang lain lain lagi tentu melanda landa, naik kepala.

Jembalang puaka terbesar yang memecah belahkan Melayu tu dah di sumbat di penjara Sg Buluh. Akibat nya, DAP pun dah humban PKR, Lim Kit Siang dah abandon Anwar, sebut beberapa nama selain dari Anwar sebagai bakal PM bagi pakatan baru yang dia cadangkan, yang ada orang kata dia mahu DAP kerja sama dengan UMNO/BN. Tak tahu lah betul tidak nya.

Tapi amat penting UMNO/BN eksploitasi keadaan sekarang sapenuh nya, asak pahat besi tu kuat kuat, biar pecah Pakatan itu hingga bersepai. Orang kata di Selangor, undi UMNO, PAS dan Khalid Ibrahim boleh menggulingkan Azmin Ali yang sekarang mempolitikkan air pulak. Dah lama keadaan begini, tapi tak nampak apa Najib dan UMNO lakukan berkenaan perkara ini. Jarang dengar ADUN UMNO Selangor menghentam PKR/ Pakatan.

PKR masih lagi hendak memecah belahkan Melayu. Berteraburan Rafizi, Nik Nazmi, Nurul Izzah dll berdemo jalanan nak mintak Anwar di bebaskan supaya memecah belahkan Melayu dengan amat sangat lagi. Mesti tak boleh dapat bebaskan Anwar tapi mereka buang masa macam anak anak Melayu RD katakan itu. Tambah pulak, mereka kecohkan keadaan.

Dengan keadaan politik yang begitu tak menyenangkan hati dan keadaan ketenteraman dan keselamatan yang terjejas akibat tindak tandok puak puak yang berupa anti-nasional itu, kita perlukan seorang pemimpin yang tegas, berani dan "no-nonsense kind of personality" memimpin negara ini.

Saya fikir Muhyiddin ada lah seorang yang spt itu. Lihat, dia berani buat keputusan supaya mata pelajaran Sejarah di mestikan di sekolah sekolah walau pun DAP bising membantah sebab tak mahukan anak cucu mereka tahu asal usul mereka dan asal ususl negara ini, tabi'at mereka tak reti berterima kasih di negara ini, tak hormatkan Perlembagaan dsb nya.

Oleh itu, Najib perlu di gantikan. Kalau di gantikan dengan Muhyiddin, tak perlu kecoh, sebab dia Timbalan Presiden UMNO.

Fence Sitter Voter said...

BN Sarawak menyokong Najib tapi kami pengundi di Sarawak menyokong Tun M. Keep up the good works, TDM!

Anonymous said...

Dear YAA Tun,

Right from Merdeka on 31st August, 1957, we should have taken the path set by our founding fathers. But when we reached the proverbial fork we opted for the adoption of a flexible fork.We are just doing ok because there are leaders who are more greedy than us.
ONE, we forgot to understand that in a growing market economy where the hidden hand of government is exposed credit for the very small man on the street becomes less and less.
Two, we forgot to restrict the powers of those in power which today combined with the power of exponential wealth wealth has become unmanageable as every one had a price. We are the only country in the world to have a unique ID number. But we are unable to monitor those who have done wrong and have been convicted.
Three, we had all the opportunity to ensure the government in power must act according to the law with an eye on good governance.

Four, we had all the opportunity to make good governance, accountability, based on sound education part of our DNA.

Five, some where along the line we did not understand that only through competition can you achieve the allocation of scarce resources.

Six, and finally some where along the way we also forgot that it is only through cooperation among political forces that we can build a strong and stable society and not through NO.5

Anonymous said...

Jgn la berburuk sangka. Entah2 hari tu mata dia sakit.

Anonymous said...

We feel sorry for guys in Malaysia. It seems that one disaster after another has been befalling Malaysia as of late. Now the people are being forced to carry the GST burden on their shoulders. As a Muslim, when such unfavourable circumstances just keep on happening to a country and her people, it may be seen as "bala" and if that is the case, the country's leader should do something to mitigate the situation. Wallahu 'alam.