Sunday 16 August 2015

UMNO di-penghujung jalan

*BUKAN untuk pakaian





Nampaknya warga Johor di Tanjung Piai, Pontian bukan setakat mengalu-alukan kedatangan Timbalan Presiden Umno ke kawasan mereka hari ini. Hasrat serta harapan tersirat jelas terpampang dikain-kain rentang yang telah mula dinaikkan disekitar pekan dan bandar sejak semalam. 

Desakan agar Presiden Umno, yang kini bergelumang dengan skandal 1MDB serta beberapa tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, meletakkan jawatan semakin lantang diseluruh negara.

Dalam keadaan orang Umno sudah mendesak agar Presiden yang juga Perdana Menteri supaya berundur secara sukarela, rakyat Johor nyata bersama secara terbuka merafak sembah memohon campurtangan DYMM Sultan Johor serta Raja-Raja Melayu yang lain untuk menyelamatkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dari kerakusan pemimpin. 

DAULAT TUANKU! 


Orang Umno Johor diTanjung Piai nyata amat peka dengan perkembangan terbaru dalam usaha untuk merehatkan Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak sebagai presiden Umno. Kematangan ini juga dizahirkan menerusi kain-kain rentang yang menyeru agar pemimpin lama yang masih berpengaruh tampil membantu Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Yassin untuk menyelamatkan Umno.

Orang Umno sudah sedar dan sudah mula menerima hakikat bahawa hanya orang lama parti dengan sokongan Raja-Raja Melayu yang mampu menyelamatkan Umno dan kerajaan dari kehancuran mutlak ditangan pemimpin yang sesat. 

Orang Umno sendiri telah mula sedar bahawa penasihat asing, pengampu bodek atau bijak pandai yang semuanya berkiblatkan wang ringgit, pangkat dan jawatan tidak mungkin mampu mengembalikan mereka ke jalan yang benar. 

Pemimpin yang kini berguling bersama wang ringgit harus sedar bahawa bukan semua yang boleh di-beli dengan duit berkodi, walaupun habuan-nya berjuta dan terpaksa di-isi dalam beg pakaian (suitcase). 

Umno hampir ke-penghujung jalan. Selamat Datang ke Tanjung Piai... di-penghujung benua Asia.

p.s Jika ada masa terluang sila hayati sebahagian ucapan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika majlis perasmian mesyuarat Umno Bahagian Kemaman pada Jumaat lepas. Mesyuarat Bahagian Kemaman dirasmikan Timbalan Presiden Umno. 



  

23 comments:

Anonymous said...

It seems amost impossible to get najib to resign

1. Only a handful of grassroot members are interested to save the party frim total disrepute.

2. Majority of umno warlords are under najib's payroll and some were named as recipients of najib's cheque reported to be RM 1 mil, 2 mil and 50K. Do you expect these people to turn tgeir backs on najib....no?

3. Cash is king..so all vocal voices will easily be zipped off. A handful will still shout but they do not have the numbers.

4. If all genuine umno grassroot members hold "solat hajat" praying for Allah's help, only then it may work...insyallah.

5. Unless muslim malays in umno takutkan kemurkaan Allah, it is totally impossible to save malaysia from total rape by najib and his honchos.


Anonymous said...

Ah Jib Gor .... melayu cukup risau denganmu.

Anonymous said...

For as long as you have the following umno leaders in umno, do not expect umno to win GE14.

1. Najib...kuat kencing, weak and corrupt
2. Zahid...bodoh sombong... a rhetoric expert
3. Pandikar Amin...jelas bukan pendekar sejati
4. Ahmad Maslan...jelas kurang IQ yang terima RM2mil
5. Ismail Sabree...kuat merapu, baru kuar AF macam anaknya
6. Sharir...equally corrupt receiving RM1mil
7. Mas Emieraty...budak hingusan dapat RM50K
8. Hishamuddin...kerja tak jalan, asyik "mesti ada collaboration"
9. Dan banyak lagi pencacai yang akan menguburkan umno for good....

Walahuaklam

tebing tinggi said...



Najib is far from resigning , with the strong backup from ketua bahgian it's does looks impossible .
Do remember the grassroots (ahli) that makes UMNO survive till today ,it's not the president or ketua bahgian .

Anonymous said...

Katanya Haji Agus Salim seorang "Founding Father Republik Indonesia" yang digelar "pembela kebenaran":

"Memimpin adalah menderita bukan menumpuk harta ... Apa yang anda cari telah ada dalam diri anda. Mengapa anda mencarinya pada orang lain ... Jangan pernah kita menilai orang lain sebelum kita mengenal diri kita sendiri."

https://www.youtube.com/watch?v=5V80biC7aI4

"Tidak iri maupun serakah, tanpa menjadi budak hawa nafsu dan tidak terseret dalam segala situasi, itulah cara hidup mulia." (Siddharta Gautama Buddha)

Unknown said...

aku tak yakin dengan pengundi tanjung Piai ini yang menyalahkan PM Najib, aku juga tak percaya penulis bloger ini yang mahu memecah belahkan Umno.

Anonymous said...

Tapi PM Najib kena percaya dia telah kehilangan kredibiliti - rakyat mahu dia undur!
Jangan nak spin - takde sape pun yang nak menjahanamkan UMNO atau menjatuhkan kerajaan.
Gunalah peluang yang ada, undur secara terhormat! Mengaku atau tak mengaku tapi rahsia dah terbongkar.

Anonymous said...

Najib takkan berundur selagi ada 'unfinished business'. Penyertaan Malaysia dalam TPPA adalah tanggungjawab besar yang telah diamanahkan kepada Najib.

Anonymous said...

Apa2 pun Aku tetap sokong umno kerana tanpa nya melayu tiada kuasa di malaysia.

Anonymous said...

ASSALAM. saya menyeru kpd semua yg terlibat dlm blog...marilah sama2 kita berdoa kpd ALLAH swt YG MAHA ESA agar diberi kekuatan iman & hidayah kpd KITA SEMUA & pemimpin utama Negara kita dgn harapan apa yg kita buat ini beroleh pahala & lebih ketenangan dijiwa & waras pemikiran tidak jadi gila merancau2...LUPAKAH KITA HIDUP INI ADALAH UJIAN KEIMANAN!MOGA UMNO, NAJIB & BN TERUS GAGAH MENGANGKAT TINGGI DARJAT & MARTABAT AGAMA ISLAM AHLU SUNAH di muka bumi ini....aminnn!

Anonymous said...

Umno dah jadi....OH...NO.

Jabalnur said...

Really? You fail to realise that good human values will ALWAYS prevail...

Iam just waiting for a quick turn of events soon, insya allah.

Anonymous said...

Bugis-footlickers need to realise that his own FB page has been a forum for the rakyat to indulge in expressing their angst and putting their frustration to the fore, its very very clear, bold and vulgar. Swearing and curses spraying from all corners by the rakyat!

If Najib and his footlickers cannot understand simple thing as this, then you're in for a bigger nightmare!

The whole wide world is watching but you couldn't care less Malaysia has become the butt of all jokes? What more does the RM slides further south, the foreign capital outflow in droves, imports costing more, burdens becoming greater on the rakyat, trust turned to no value, UMNO heading into implosion, malay-muslims' political dominance is seriously on the brink and with all these going on the new cabinet and its lame-duck PM still would want to soldier on??? You are the problem in the first place!

So you can bet that the wrath of the rakyat will come forth and it will be ugly come GE14 because by then it will be long too late! UMNO, you have very little time to act!

Anonymous said...

Budaya money politics sudah menjadi darah daging UMNO. Kini mantra kekal adalah "Cash is Queen".

Rakyat tak terdaya. Raja senyap tunggu dan lihat.

Takkan MASIH nak harapkan Tun Dr Mahathir, Tun Daim dan Ku Li sahaja untuk selamatkan UMNO.

Apa dah jadi pada ahli ahli UMNO yang masih berjuang untuk Agama, Bangsa dan Agama.

Mungkin kah benar bahawa Melayu kalah pada wang dan jawatan???

Anonymous said...

Niat baik tujuan SALAH.
Jgn salah pengertian tentang Islam. Adakah agama yg d benarkan Allah ini menyokong perkara2 yg bertentangan?
ISLAM itu bersih dari segala sifat munafik...berkata bohong. Jadi utk apa d doakan? Bukan najib yg memartabatkan darjat ISLAM itu melainkan KITA sebagai hamba kpd ALLAH. Jauh beza tu beb!

Anonymous said...

Beribu kain rentang tidak boleh menjadi pencetus gerakan turunkan Najib.

Kini tiba masa untuk ahli UMNO sendiri yang masih berpegang pada amanah untuk mendesak Najib letak jawatan.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA harus buka langkah pertama. Kemukakan BUKTI disebalik kemewahan Rosmah, Najib dan ahli keluarga setelah Najib menjawat PM.

Zeti dan SPRM harus berani ternitkan bukti supaya Najib bukan saja terpaksa letak jawatan malah dihumban kepenjara jika disabit kebenaran.

Anonymous said...

TR boleh percaya? Kan dia juga against TM dgn Semangat46 dulu.

Anonymous said...

Mak Bedah 9:44 kata ia kurang yakin ....

Kita hendak tahu keyakinan Mak Bedah itu adakah berdasarkan ilmu yaqin, ainul yaqin, atau haqul yaqin? Mak Bedak sudah kenal diri sendiri sebelum ia mahu menilai penulis blog ini?

Anonymous said...

1102...pegi seru binatang2 cam tarzan la ek..HANYA BINATANG SAHAJA YG SESUAI BERSAMA PENYANGAK/PEROMPAK NEGARA & RAKYAT

Anonymous said...

Kisah 1MDB ni mengingatkan saya tentang Skandal Watergate yang menyebabkan Presiden Amerika ketika itu Richard Nixon akhirnya terpaksa meletak jawatan.

Ntah berapa ramai yang ditimpa 'kemalangan' dan 'mati mengejut' sebelum akhirnya Nixon meletak jawatan. Pelbagai cara yg beliau lakukan untuk 'menutup lubang' tapi kebenaran terbongkar juga.

Dua wartawan Washington Post, Bob Woodward dan Carl Bernstein, bersama pemberi maklumat rahsia misteri, Deep Throat. (baca : http://watergate.info/ ) melalui pelbagai rintangan, ugutan bunuh sehingga pada satu peringkat, mereka terpaksa lari menyembunyikan diri apabila anak bini mereka menjadi taruhan FBI dan Secret Service. Namun semangat juang mereka untuk mendedahkan scandal ini demi menyelamatkan Negara tercinta mengatasi segala-galanya. Bayangkan, Ketua Pengarang Washington Post (sebuah akhbar aliran perdana yang menyokong kuat Parti Demokrat) sendiri yang mempertahankan dua wartawan tersebut.

Bayangkan jika Ketua Pengarang Utusan Malaysia dapat berbuat begitu.
Bayangkan jika Ketua Pengarang Berita Harian dapat berbuat begitu.

Bukan senang nak jatuhkan seorang Presiden tetapi apabila Allah berkehendak, tiada yg dapat menghalang. Pasti akan ada yang terkorban. Malaya nak dapat kemerdekaan dulupun bukan sekadar berbekalkan air liur Tunku Abdul Rahman. Ramai yg terkorban nyawa sebelum tu.... yg disiksa hingga mati pun ada...


.... If it had not been for the alert actions of Frank Wills, a security guard, the scandal may never have erupted.

....jika bukan kerana pendedahan seorang ahli Umno (yg selepas itu dimalukan, dilucutkan keahlian dan sebagainya.... sapa ya? suami Ummi Aida kan?), kisah 1MDB takkan mungkin terbongkar...

In shaa Allah.... semalam Malaysia telah beramai-ramai berdoa.... termasuk Najib sendiri... in shaa Allah... Allah akan tolong kita.

Teruskan berdoa... itu senjata orang mukmin!

Kalau orang Amerika boleh lakukannya, kita juga boleh!

Anonymous said...

Haa.. ni la dia tuan2 sekalian salah satu keyboard warrior ah jib gor yang terbaru di pasaran.. berapa sen hang dibayaq ni woi? Ke dh kenyang dapat cek RM50k?

Anonymous said...

Woi kau jgn tak tau mak bedah tu dah capture screen komen dia tu lepas tu dia whatsapp gambar komen dia kat najib.. lepas tu najib pun maybank2u la komisen kat die hahaha...

Anonymous said...

Seperkara lagi, katalah tetiba je nanti najib ni umum kat tv dia resign (kalau dia resign laa), kita ken turun ramai2 blok jalan jgn bagi dia dgn rosmah badak tu lari keluar malaysia.. sebab take time jugak nak tangkap dia atas jrnayah2 dia tu..