Friday, 17 July 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri - 2015

We must thank Elizabeth Tan for this lovely rendition and the thousands of meanings it brings in a multiracial society like ours. The song maybe old but the spirit lives on, stronger despite growing challenges.  

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin. 

Tuesday, 14 July 2015

KRISIS TABUNG HAJI & 1MDB - SIAPA BOHONG?



Saksikan sendiri bagaimana isu ini diputar-belit. Saya pasti rakyat mampu berfikir. 

Kenapa urusniaga pembelian tanah sekangkang kera dengan harga tinggi melangit dari 1MDB ini belum dibatalkan atau tanah tersebut dijual balik dengan keuntungan jutaan ringgit, seperti yang dijanjikan sebelum ini? 

Apakah urusniaga Tabung Haji dengan syarikat broker tanah bermasalah seperti 1MDB itu HALAL atau HARAM? 

Apakah benar duit tabungan pencarum digunakan untuk menyelamatkan 1MDB? 

Persoalan-persoalan ini harus dijawab oleh pihak berwajib. 

Rasanya kakitangan Tabung Haji sendiri sudah mula hilang sabar akan krisis yang mengaibkan nama baik institusi yang telah berjasa kepada rakyat ini.

Apa kesudahan krisis ini? Sorok bawah tikar dan buat tak tahu kerana skandal besar 1MDB yang dihadapi pemimpin negara pun boleh diputarbelit sehingga ada yang mula was-was dengan kebenaran? 

Kita tunggu dan lihat... nilai serta budi pekerti mereka yang bergelar pemimpin. 



Monday, 13 July 2015

Najib Razak harus berundur sebelum bubur menjadi basi

Berikut adalah pendapat yang di-utarakan seorang rakan yang pernah berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri ketika Datuk Seri Najib Razak baru dilantik sebagai Perdana Menteri.  Rakan ini bagaimanapun terpaksa memilih antara baik dan buruk dan telah meninggalkan jawatan bergaji tinggi itu demi prinsip dan harga diri.

Apabila penasihat asing dan pengampu tegar menjadi pilihan, yang benar berjuang demi negara terpaksa berundur sebelum mara dilandasan yang lain.

Baca penelitian beliau dan saranan kenapa Najib Razak harus berundur sebelum nasi yang kini telah menjadi bubur, basi sepenuhnya.

Peluang Umno dan Barisan Nasional nyata semakin hari semakin tipis.  

Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman meletak jawatan setelah berlaku rusuhan kaum. Dasar2 beliau yg bersifat status quo tidak disenangi majoriti org Melayu. Tun Razak meninggal dalam jawatan, Tun Hussein melepaskan jawatan akibat masalah kesihatan, Tun Abdullah kerana pencapaian pilihanraya yang terburuk dlm sejarah politik umno/bn (pada ketika itu). Tun Mahathir pula melepaskan jawatan secara sukarela. Bagi DSNTR alasan beliau perlu melepaskan jawatan ada beberapa yg bersifat "major"; A. Pencapaian PRU 13 yg terburuk dlm sejarah mengekalkan kegagalan memperoleh 2/3, undi popular kurang 51 % buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya negara dan kemenangan jumlah kerusi parlimen 133 kerusi yang tersedikit berbanding yg pru2 lepas diambilkira nisbah keseluruhan kerusi pada satu2 masa. Alasan yg kerusi melayu yg dimenangi meningkat seumpama alasan ibarat melepas betuk ditangga B. Kehilangan kebolehpercayaan oleh majoriti rakyat. Kredibiliti dan integriti beliau telah rosak sebagai pengerusi bn, presiden umno dan perdana menteri C. Jika beliau kekal sebagai PM parti umno dan bn serta. kerajaan akan menggunakan sepanjang masa sehingga PRU 14 untuk mempertahankan imej beliau bukan utk meningkatkan sokongan dikalangan pengundi sedia ada atau pengundi baru sekadar mengekalkan serta memulih sokongan sedia ada D. Dalam politik tanggapan dan pendapat amat penting. Jika diukur Kedua2 faktor ini maka imej beliau di kalangan pengundi secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnys telah hancur luluh E. Malaysia akan menjadi bahan lelucon dunia malahan institusi kita akan diperlekehkan kerana bagaimana pihak menyiasat iaitu agensi2 berkenaan hendak menyiasat tanpa fear and favour seorang yg secara teknikalnya boss yg melantik mereka dan masih bertanggungjawab kepada individu berkenaan F. Bagi menghadapi cabaran semasa luar atau dalam Malaysia memerlukan pemimpin yg unencumbered utk memberi keyakinan kpd majoriti rakyat dan masyarakat antarabangsa. Berikan malaysia dan rakyatnya ruang dan peluang utk terus bergerak ke hadapan bukan regresif ke belakang G. Jika benar beliau sayangkan negara, parti, bangsa dan agamanya korbankanlah perasaan dan step aside dari kepimpinan negara dan parti demi rakyat Malaysia. Berilah peluang kepada malaysians utk dikhidmati secara yang terbaik. Be part of the solution not part of the problem.

#UndurlahNajib

MALAYSIA TANAHAIR KU

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu
Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi
Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan
Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu
Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…



Sunday, 12 July 2015

Statement by Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia strongly condemns allegations that officials of the Bank leaked information to the media. Such allegations are without basis.

In this regard, the Bank has lodged a police report. Bank Negara Malaysia remains steadfast in our quest to uncovering the truth in a fair and just manner.

In discharging its accountability, the Bank is not aligned to any faction and will not betray the trust of the public. Bank Negara Malaysia will also investigate any breaches to the laws it administers.

The Bank, as part of the Special Task Force, continues to remain committed towards achieving the objectives of the Special Task Force. In this endeavour, the Bank has the full support of the Special Task Force.


Bank Negara Malaysia
12 July 2015



Saturday, 11 July 2015

Apa kesudahan skandal 1MDB - TABUNG HAJI ?


Skandal Tabung Haji membeli tanah kerajaan dengan harga hampir EMPAT PULUH KALI GANDA dari 1MDB ini apa kesudahannya? 

Dah jual ker belum? 

Untung berapa juta? 

Kalau belum, kenapa belum jual?

Kenyataan Pengerusi Tabung Haji yang dibuat DUA BULAN lepas pada 9hb Mei 2015, berikutan nasihat Perdana Menteri, hanya PEMBOHONGAN? 

Ingat, wang yang digunakan untuk 'membeli' tanah kerajaan dari 1MDB adalah wang pendeposit dan bukan-nya wang Tabung Haji, Kerajaan ataupun milik mana-mana pemimpin atau keluarga mereka.
Mungkin pihak task force yang menyiasat 1MDB juga harus memberi sedikit tumpuan khusus kepada isu Tabung Haji ini kerana ramai pendeposit sudah mula risau. 

Nota kaki : Tiada siapa yang dapat membantu jika rakyat ingin kekal bodoh dan seronok bila terus diperbodohkan. Terima Kasih 


Friday, 10 July 2015

KENYATAAN MEDIA - Task Force 1MDB


BERHUBUNG SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI


Berhubung pendedahan dalam media yang dikaitkan dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semua pendedahan itu dipandang serius oleh Pasukan Petugas Khas dan siasatan akan dibuat serta kenyataan diambil daripada semua orang yang berkenaan.

Selanjutnya berkaitan dengan pendedahan media mengenai akaun isteri Perdana Menteri, perkara itu sememangnya sudah diketahui oleh Pasukan Petugas Khas sebelum pendedahan itu dan siasatan mengenainya sedang dikendalikan.

Pasukan Petugas Khas juga ingin menegaskan bahawa siasatan berhubung isu 1MDB dijalankan dengan telus, bebas dan profesional.

Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas berharap semua pihak tidak mempersoalkan kewibawaan Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia  dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam mengendalikan tugas dan fungsi mereka dalam siasatan ini.

TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
Peguam Negara Malaysia

TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ
Gabenor Bank Negara Malaysia

TAN SRI KHALID ABU BAKAR
Ketua Polis Negara Malaysia

TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


10 Julai 2015