Ikuti ucapan penuh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menutup Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Ahad, 26 Julai 2015. p/s Sila dengar dan cuba fahami apa yang diucapkan sebelum bertindak melabel Muhyiddin sebagai pengkhianat atau Najib sebagai pahlawan bacul. Terima Kasih
Dengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri berkenaan krisis politik, ketirisan kepercayaan umum terhadap kerajaan serta pemimpin dan yang paling penting tentang skandal 1MDB.
Ini sebahagian daripada ucapan Timbalan Presiden Umno ketika menutup persidangan perwakilan Umno Bahagian Cheras di-ibu negara malam tadi.
Sebenarnya kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini sudah lama dinanti-nanti. Lebih kurang dua bulan lalu Muhyiddin telah pun membangkitkan kerisauan beliau akan 'bencana 1MDB' tetapi malangnya nasihat beliau hilang begitu sahaja seperti daun keladi disiram air. - Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB
Antara inipati desakan kali ini demi kesinambungan Umno serta Barisan Nasional adalah agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil merungkai sendiri skandal 1MDB yang kini semakin hanyir.
Muhyiddin secara terus terang berkata Najib harus tampil menjelaskan laporan akhbar The Wall Street Journal yang menyatakan bahawa wang tunai berjumlah lebih kurang RM2.6 billion ringgit telah dimasukkan kedalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Selain penjelasan penuh berhubung hutang mencecah RM42 billion yang ditanggung 1MDB, umum sudah tidak sabar untuk mendengar penjelasan Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak berkenaan duit berbillion dalam akaun peribadi beliau.
Jika fitnah katakan fitnah, berdiam diri bukan lagi pilihan.
Sebaliknya jika laporan WSJ itu benar maka mungkin sudah tiba masanya untuk Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak untuk dihadapkan kemuka pengadilan. Tidak mungkin ada apa-apa bentuk penjelasan bagaimana duit berbillion ringgit boleh disalurkan kedalam akaun peribadi seorang penjawat awam berstatus Perdana Menteri.
Mungkin juga sudah tiba masanya untuk pihak berwajib memulakan siasatan serta tindakan yang sewajarnya terhadap sesiapa sahaja, terutamanya penjawat awam serta anggota kabinet, yang disyaki cuba melindungi jenayah terhadap negara.
Individu-individu yang berkomplot untuk melindungi jenayah dengan kenyataan dan laporan palsu bertujuan untuk mengelirukan pihak berkuasa tidak harus terlepas. Media yang berhempas pulas mengelirukan rakyat dengan pembohongan juga tidak harus terlepas dari tindakan sewajarnya.
Hanya ini langkah penyelesaian bagi skandal yang telah merosakkan nama negara diperingkat antarabangsa. Dunia sedang perhatikan kita.
P.S.Kita harus ambil maklum akan laporan bahawa beberapa badan penyiasatan jenayah merentasi sempadan, termasuk dari Singapura, Britain, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Switzerland juga sedang menyiasat skandal 1MDB serta beberapa syarikat dan individu berkaitan untuk kesalahan pengubahan wang haram, pemalsuan dokumen serta penipuan cukai.Pihak berkuasa Singapura juga telah membekukan dua akaun bank berkaitan 1MDB di republik itu.
Berdamai dengan masa lalu demi bahagia masa depan
-
MASA lalu adalah sebuah wilayah yang tidak dapat kita diubah dan terus
hidup dalam ingatan. Ada masa lalu yang manis membuatkan kita tersenyum
setiap kal...
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Reasoning about being a nerd
-
After going through the rites of passage into corporate adult-hood through
a school, one question that people may ask is why does it seem that those
who ma...
PENGUMUMAN
-
Sebagaimana yang telah dimaklumkan,
bermula hari ini iaitu 1 Mac 2019, blog ini
telah berpindah sepenuhnya ke alamat
baru - shahbudindotcom.net.
...
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong
-
1. Biru muka perokok tegar apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan
Malaysia mewartakan bermula Januari 2019 maka larangan merokok di tempat
awam t...
KUSEMAN.COM
-
Assalammualaikum, teman-teman, pembaca dan followers saya dalam blog ini
yang sangat saya hormati. Saya ingim memaklumkan bahawa blog
KAYANGDAILYPOST ini ...
Dr. Mahathir dan kebodohan media umno
-
Mengapa serangan media umno terhadap Tun Dr. Mahathir ibarat menikam umno
sendiri? Dengarkan rumusan oleh Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan...
-
(For English, Read Below)
*Assalamualaikum Warrahmatallahi Wabarakatu*
*Bismillahhirrahmanirrahim*
1. Dengan penuh rasa tanggungjawab dan azam yang kuat...
THE FREEDOM OF EXPRESSION IS ESSENTIAL FOR ANY SOCIETY TO EVOLVE. COMMENTS ARE WELCOMED BUT WILL BE MODERATED. VIEWS EXPRESSED ARE NOT THOSE OF APANAMA.