Friday 8 April 2016

1MDB - Rakyat tahu


Laporan terbaru Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (Public Accounts Committee) Parlimen Malaysia berhubung siasatan keatas 1MDB telah mengundang pelbagai kupasan dan terjemahan. 

Ramai bertudingan disana sini. Ramai juga yang tuding sesama sendiri. Yang dituding rakyat pula semacam memboloskan diri. 

Apa sudah jadi? Harta disana sini tetapi hutang yang ditanggung 50 billion ringgit, naik lagi (peningkatan hutang RM8 billion). Siapa yang merompak kita?

Laporan jawatankuasa kira kira mungkin telah merungkai bagaimana kita dirompak dan kemungkinan anggaran kerugian kita. 

Yang terdesak telah mula mengupas laporan PAC mengikut selera sendiri dan mencanang untuk membersih diri. Itu tindakan pantas yang terdesak, atau mungkin yang sudah ketakutan.  

Yang merompak wang negara harus berasa cemas dan takut pada ketika ini kerana pengkhianatan adalah satu jenayah yang amat keji. Dikebanyakan negara pengkhianat dihukum mati. Yang bernasib baik dibuang negeri. Pengkhianatan anda sudah diketahui.

Walaupun agak menghampakan laporan PAC telah membuka ruang yang sebelum ini tertutup rapat dari pengetahuan umum. Siasatan PAC terhenti di-anaktangga tetapi percayalah bahawa siasatan peringkat antarabangsa diberapa buah negara di Eropah dan Asia akan membogelkan mereka yang mengkhianati negara kita.

Mereka yang mengkhianati negara harus sedar bahawa rakyat menyaksikan segala tingkah laku serta tipu daya mereka dengan mata luas terbuka. Rakyat sudah lama celik, kalau tidak masakan P.Ramlee boleh merangkum dilema kita hari ini berpuluh tahun yang dahulu.  

Saban hari sebahagian besar rakyat menyaksikan lakonan yang dipersembahkan, dalam keadaan sedar ianya sekadar mainan mereka yang terdesak.

Rakyat tahu. Pendekatan atau tindakan mereka akan krisis nasional ini mungkin berbeza tetapi rakyat tahu negara mereka dinodai pengkhianat. 

Ada yang bertindak untuk menyelamatkan Malaysia, ramai yang menyokong dalam diam dan ada juga yang menanti orang lain bertindak untuk mereka tetapi rata-rata kesemuanya bersetuju bahawa mereka yang bersubahat dengan para pengkhianat juga harus dikenalpasti dan dihukum.

Siapa yang bersubahat dengan pengkhianat yang merompak kita?

Rakyat tahu. 

Kalau tak percaya rakyat kita tahu, celik dan boleh membezakan antara yang benar dan batil, buatlah pilihanraya umum dalam jangkamasa terdekat.  

Rakyat tahu.

p/s 

Negeri Setan yang disebut Allahyarham Tan Sri P.Ramlee harus dipertimbangkan jika pengkhianat dibuang negeri. 

Sementara itu.... 


Gali lubang tutup lubang, pinjam duit bayar hutang (RM50 billion).






15 comments:

Anonymous said...

Adakah 'mereka2' ini berfikir bahawa mereka akan terlepas dari perbuatan salahlaku dan pengkhianatan mereka selama ini. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka TIDAK akan terlepas dan mereka akan mereka balasan setimpal mereka. Sungguhnya Allah itu MAHA BESAR LAGI MAHA BERKUASA. Ya Allah, Kau tunjukkan lah manusia2 yang angkuh dan khianat ini. Sesungguhnya Engkau MAHA BERKUASA LAGI MAHA ADIL.

Unknown said...

Doa kau dah ditunjuk Allah.. Tapi masih tak percaya. Kau percaya tuhan ke tidak.

Anonymous said...

Mappadulung di-Jolok:
"We may cock up a little bit more in public than other people, but that's fine, we don't mind, we've developed thick skins. What's a few billion between friends?...hahahaha!"

Anonymous said...

Alahh beri kesempatan yang singkat ini untuk dia berundur..
berundurlah sebelum anda diundurkan dengan cara yang sehinanya..
orang kampung..tua muda..kecik beso semua dah tahu.. apa lagi??

Anonymous said...

[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah palsu.


[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada didakwa atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.


[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).


[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih). (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya padat yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya; maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)?

Surah Al-Munafiqin

Anonymous said...

Mereka mungkin terlepas di dunia.

Sebabnye banyak dah kes rugi sebelum ni pun mcm tiada yang bersalah, tapi hantu yang di dapati bersalah.

PKFZ, PERWAJA, MCM2 LAGILAH

Anonymous said...

50 billion of debt after six years into operation with nothing to show. What a bad corporate governance..

Anonymous said...

Zaman Teknoloji canggih kenapa makan bertahun untuk menyelesaikan???

Tempoh sepanjang itu memberi ruang untuk menyapu sampah ka bawah karpet

Anonymous said...

Inilah Melayu....
Golongan Elit Melayu memperbodoh rakyat marhaen vangsa sendiri.
Zaman Feudal berulang kembali denfan rencah2 petmodenan.
Namun....
Doa orang yang teraniya MUSTAJAB.

Terinfat aku dengan doa adik Almrhum Nik Aziz KO UMNO. UMNO KO. Ribuan mskmum mengaminkan. Takksn satu pun Allah tak maqbulkan.
Kini bunga2 kehancuran UMNO sedang bermula.

Almarhum Nik Aziz pernah mendoakan pecah perut Najib. Bala Allah sedang bermula tanpa disedari yang punya diri gara2 memakan harta yang bukan hak nya. Allah Maha Agong. Allah Maha Berkuasa.

Lihatlah nasib anak bangsa sendiri dikampong2 ysng hidup bsgai melukut ditepi gsntang. 10 kilo kelapa sawit hanya dapat membeli 1 kilo gula pasir.

Sedangkan Najib boleh enjoy membelikan isteri jutaan RM barangan branded. Tidakkah kau mengerti Najib bahawa foa yang kau sniaya akan didengar Allah. Tengku Zainah bekas isterimu menangis tersedu gara2 perbuatanmu.

Allah Maha Adil. Balasan Allah amat Pedih.

JUTAAN RAKYAT MEMOHON ALLAH MENURUNKAN BALA DAN AZAB KEPADAMU DAN MEREKA YANG BERSEKONGKOL DENGANMU WAHAI NAJIB DIAWAL BULAN YANG MULIA. BULAN RAJAB.








Anonymous said...

Bodohlah yang bagi komen kat sini...

Masalah 1MDB adalah masalah pengurusann dan tadbir urus yg tak cekap.
Bukan masalah penyelewengan dan jenayah.

Ada faham ka????

Gali lubang dan timbus lubang dgn hutang adalah phenomena biasa kepada orang yg tak pandai mengurus wang...Ini berlaku ramai dikalangan rakyat.

Masalahnya mengurusan yg tak cekap

Ada faham ka???

Anonymous said...

Anon 7:26:00 am chronic dedak eater detected.

Anonymous said...

Nota Terbuka Kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong:

Ampun Tuanku!

Patik ingin memohon perkenan Tuanku agar demi rakyat jelata dan kedaulatan negara tercinta ini,segerakan penukaran KPN dan Peguam Negara.Mereka berdua ini telah dimatikan fungsinya oleh PM.Lantas, Kedaulatan Undang-Undang mereka atasi sehingga memudaratkan keseluruhan Rukun Negara itu sendiri.Pentadbiran Perdana Menteri sekarang adalah satu resipi kehancuran yang boleh meruntuhkan negara Malaysia.

Sembah Patik Harap DiAmpun.

Anonymous said...

Faham...tapi sambil gali lubang, kambus lubang ada yang masuk akaun sendiri. Camne? He he

Groom said...

Alah bosannya puak protun ni...tak habis2...semua orang salah..mahkamah salah, peguam negara salah, PAC salah..yang betul cuma Medey jer..haaaa..tu suruh Medey ganti balik duit Perwaja Steel tu bodoh!

John Doe said...

Pengurusan tak cekap?
No no no...
Scam dari awal lagi untuk menyamun kekayaan negara kata TSMY.
Dan saya setuju..