Wednesday 27 January 2016

Siapa percaya ?


Nampaknya sebahagian besar rakyat tidak menerima baik kenyataan serta tindak tanduk Peguam Negara Tan Sri Apandi yang mengarahkan agar SPRM menutup fail-fail siasatan terhadap Najib Razak. 

Letusan perasaan serta pendapat umum di alam maya amat ketara. Jika penyokong, pendukung serta pengampu tegar Najib Razak masih dalam 'denial' atau menidakkan kenyataan ini maka saya saranakan agar diadakan satu pungutan suara kebangsaan yang bebas atau independent national poll. 

Tanya rakyat Malaysia jika mereka mempercayai Najib Razak dan Apandi Ali. Saya fikir sebahagian besar rakyat tahu akan jawapannya tetapi sila adakan pungutan suara ini demi memuaskan hati sendiri, itupun kalau sudah cukup berani berhadapan dengan kenyataan.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah tampil sekali lagi membuat laporan polis (seperti diatas) dan kali ini laporan polis beliau adalah agar pihak berkuasa menyiasat jika Apandi telah melakukan perbuatan jenayah dalam keterujaan beliau untuk membebaskan Najib Razak dari sebarang pertuduhan jenayah. 

Nampaknya ramai yang masih menaruh harapan agar pihak Polis DiRaja Malaysia akan menjalankan tugas demi raja dan negara tanpa apa-apa pertimbangan lain. 

Difahamkan pihak SPRM telah mengesyorkan lebih 20 pertuduhan terhadap Najib dan pegurusan tertinggi SRC International. Bagaimana kesemuanya bebas dari segala pertuduhan? 

Pihak penyiasat SPRM pasti terkejut. Rakyat yang mengikuti perjalanan putar belit RM2.6 billion dalam akaun peribadi dan RM42 juta dari SRC lagi terkejut. 

KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

ISU SRC INTERNATIONAL DAN DANA RM2.6 BILION: SPRM RUJUK KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA KEPADA PPO

PENGURUSAN Tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 27 Januari 2016 telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengarahkan SPRM agar menutup kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan PPO dan sebuah panel khas yang akan dilantik.

Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya.

PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Dato’ Wan Abdul Wahab Abdullah, Profesor Dr. Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

27 JANUARI 2016

Kenyataan terbaru SPRM ini jelas bahawa badan penyiasat rasuah negara ini tidak berdiam diri apabila usaha mereka memerangi rasuah dan salah guna kuasa diperingkat tertinggi pentadbiran negara menghadapi rintangan. 

Kita harus ingat bahawa sebelum kertas siasatan terhadap Najib Razak disampaikan kepada pejabat Peguam Negara satu lagi panel bebas SPRM telah meneliti hasil siasatan badan pencegah rasuah itu. Seharusnya ahli-ahli panel tersebut tahu akan intipati serta butiran sahih.

Mungkin laporan hasil siasatan SPRM terhadap Najib Razak juga telah dipanjangkan kepada Majlis Raja-Raja atau beberapa orang Sultan yang prihatin akan skandal yang melingkari pemimpin politik tertinggi negara. 

Sementara pihak polis menjalankan siasatan terhadap Apandi Ali kita hanya boleh tunggu dan lihat akan reaksi atau tindakan susulan dari Majlis Raja Raja.

Majlis Raja Raja harus mengambil maklum bahawa tahap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan serta beberapa agensi tunjang adalah pada tahap yang amat membimbangkan. Keadaan ini tidak sihat untuk negara bertuah ini.


p/s 

Suruhanjaya Siasatan Raja mungkin boleh diadakan, tanpa apa-apa kekangan, hanya setelah Najib berundur atau diundurkan.  



32 comments:

Anonymous said...

Lawaknyer..
pegawai kanan penyiasat tu tak nak siasat ke sapa dier..
hahaaa..
semak tu pasai byk sgt susun bini, tu cepat emosi..

Anonymous said...

Orang Melayu ni tak habis habis busuk hati. Biarlah PM Buat kerja tadbir Negara. Korang ni tak ada kerja lain ke? Kami dah bosan dengan tindak tanduk korang. Kami diam bukan makna kami setuju tapi menyampah. Tak payahlah kamu bodek Datuk Khairudin kamu tu. Siasat diri dia tu siapa, kira bagaimana dia juga boleh jadi kaya raya kalau betul betul nak kan keadilan.

Tak habis habis siang malam pagi petang tabor fitnah demi fitnah. Allah dah lantik dah takdirkan DS Najib jadi PM Malaysia, bersyukurlah. Buatlah kerja kamu yang telah diamanahkan juga Allah swt.

Kamu tak takut dosa ke, kamu fikir manusia bernama Najib je berdosa? Kamu kebal dari dosa?

Anonymous said...

Bila masa kami busuk hati? tanya lebih sikit pun dikira busuk hati ke? kalau anak pempuan anon 5.00pm kena rogol gangbang dan pelaku rogol tu lepas, anon 5.00pm di atas nak dudok diam sahaja kah? Pasrah dengan dara anak yang dah dirobek taknak tanya polis lebih lagi ke? kalau macam itu anon 5.00pm dayuslah.

Kami pun dah bosan dengan tindak tanduk pemakan dedak macam anon 5.00pm yang buta dan tuli menyokong pemimpin yang jelas depan mata korup. Kami diam dulu sebab kami bagi can pada PM dan pemakan dedak macam anon untuk insaf, tapi nampaknya tak insaf malah makin bebal, maka kami tak boleh berdiam diri.

Jangan nak konar baring salahkan si Khairuddin. Sekarang ini semua masalah datang dari PM kesayangan anon - hamba utusan Allah lagi syumul yang tak pernah buat salah tu.

Kamu tak takut dosa ke anon 5.00pm? kamu ingat kamu sokong PM kamu dah betul dan orang lain salah? Kamu ingat kamu suci ke anon 5.00pm? Terus terusan menyokong kebatilan? tak takut dengan Allah ke. Kita khalifah ni di beri akal fikiran untuk menegakkan yang haq dan mencegah yang batil. takkan ini pun anon tak tahu? Takkan banyak sangat makan dedak sampai jadi bongok macam ini sekali?

Anonymous said...

hang ni org gaji kat rumah najib ka
ye la dok defend najib bagai
gaji hang dia bagi kot

Anonymous said...

Hmmm, dia dah makan dedak...

Anonymous said...

Orang nak percaya duit 2.6b tu dari 1mdb tapi dlam siasatan duit tu dari kerabat arab saudi malah sprm sendiri telah interview penderma itu yg potong stim tu dalam masa yg sama balance dari derma yang x di gunakan tu plak di pulangkan kembali lagi meleleh air liur buat geng anti najib campaign.

Anonymous said...

Bila yang hangpa tau duit itu dipulangkan? Najib bagi tau ka. Hangpa caya Pandi tu? Kenyang dengan dedak la ni.

Anonymous said...

Setuju. Dia orang dah terlampau banyak dengar fitnah dan tak takut dosa. Biarlah mereka menyalahkan

Anonymous said...

Bodohlah kau ni. Kan dalam kertas siasatan SPRM menyatakan. Itulah baca banyak sangat komik Cina.

Anonymous said...

Rakyat Makaysia ingat Peguam Negara Apandi Ali tu PANDAI.... rupa ruoanya...

PAK PANDIR.

Anonymous said...

Can't access OutSyedtheBox page. Adakah ia sudah diblok oleh si donggol?

Anonymous said...

Najib pemimpin. Dia bertanggung jawab menjadi pemimpin yg tidak rasuah, susah senang bersama rakyat, tidak zalim dan tidak menipu rakyat. Tapi realiti sebaliknya. Malaysia tak pernah dirosakkan dgn begini dahsyat oleh pemimpin Umno.

Anonymous said...

Ostb dah kena block..quo vadis malaysia??

Anonymous said...

Si Keruak pendatang Sabah Umno yg punya hal. Zaman blok dan ban media dah lapuk tapi si nazi Goebbel ni ikut arahan tanpa guna otak. Dpt jawatan Federal terus jadi running dog Najib. Orang2 umno ni ingat Msia ni bapak dia orang punya?

Raja Kumbang said...

Din turtle pun dah kena blok....

Anonymous said...

Mu sombong bodoh dengki khianat ...

Anonymous said...

keruak takut kalah kebijaksaan jika dibanding dgn OSTB

sebab tu blog OSTB kena block oleh goblok

Anonymous said...

siasat dulu tun m n khairuddin ni dulu lerrr...
tak habis2 dengki kat najib.
najib tu duk sebok nak naikkan balik ekonomi negara tapi depa ni sebok nak jatuhkan najib.
mmg bodoh diaorang ni...
sekarang ni nak attack tabung haji pulak...satu2 agensi kerajaan nak dijatuhkannye....depa ni tak sedar ker?
korang ni lepas solat tu ada doa tak supaya Allah bagi negara kita pemimpin yang terbaik ????
Kalau najib still pm maknanye dia lah pemimpin yang terbaik itu.
X malu dgn Allah ke???

Transformasi UMNO said...

Bahagian 2 - Projek Rasuah terbesar Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen
Setelah jurublog dedahkan Projek Rasuah Dato Seri Zahid Hsamidi bahagian 1, kini jurublog akan menceritakan seterusnya apa yang telah dibuat oleh konco-konco Dato Seri Zahid Hamidi untuk menipu rakyat dan untuk kayakan majikan mereka.

Jurublog ingin perkenalkan seorang yang sangat penting dalam hidup Dato Seri Zahid Hamidi. Nama watak penting ini adalah Shekh Ruzi. Bila disebut nama ini, sesiapa yang mengenali Dato Seri Zahid Hamidi akan tahu siapa dia dan apa peranan dia dalam kehidupan harian DS Zahid.

Shekh Ruzi adalah ‘gatekeeper’ Dato Seri Zahid Hamidi. Sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, mereka harus mendapatkan restu atau ‘appointment’ melalui Shekh Ruzi. Tanpa kebenaran beliau tiada siapa dapat berjumpa dengan DS Zahid. Kecuali menantu Zahid seperti yang telah jurublog ceritakan di bahagian 1 tempohari.

Baru-baru ini Shekh Ruzi telah membawa Dato Seri Zahid Hamidi dan Datin Seri Hamidah ke Korea melalui jet peribadi. Ruzi telah membawa kedua suami isteri ini dari Sabah dan terbang terus ke Korea. Shekh Ruzi menjaga apa sahaja yang dikehendakioleh Dato Seri Zahid. Isteri Ruzi, Datin Cindy pula ditugaskan untuk menjaga Datin Seri Hamidah yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Shekh Ruzi dan isteri Datin Cindy, cina masuk Islam memang pakar dalam menjaga kepentingan Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Apa saja dikehendaki mereka akan ditunaikan. Dari shopping hingga ke makan ditempat mewah dan membuat ‘facial’ semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh Shek Ruzi. Jurublog juga ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia. Dato Seri Zahid baru saja membuat rawatan muka di Korea. Jurublog sertakan gambar terbaru Timbalan Perdana Menteri ini untuk tatapan rakyat Malaysia dan lihatkan sendiri perbezaan sebelum dan selepas rawatan muka ‘botox’ untuk menegangkan kulit muka yang kendur.
Baca sambungannya di Blog: http://transformasiumno.blogspot.my/
Page FB: https://www.facebook.com/umnotransfom

Anonymous said...

Tunggui kayu bolehlah dikelentong mcm tu dol ooiii

Anonymous said...

Ada kerja kosong lagi ke bro......

Anonymous said...

Salam

Betul ke kamu kata 2.6B datang dari 1MDB dan bukannya datang dari Kerabat diraja Arab Saudi? Betul ke kamu kata PM Korup dan apa yang korup tu?
Betul ke kamu kata Zahid Hamidi rasuah dengan projek imigresen?

Harap buktikan dengan fakta jelas.

Anonymous said...

OSTB, Din Turtle dll pls migrate to Facebook.. X boleh block

Anonymous said...

Mmg msia ni bapak aku punya sbb bapak aku lawan dgn komunis . Bkn bapak aku saja msia ni pon oyang aku punya yg melalui zaman jepun...

Anonymous said...

Mu ni bodo ngo

Anonymous said...

Tuan berhati2lah. Blog tuan mungkin akan di block sebagaimana blog din turtle.

Nampaknya the bugis warrrior telah bertindak.

Untuk selamat ... tuan makanlah dedak yang ditaburkan oleh the bugis warrior dan puji2lah the bugis warrior ...

delara said...

Selamat kat dunia yg sementara bole ler, tu pun kalau tak caya hari akhirat...

Anonymous said...

Sdr, pls send this message to OutSyed the Box. Just because a few morons decide to make it more difficult for the public to access his blog, he must continue with his blogging. Never never give this up, never ever! Glad to know he is still blogging and we will continue to read the truth behind the many lies and deceits which are thrown our way by Putrajaya.

NajibNazak said...

Fitnah apa ke jadah???

Najib mengaku ambik duit tu masuk acct sendiri.

Apa ka bodoh macai umno. Suruh jilat lubang bontot pon sangguo. Pthuuuu

Anonymous said...

Tidur ke...mana buat 42m n 33m ada lagi ke atau dah dipulangkan

Anonymous said...

bab duit masuk akaun sendiri, macai umno memang lupa diri. kikiki

Tajul said...

Yang benar pasti akan menang akhirnya.

Yang makan dedak tu makanlah puas2 dahulu.


Sebab lepas PRU nanti anda senua silap2 putih tapak kaki lari tak cukup tanah.