Tuesday, 4 August 2015

Soalan dari pemimpin muda JOHOR - Derma untuk Najib Razak



SOALAN BERKAITAN RM2.6 BILLION

(Nota: Saya harap semua mengambil maklum bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri.)
Berdasarkan kepada pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, saya memohon penjelasan dan sekadar bertanya perkara berikut;

Ketika Dato Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 billion, adakah Dato Seri sedia maklum sejumlah wang telah memasuki akaun Dato Seri?

Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?

Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan UMNO atau tujuan peribadi?

Jika duit tersebut adalah sumbangan buat UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutamanya Majlis Tertinggi UMNO mengetahui tentang derma tersebut?

Jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mengetahui adakah ini bermaksud UMNO tidak akan mengetahui kewujudannya jika Dato Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Bilakah Dato Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi?

Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Dato Seri dan bukan kepada UMNO, adakah Dato Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?

Bolehkah seorang Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan?

Adakah perlu duit derma tersebut perlu diistihar kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 billion ke dalam negara?

Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Dato Seri Najib?

Jika ya, adakah Dato Seri Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Adakah seorang Perdana Menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

Jika Dato Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Dato Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Akmal Saufi Mohamed Khaled
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti - Parlimen Belia Malaysia 

NOTA: Saudara Akmal Saufi adalah anak kepada YAB Menteri Besar Negeri Johor Darul Ta'zim Datuk Seri Mohamed Khaled  Nordin. 


Monday, 3 August 2015

Ucapan Penuh YB Tan Sri Muhyiddin Yassin - Mesyuarat UMNO Bahagian Kluang 2015


#muafakatmembawaberkat

TITANIC Najib Razak dari TEMPO INDONESIA






'KAPAL TITANIC' Najib Razak

Nota: 1. Teringat saya akan kata-kata pedas seorang Menteri kanan baru-baru ini ketika menegur Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan merosakkan nama negara dimata dunia. 

2. Jangan haramkan Majalah Tempo pulak yer.


Perjuangan UMNO JOHOR Bahagian Kluang


*Baru tiga hari jadi menteri dah hentam Timbalan Presiden parti?

Ucapan Penuh YB Tuan Haji Md. Jais bin Haji Sarday - Mesyuarat UMNO Bahagian Kluang 2015 semalam (diatas). Dibawah adalah antara usul panas yang timbul di Kluang.
#BeraniKeranaBenar

Baca juga Akaun Peribadi dari Chedet.

Nota: Sila maklumkan segera jika anda mengalami masalah untuk memasuki blog Dr M. Terima Kasih 



Sunday, 2 August 2015

Tan Sri Muhyiddin di Istana Bukit Serene bersama Sultan Johor

Johor Southern Tigers 

Gambar kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru hari ini untuk menghadap DYMM Tuanku Sultan Johor. Turut serta TMJ Tunku Ismail serta Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

Berita lanjut akan menyusul jika ada maklumat terkini berkenaan hasil pertemuan diantara DYMM Tuanku Sultan Johor dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Akar umbi lantang, Pemuda Umno semakin berani. Mana Khairy ?




Ini terbaru dari akar umbi Pemuda Umno di Bahagian Kuala Kedah. Dengar sendiri apa yang diluahkan dihadapan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang merasmikan persidangan sayap Bahagian Kuala Kedah. 

Semakin hari ramai dikalangan akar umbi Umno yang telah mula menyatakan pendirian mereka secra terbuka, terutamanya golongan muda dari Pemuda serta Puteri. 

Ada juga ahli serta pemimpin peringkat akar umbi yang telah letak jawatan sebagai tindakan membantah halatuju parti dibawah pimpinan Najib Razak. 

Difahamkan ramai dikalangan pimpinan tertinggi Wanita, Pemuda serta Puteri Umno pun tidak bersetuju dengan beberapa 'tindakan melampaui batas' di-dalam dan luar parti baru-baru ini namun kesemuanya masih belum cukup berani untuk menyatakan pendirian secara terbuka.

Rami juga yang agak terkilan dengan 'silent mode' saudara Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda Umno yang sebelum ini dilihat sebagai antara pemimpin pelapis Umno yang mampu meraih sokongan, bukan sahaja dari Umno tetapi dari a 'cross section of the Malaysian society' kerana keterampilan beliau. 

Saya pasti KJ kini faham bahawa tanggungjawab pemimpin pelapis bukan setakat menganjurkan festival atau karnival untuk belia,  tetapi KJ hanya belum cukup berani untuk menyatakan atau lebih tepat lagi menyampaikan suara akar umbi tanpa 'fear or favour'.  

Akar Umbi Umno Gesa Cari 'Kaedah Agresif' Jika Najib Gagal Jawab Isu 1MDB
Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 12:45 PM

"Jangan Takut Bercakap Benar" - Shafie


Muhyiddin: I won’t stop discussing 1MDB

Sementara itu Muhyiddin dijangka menghadap Tuanku Sultan Johor pada lebih kurang pukul 4petang ini. Hanya berita ini sahaja yang sahih, yang lainnya (berhubung pertemuan petang ini) mungkin spekulasi semata-mata, tetapi harapan rakyat nyata tinggi menggunung bila berita Raja Melayu dari Negeri Johor mengambil maklum tentang 'penderitaan' rakyat mula tersebar luas. 

Daulat Tuanku! 

KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap baginda, hari ini.
Sumber ketika dihubungi Astro AWANI, berkata Muhyiddin dijangka menghadap Sultan Johor pada 3.30 petang di Istana Bukit Serene di sini. - AWANI 


Saturday, 1 August 2015

Bukan saya yang cakap...

Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh) yang cakap.

Yang ni Ustaz Mohd Kazim Elias yang cakap. 

Presiden Obama pun nak cakap jugak. Dia kata 'no one is above the law, not even the President'. Faham ? 

Dibawah adalah perbualan di-antara seorang doktor gigi di Pekan Golok dengan seorang pesara guru dari Tanjung Piai, Johor yang datang untuk mencabut gigi geraham.

Doktor: Gigi mana yang sakit?
Pesara: Gigi geraham sebelah kanan.
Doktor: Dah berapa hari sakit?
Pesara: Dah hampir seminggu. Sakit sangat sampai tak boleh makan.
Doktor: Kenapa tak cabut di Malaysia. Kenapa datang jauh beratus-ratus kilometer ker Golok semata-mata nak cabut gigi?
Pesara: Doktor gigi di sana tidak dapat buat apa-apa?
Doktor : Kenapa sampai begitu?
Pesara: Kami sudah tidak dibenarkan membuka mulut di Malaysia.
Doktor: ???

- sekadar gurauan petang Sabtu.


P.S. Lepas ni jangan nak tangkap Tan Sri, Ustaz, Obama, pesara guru atau doktor gigi pulak yer. Terima Kasih.