Monday 27 July 2015

1MDB - Timbalan Perdana Menteri desak penjelasan Najib Razak




Dengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh Timbalan Perdana Menteri berkenaan krisis politik, ketirisan kepercayaan umum terhadap kerajaan serta pemimpin dan yang paling penting tentang skandal 1MDB. 

Ini sebahagian daripada ucapan Timbalan Presiden Umno ketika menutup persidangan perwakilan Umno Bahagian Cheras di-ibu negara malam tadi.

Sebenarnya kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini sudah lama dinanti-nanti. Lebih kurang dua bulan lalu Muhyiddin telah pun membangkitkan kerisauan beliau akan 'bencana 1MDB' tetapi malangnya nasihat beliau hilang begitu sahaja seperti daun keladi disiram air. - Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB 

Antara inipati desakan kali ini demi kesinambungan Umno serta Barisan Nasional adalah agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil merungkai sendiri skandal 1MDB yang kini semakin hanyir. 

Muhyiddin secara terus terang berkata Najib harus tampil menjelaskan laporan akhbar The Wall Street Journal yang menyatakan bahawa wang tunai berjumlah lebih kurang RM2.6 billion ringgit telah dimasukkan kedalam akaun peribadi Perdana Menteri. 

Selain penjelasan penuh berhubung hutang mencecah RM42 billion yang ditanggung 1MDB, umum sudah tidak sabar untuk mendengar penjelasan Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak berkenaan duit berbillion dalam akaun peribadi beliau. 

Jika fitnah katakan fitnah, berdiam diri bukan lagi pilihan. 

Sebaliknya jika laporan WSJ itu benar maka mungkin sudah tiba masanya untuk Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak untuk dihadapkan kemuka pengadilan. Tidak mungkin ada apa-apa bentuk penjelasan bagaimana duit berbillion ringgit boleh disalurkan kedalam akaun peribadi seorang penjawat awam berstatus Perdana Menteri. 

Mungkin juga sudah tiba masanya untuk pihak berwajib memulakan siasatan serta tindakan yang sewajarnya terhadap sesiapa sahaja, terutamanya penjawat awam serta anggota kabinet, yang disyaki cuba melindungi jenayah terhadap negara. 

Individu-individu yang berkomplot untuk melindungi jenayah dengan kenyataan dan laporan palsu bertujuan untuk mengelirukan pihak berkuasa tidak harus terlepas. Media yang berhempas pulas mengelirukan rakyat dengan pembohongan juga tidak harus terlepas dari tindakan sewajarnya. 

Hanya ini langkah penyelesaian bagi skandal yang telah merosakkan nama negara diperingkat antarabangsa. Dunia sedang perhatikan kita.

P.S. Kita harus ambil maklum akan laporan bahawa beberapa badan penyiasatan jenayah merentasi sempadan, termasuk dari Singapura, Britain, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Switzerland juga sedang menyiasat skandal 1MDB serta beberapa syarikat dan individu berkaitan untuk kesalahan pengubahan wang haram, pemalsuan dokumen serta penipuan cukai. Pihak berkuasa Singapura juga telah membekukan dua akaun bank berkaitan 1MDB di republik itu.


16 comments:

Anonymous said...

dia patut nya desak pihak polis pi tangkap najib dan kuncu-kuncu.

Anonymous said...

Finally

Anonymous said...

kita jgn syok dulu. muhidin mmg mcm ni. pastu senyap balik. hampa balik kita. asyik play safe saja dari dulu. dulu saya menaruh harapan pada dia. tp bila dia byk berdiam ckp sikit2 saya consider dia turut bersekongkol. org kata sabar tunggu dulu. duit kita berjalan kerajaan amik utk byr hutang 1mbd, masa x berenti pn utk itu.

saya lihat payah kalau terang2 ketua sudah buat jahanam, org bawahan duk masik berkias2 bersilat2. x payah lah. buang masa saja. org bawahan sedang menderita tapi mereka masih mengambil sweet time derang acah mengacah, main play safe. kerajaan jenis apa mcm ni ?

apa yg susah, berani kerana benar takut kerana salah. tp mana ade org kualiti sebegini dlm umno ? akhirnya pangkat dan nama jgk yg menjadi priority

Anonymous said...

anon 7.45am,

✌.ʕʘ‿ʘʔ.✌

Geng Mamak said...

Apanama, you have been touted as one of the bloggers closest to the DPM. He just needs the Cheras division's support to start the momentum to get to the truth. The rest will flow through. But can he do it ? You got to ask this question because failure to do so will just make him lose his position in Cabinet.

Anonymous said...

Hope this is not one step forward by DPM, then 2 steps backward.
Onward, we say, do not tarry or the chance is lost again.

Praxis said...

Heavy responsibity he bears and anxious not to stray from truth, and keep party intact

Good of Muhyudin to keep in touch with elder and keep supreme council/ cabinet briefed

Correct focus on 1MDB as issue and the whole unvarnished truth as guide to its resolution.

Speech will help those are pure in their intentions to support him but those caught in their spin cycles of sin, won't budge.

Anonymous said...

Pada pengumuman Tan Sri Muhyiddin, nampaknya Najib telah lama mengabaikan kedudukan Muhyiddin sebagai penolong kanannya. Jika seorang Timbalan Perdana Menteri pada hari ini perlu mengambil maklumat tentang 1MDB dari akhbar The Edge, jelasnya "breakdown" telah belaku antara dua pemimpin atasan itu. Seumpama menjelma sesuatu fatamorgana yang bernama "PM & Konsultan PMO Sdn. Bhd."

Anonymous said...

Tan Sri ada caranya sendiri...beri beliau peluang... Insyaallah adalah kesudahannya..

Apanama said...

Anon-9:07 Geng Mamak

'Touted' is a dangerous word and frankly I hope the DPM still remembers my name. Sorry to disappoint you Geng Mamak. ;-)

Anonymous said...

Bro,

I hope TSMY have a iron clad strategy by giving that speech on Sunday. We need to see other top UMNO leaders supporting him. Only then will the ketua bahagian's follow suit. If not TSMY will be out of position soon.

Anonymous said...

Wall Street Journal replies to Najib's lawyers:

http://www.tremeritus.com/2015/07/26/wsj-articles-self-explanatory-dow-jones-says-in-reply/

Anonymous said...

Pada saya, bukan muhyiddin ni nk melawan boss dia yg dh divide cash berjuta2 pada kroni2 nya memang susah.dia sendiri x kuat, perlukan sokongan. sokongan pulak nk padu kne counter offer yg dh di suap najib . what he can do is to gain trust and support from rakyat & Tun .

berasiam said...

Pasukan petugas khas 1MDB telah ditubuh dan menjalankan siasatan lebih dahulu daripada penyiaran rencana oleh Wall Street Journal. WSJ siar rencana berkenaan berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pasukan petugas khas. Maklumat dibocorkan kepada WSJ mungkin disebabkan tidak ada tindakan susulan atas maklumat yang telah ditemui. Memang terbukti selepas siaran itulah baru pasukan petugas khas mula mengeluarkan kenyataan media berturut2. Tidak lama kemudian SPRM memulakan tangkapan berhubung dengan maklumat berkenaan. Ini hanya satu sudut kecil dalam kes 1MDB yang melbatkan pengaliran kira2 AS700 bilion darpada AS11 bilion. Kita percaya pasukan petugas khas telah menemui lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan keseluruhan skandal ini. Tidak mustahil WSJ turut menerima lebih banyak maklumat dan menyiarkan sebahagian sahaja. Sebab itulah mereka begitu yakin untuk berhadapan sebarang tindakan mahkamah oleh pihak yang terlibat. Mahkamah adalah medan terbuka yang lebih kredibel berbanding media. TSMY mungkin sedia dimaklumkan apa yang telah terbocor kepada WSJ.

Anonymous said...

UMNO supreme council meeting this Friday will whitewash DPM's speech. The onus is on Muhydeen, will he retreat because the meeting will call for "unity",etc etc. or now he will take the bull by the horns and be steadfast in his spoken convictions. He has to show us he can stand up to PMO's pressure on him to zip his lips. Can he do that or surrender once again?
He should remember the more he waffles, he is playing into his "enemies" hands who are finalizing their strategy to get him out. Already the call has gone out from UMNO parasites to him to resign. No second chance in this type of political moves.

Geng Mamak said...

Apanama, what can be more dangerous than the inevitable that has taken place ? The man has lost his position and greater disappointment has set in !