Tuesday 12 April 2016

1MDB - Dimana maruah Najib Razak ?

Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin


KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BERHUBUNG LAPORAN PAC MENGENAI 1MDB

1. Saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara. Saya juga telah menasihati Dato’ Seri Najib supaya beliau tidak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar. Saya menyatakan agak luar biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.

2. Saya juga pernah menzahirkan kebimbangan saya mengenai masalah aliran tunai syarikat yang amat teruk sehinggakan tidak mampu membayar hutang. Juga mengenai pelaburan yang mencurigakan tanpa dibuat due diligence sebelum perjanjian dimaterai.

3. Saya juga mempersoalkan pelan rasionalisasi 1MDB yang belum tentu dapat ditunaikan. Malah penjualan aset-aset 1MDB tidak menjamin boleh menyelesaikan hutang-piutangnya yang bukan semakin berkurang tetapi meningkat kepada RM50 bilion. Saya juga telah meminta seluruh ahli Lembaga Pengarah dipecat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Baru kini mereka meletak jawatan.

4. Laporan PAC mengesahkan segala pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib nampaknya bersedia menerima laporan PAC, tetapi malangnya dia telah menghukum saya apabila saya menyuarakan hal yang sama di dalam kabinet. Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanang bahawa nama Najib telah dibersihkan oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin? Berapa kali dalam laporan PAC disebut Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib.

5. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara  (PAC) mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib daripada dakwaan penyelewangan. Sebaliknya laporan PAC mendedahkan mengikut Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan. Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut terletak di tangan Perdana Menteri. 

6. Antaranya ialah keputusan Lembaga Pengarah meluluskan pemindahan sebanyak USD1 billion ke dalam akaun bank syarikat usahasama 1MDB Petrosaudi Ltd. Pihak pengurusan hanya memindahkan sebanyak USD300 juta ke dalam akaun bank 1MDB Petrosaudi Ltd, manakala baki sebanyak USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited milik Taek Jho Low, iaitu kenalan rapat Najib.

7. Sepertimana yang dilapor dalam hansard prosiding PAC, mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral mengesahkan pemindahan wang berjumlah USD1 bilion untuk usahasama dengan PetroSaudi Ltd telah mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri. Saya percaya pihak pengurusan 1MDB juga menerima arahan daripada Perdana Menteri dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan berisiko tinggi yang tidak masuk akal. Antaranya ialah keputusan untuk melabur sejumlah USD2.318 bilion dalam Segregated Portfolio Company (SPC) melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC, iaitu sebuah syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. Begitu juga dengan dana berjumlah USD3 bilion yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan TRX tetapi telah dipindahkan kepada 1MDB sebanyak USD 1 bilion, kepada 1MDB Energy Ltd sebanyak USD 28.85 juta, kepada Brazen Sky Ltd sebanyak USD 1.5 juta dan pelaburan di luar negara sebanyak USD1.58 billion.

8. Penyelewengan dalam 1MDB telah menyebabkan syarikat ini gagal menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang. Malah 1MDB terpaksa meminjam wang untuk membayar hutang yang telah meningkat secara mendadak daripada RM5 bilion pada tahun 2009 kepada RM50 bilion pada tahun 2016. 1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung segala hutang syarikat. Saya amat bimbang beban onar 1MDB akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat.

9. Antara skop laporan PAC ialah untuk menentukan samada wang hasil pelaburan 1MDB di Cayman Islands berjumlah USD2.318 bilion sudah dibawa balik ke Malaysia. Malangnya, PAC gagal menyatakan perkara ini dengan jelas. Tidak dapat juga dipastikan ke mana perginya wang USD700 juta dan USD330 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low; USD3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited; USD940  juta dalam bentuk 'unit' yang dikatakan disimpan dalam Bank BSI di Singapura; dan USD1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investments Ltd. Kesemuanya berjumlah USD7 billion (RM28 billion).

10. Terbaharu, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan syarikat tersebut atau unitnya Aabar Investment PJS telah menerima USD3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI sepertimana yang dilapor kepada PAC. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Ini suatu pendedahan yang amat memalukan. Ia suatu penipuan. Jika IPIC tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, ke mana perginya wang ini? Kegagalan untuk memastikan ke mana perginya wang ini mengukuhkan lagi pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB sejak dari awal lagi adalah satu skim untuk menipu. 

11. Jadi kepada menteri-menteri kabinet dan Najib sendiri yang menganggap penyelewengan 1MDB telah selesai dan namanya telah dibersihkan, seraya mengajak rakyat supaya bergerak ke hadapan, janganlah anda cuba bersandiwara atau mengalihkan isu. Rakyat tidak akan lupa puluhan bilion wang negara telah diseleweng. Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?

12. PAC telah memperakukan supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral, disiasat oleh pihak berkuasa. Saya menggesa supaya pihak berkuasa segera membuat siasatan dan Datuk Shahrol mestilah menyatakan perkara yang sebenar. Siasatan mengenai aliran keluar wang 1MDB yang masih belum terjawab juga perlu diteruskan.

13. Tanpa memperkecilkan laporan PAC, penyiasatan yang dijalankan ke atas 1MDB tidak konklusif. T maklumat-maklumat penting berkaitan pelaburan luar negara yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Apa lagi ia telah menyebabkan kerugian bernilai berbilion ringgit kepada IMDB seperti usahasama dengan Petrosaudi. Sebenarnya Najib bertanggungjawab sepenuhnya di atas penyelewengan 1MDB. Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat, dia tidak boleh mencuci tangan dengan meletakkan semua kesalahan ke atas Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat.

14. Gesaan saya selama ini supaya Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ternyata berasas. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi sebuah syarikat awam. Hal ini telah diakui oleh PAC dalam laporannya yang membuat perakuan supaya Lembaga Penasihat bersama Artikel 117 M&A syarikat dimansuhkan.

15. Namun, pemansuhan Lembaga Penasihat 1MDB sahaja tidak memadai. Najib ialah orang yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang RM20 bilion. Jangan pula nanti ada tindakan bail out oleh kerajaan. 

17. Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

MUHYIDDIN YASSIN
12 APRIL 2016



13 comments:

Anonymous said...


Trust me bro, when the final truth is known, TSMY's remarks will seem too mild.

The Swiss AG has just confirmed that 1MDB cash was used for Wolf Of Wall Street.

Who are they going to blame for that?

Shahrol???

HA HA HA!

The lanun's end is near.

Anonymous said...

IPIC declare kat London Stock Exchange (LSE) yang Aabar BVI bukan milik IPIC dan juga tiada kaitan dengan anak syarikatnya iaitu Aabar Investments PJS (walaupun nama lebih kurang sama, disengajakan atau tidak Wallahua'lam).
Kalau Aabar BVI tiada kaitan dengan IPIC, yang 1MDB duk hantar duit berbilion-bilion kat sana tu kenapa dan untuk apa? Aabar BVI ni company siapa sebenarnya? Duit yang terkumpul dalam company tu digunakan untuk apa? Siapa yang belanja semua duit-duit dalam tu? Ke mana duit tu dibelanjakan? Tunjukkan bukti account's statements right to its final cents. Ini dana awam tau. Jangan main-main. Kalau tak belanja pun, duit dipindahkan ke mana pula? akaun siapa?
Enough of this bull. Who do you trying to fool here? Oh wait, there's probably another two years of bull for the rakyat to take. So folks, brace yourself..

Anonymous said...

Sekarang senang nak faham kan kenapa Najib asyik lari sahaja kerja dia. Lari daripada Tun Mahathir, lari daripada wartawan, lari daripada menghadiri konferens antarabangsa, lari ikut pintu belakang PWTC,dsbnya. Sebab dalam isu penyelewengan/penipuan dana 1MDB, he is simply GUILTY as hell!

Anonymous said...

Now I would like to call upon 'DK' and 'Waghih' to give their two cents worth. Please Keep It Short and Sweet (KISS).

Unknown said...

TSMY not only you smell something fishy in 1mdb we knew from the start when PM said I didnt use for personal gain when the question was did 2.6b went into your personal account? Caught spot on when lain ditanya lain dijawab.

Anonymous said...

Itulah pasal. Kalau rakyat bangkit mendesak agung pecat najib. Negara tak jadi begini
Kuasa pada rakyat
Cuma rakyat tak faham yang najib asyik rayu rayu rakyat ikut telunjuk dia

Waghih said...

" Di mano maruah Nagib Razak ? "

Hakikat eh PAC dah akui Nagib Razak masih duduk ateh dahan yg tinggi .

Tun M dan gang ANC duduk kek tanah bawah ngutib apo2 yg jatuh .

Yg menarik gambar tu ..
" True leaders dont create more followers , they create more leaders "

Kobar an kek Tun M mano poi leaders yg sepatut eh dah terajui negaro ni ...

Cakap tak serupo bikin ... hampeh...

Waghih.

Anonymous said...

Bintang tujuh tinggal enam;
Jatuh sebiji di Majapahit;
Hilanglah sepuh tampaklah senam,
Itulah tanda emas yang tak baik.

Gajah mati meninggalkan tulang,
Pengkhianat mati meninggalkan bau.

Anonymous said...


Waghih collecting dedak. Yum yum!

Anonymous said...


Alahai Waghih, Waghih.

Ekau bolaja tak tamat kan.

Sobab itu ekau tak dapek nak baco abih-abih laporan PAC tu.

Banyak bondo yang cubo disughuk dik budak Hasan tu.

Yo la, dio tontu nak solamatkan oghang kampung ee.

Lagi pun dio caghi makan kan.

Sudah tontu bukti bosa gajah pun yang budak Najib tu ponyamun dan ponipu totonggok dopan ekau, ekau lolap kan jo mato.

Yo lah, eden tau ekau ni agak eh saibar trupa Mat Maslan, ekau pun nak caghi makan jugak macam cakap si Parpukari tu kan.


Another Waghih.

Anonymous said...

Pac dari pembangkang dh keluar statement baru.
Mcm mana tu waghih?
Swiss AG kata filem wolf of wallstreet guna dana 1MDB tu fitnah ke fakta?

Anonymous said...

Woi waghih bangang,

Kamu ni memang baghal. Apa kamu hari2 jilat bontot najib dan rosmah sampai kan rakyat kena tipu kow kow ko masih cakap merapu!!

Poorah waghih bodoh!!!

Anti orang jilat najib and rosmah

John Doe said...

Seperti biasa lah waghih ini berhujah takdak fakta dan isi pun.
Janji dedak masuk

Cash is King kan Waghih kan..

Hahaha