Tuesday 21 April 2015

Malaysia masyhur di mata dunia







Baru menerima gambar serta petikan artikel majalah Tempo dari rakan wartawan di Jakarta. 

Yang diterima ialah petikan dari Edisi Khas Majalah Tempo yang diterbitkan menjelang Ulangtahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika yang akan diadakan diBandung minggu ini.

Jika apa yang dikepilkan ini benar diterbitkan dalam EDISI KHAS Majalah Tempo, nyata agenda transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri kita telah berjaya. 

Malaysia kini masyhur di-mata dunia. 

Jangan tanya kenapa dan mengapa kita masyhur, tetapi kita nyata mashyur. 

Penduduk Indonesia berjumlah lebih kurang 300 juta orang. Jika hanya 10% yang tahu membaca pun, angkanya agak besar. Jangan risau, kita masyhur. 

Minggu ini pula ramai pemimpin dunia yang sedang berkumpul di-Bandung menghadiri Ulangtahun ke-60 Persidangan Asia-Afrika. Kita pasti lebih masyhur.

Katanya Edisi Khas ini akan tiba di-Malaysia dalam masa sehari dua ini. Jika ada percubaan untuk menghalang kemasukan atau gam majalah ini, kita akan bertambah masyhur. 

Kalau saman majalah Tempo dari Indonesia ini, maka akan bertambah-tambahlah kemasyhuran kita. 

Terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak. 

p/s Buatlah apa saja yang difikirkan betul. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka yang begitu masyhur dimerata dunia.  

Site Meter

33 comments:

Anonymous said...

Lol mahsyuuuuur

Anonymous said...

Mahsyur dan masyukkkk?

Anonymous said...

A pointer from the President of America:

"We didn't become the most prosperous country in the world just by rewarding greed and recklessness. We didn't come this far by letting the special interests run wild. We didn't do it just by gambling and chasing paper profits on Wall Street. We built this country by making things, by producing goods we could sell."

- Barack Obama

Anonymous said...

Penarik beca di indon sajaa yg baca tempo ni... majalah satira politik di indon...rendah dari mastika di.msia...

Anonymous said...

Bangganya jadi rakyat Malaysia dengan adanya PM yang telah berjaya meMahsyurkan Negara... LOL

Anonymous said...

FOLLOW THE MONEY

While 1MDB is being investigated, MACC should also open a case on the over the top wealth of our current PM and family. Come on MACC, be brave! Jangan hanya berani tunjuk taring at the small fish!

FOLLOW THE MONEY

Our PM must explain and prove that their source of wealth is legitimate. How can they afford to buy millions of consumer goods? How can his stepson buy million dollars house in cash? Malaysia is not a dictator country. Neither are we a monarchy controlled country like Brunei and Saudi Arabia. So how can our PM be super duper rich?

FOLLOW THE MONEY

Rakyat wants answers!! Bangkai gajah sudah tidak boleh lagi ditutup! This is so sickening!!

Anonymous said...

Penarik beca kat Indon main chess waktu santai la Bro. Penarik beca kat Malaysia masih perlu subsidi kerajaan. Berfikr la dulu sebelum berbicara!

Anonymous said...

Anon 1:45,

Anda mungkin terlalu gilakan 'Gila-Gila' sehingga gagal menilai betapa berbobotnya artikel-artikel yang tersiar dalam majalah Tempo. Atau mungkin anda tidak pernah membaca Tempo.

Kalaulah Tempo menjadi majalah kegemaran penarik beca di Indonesia seperti yang anda katakan, ternyata mereka lebih bijak, cerdik dan berwawasan daripada anda.

Anonymous said...

Anon 1:45,

Anda mungkin terlalu gilakan 'Gila-Gila' sehingga gagal menilai betapa berbobotnya artikel-artikel yang tersiar dalam majalah Tempo. Atau mungkin anda tidak pernah membaca Tempo.

Kalaulah Tempo menjadi majalah kegemaran penarik beca di Indonesia seperti yang anda katakan, ternyata mereka lebih bijak, cerdik dan berwawasan daripada anda.

Anonymous said...

Alahai Anon 1:45 pandai nyeeeee .. nampaknya penarik beca di Indonesia lagi pandai daripada anda. Baca lebih sikit nah...

Anonymous said...

Mengingati Ibu Tien?

Penyu

Anonymous said...

Tuan
Setahu saya, kita pernah ada majalah yang lebih kurang sama spirit nya (dengan izin) dengan majalah Tempo ini. Siapa ingat majalah Massa? Tapi sayangnya penerbitannya dihentikan kerana tidak dapat capai bilangan edaran yang mencukupi untuk membolehkan ia terus diterbitkan. Barangkali rakyat malaysia lebih suka berita-berita ringan, hiburan ataupun cerita-cerita picisan daripada berita-berita yang kritis, mencabar minda dan mencambahkan perbincangan...

Anonymous said...

Anon 10:33,

Masyarakat Melayu betul perlu mencorakkan sesuatu budaya ilmu demi kesejahteraan bangsa dan agama

http://i-epistemology.net/v1/attachments/1127_jp-v3n1-%20Budaya%20Ilmu%20Sebagai%20Asas%20Pembangunan%20Tamadun%20-%20Wan%20Mohd%20Nor%20Wan%20Daud.pdf

Anonymous said...

Selling God http://www.themalaysianspark.com/?p=149

Anonymous said...

Blogger Apanama, Sir

1. The najib-mahathir spat appears to have gone into different direction. It involves pro najib, pro tdm and devil advocates in the likes of opposition/pro opposition online portals and bloggers.

2. What started as criticisms (turned deaf ears) and later developed into serious questions (remained unanswered) by tdm to najib have gone bonkers, pretty much character assasinations and mud slinging.

3. Pro najib including senior leaders and KBUs, portals and bloggers alike when responding to tdm's entries in his blog were quick to consider these comments as alliged to oppositions. Instead of responding to the issues raised,they resorted to tdm's past records, launched character assasination etc.

4. TDM, though he thought he is alone in this 'war' is actually supported by the DPM and a senior VP plus silent majority of the rakyat. Since questions posed remained unanswered, the pressure kept mounting on najib.

5. To spice up the issues, the oppositions/portals and bloggers pour more kerosene to the fire. Statements by tdm were twisted and more often than not totally deviated from their actual meaning....thus heating up the controversies.

When will this chaos end????

Knights Templar said...

I have always been a G Man Bro ... I cant do it anymore ...

Anonymous said...

Najib berjaya buat Malaysia masyhur di mata dunia adalah kerana kepimpinan beliau, bukan sebab apa yg majalah TEMPO dakwa di dalam artikel mengenai gaya hidup mewah mereka. Hak individu sebenar nya tentang perbelanjaan tu.

Apanama said...

We are all the G man...thats why we are doing what we are doing, despite all the risks and personal attacks. If we don't, nobody will Saudara Knights Templar.

Anonymous said...

Majalah TEMPO xsepatutnya mengeluarkan artikel yg mcm ni. Sepatutnya mereka berfikir panjang dan jaga hubungan baik antara dua buah negara.

Anonymous said...

Majalah dalam negara pun tidak bole dipercayai ketelusan nya ini kan pula majalah dari negara luar yang pastinya mempunyai agenda tertentu dalam membicarakan soal kemewahan Najib.

Anonymous said...

Apa motif majalah Indonesia ni siarkan berita kemewahan Najib dan Rosmah ni? Kenapa nk korek sampai hal peribadi org pula ni? Dah kehabisan berita ke kat Indonesia tu sampai hal peribadi org luar pun nk disensasikan...

Anonymous said...

Biasalah tu kan, bila menjadi org pertama di sesebuah negara mestilah akan sentiasa menjadi tumpuan dunia.. Tak hairanlah kalau media luar membuat liputan pasal Najib dan isteri.. Tetapi kebanyakkan akhbar-akbar ni tak kira dalam negara atau luar negara
hanya mahu menyiarkan cerita buruk je sbb mereka hanya ingin melariskan akhbar dan
berita mereka sahaja..

Anonymous said...

Mungkin ini semua permainan politik sehingga menyebabkan pihak media luar negara spt Tempo keluarkan kenyataan. Apa pun diharap rakyat jangan terlalu termakan dengan isu sebegini. Kekayaan seseorang tidak perlu dipertikaikan kerana ia melibatkan hal dan salasilah seseorang tu sendiri

Anonymous said...

Rakyat tak perlu termakan hasutan atau terpengaruh dgn sesiapa baik majalah luar negara atau kritikan dalam negara. Rakyat sendiri yg kritik kemewahan Najib tanpa perlu dihasut atau dipengaruhi. Ingat rakyat semuanya sama tahap dgn org2 sekeliling Najib yg disuruh jawab kat blog ni ke? Rakyat tengok, rakyat dengar dan rakyat fikir....dan rakyat buat keputusan yg Najib tidak layak memimpin. Malangnya suara rakyat tak didengar. Hanya bila Tun M bersuara barulah Najib buka telinga sikit. Itupun tak masuk ke otak tapi terus keluar ikut mulut dan jari. Tak payah insult the intelligence of the rakyat. Malah nada komen blongang yg sopan ni pun tak mampu memperdaya rakyat.

Anonymous said...

fuhhhhh. sungguh bijak macai myKmu pertahan bos mereka sehingga lupa apa yang diperkatakan. Jika Tempo laporkan keburukan bos kamu anda perlu nafi atau kemuka bukti Najib dan Rosmah tidak hidup berbelanja seumpama Pak Arab pemilik telaga minyak.

Anonymous said...

Kalau dah perangai pemimpin itu huduh ala-ala Marcos serta isterinya Imelda yang menghancurkan Filipina dahulu, bukan sahaja Indonesia seluruh dunia akan terhidu bau bangkai walau cuba ditutup dengan emas dan permata. tunggu dan lihat

Anonymous said...

macai cuba timbulkan masalah antara malaysia dan indonesia pula. strategi budak hingusan bergelar setiusaha akhbar katanya. sedarlah, nasi telah menjadi bubur. yang nak cabut tu, cabutlah cepat-cepat sebelum terlambat. SPRM hanya menanti lampu hijau.

Anonymous said...

Pegawai2 yang merompak menerusi akaun khas , peruntukan khas dan sebagainya sila tunggu SPRM ketuk pintu. Ini termasuk pegawai dan macai yang merompak atas nama pakar strategi serta bloger upahan. Yang berurusan dgn sedara Hun Sen dikambodia mungkin yang pertama menyarung baju lokap. maiKMU cuba-cuba lah bersihkan segala rekod transaksi. punggung sudah panas beb.

Anonymous said...

Hahaha pemimpin negeri berhidup mewah dibilang masyhur ? Apa gak salah !!! Di indonesia kalo ada pejabat negeri berhidup mewah sudah dikritik keras bukan dipuji dan dielukan. Coba anda pikirkan bagaimana seharusnya gaya hidup seorang pemimpin negara. Coba lihat pak jokowi presiden indonesia dengan gaya hidupnya

Johan said...

Penarik beca di Indonesia ada kelas... hi hi hi

glen saputra said...

Masyhur sekali pm malaysia ni
Sama seperti soeharto.saat masih menjabat tak da yang berani kritik . semua merasa indonesia jaya kerana soeharto.tapi bangkai tak bisa ditutupi ,, kasus korupsi soeharto dan orang orang di sekelilingnya terkuak.rakyat marah
Kini rakyat indonesia tau siapa soeharto sebenarnya, dia lah yg buat indonesia hancur ,banyak hutang,terlalu banyak aset negara dikuasai asing, dia yang memulainya .
Bahkan generasi tua di indonesia masih menganggap soeharto presiden hebat.
Kini indonesia mulai bangkit lagi, menata kehidupan lagi, alhamdulillah
PM malaysia ni bagai soehartonya malaysia, media tak bebas di malaysia, sangat terpengaruh pemerintahnya,tak boleh da kritik,hanya kejayaan yang diluangkan , rakyatpun tak tau berita
Harusnya malaysia belajar dari indonesia, sebelum terlambat, sebelum semakin hancur malaysia ni
Salam dari seberang

glen saputra said...
This comment has been removed by the author.
glen saputra said...

Pm malaysia ni bagai soeharto
Dielu elukan dan dipuji tpi rakyat tak tau yang sebenarnya kerana media diatur pemerintah
Tp kini soeharto kebalikannya, dicaci dibenci rakyat
Apa pm najib nak mengikuti jejak soeharto?
Kita lihat nanti
Salam dari seberang